Thursday, March 5, 2009

"KERAJAAN PRIHATIN DAN BERKEBAJIKAN"

"PRIHATIN DAN BERKEBAJIKAN" Bertepatan dengan slogan kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan dibawah kepimpinan Pakatan Rakyat pada disember 2008 menjelang musim persekolahan yang baru untuk sesi 2009.Pusat Khidmat Rakyat Adun Sri Muda melalui dana yang disalurkan oleh kerajaan negeri telah menganjurkan program kembali ke sekolah yang mana telah berlangsung di Dewan Orang Ramai MBSA Jalan Kebun Seksyen 30 Shah Alam.

Program yang bertujuan untuk meringankan sedikit bebanan kepada ibu bapa serta penjaga yang berpendapat rendah yang kurang dari RM1500 untuk membuat persiapan menjelang musim persekolahan untuk sesi 2009.Kerajaan negeri yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat telah memberikan bantuan berbentuk kopun kasut yang bernilai RM20 (Bata) serta sebuah Bag sekolah kepada setiap pelajar yang terpilih.Ujar Shuhaimi Hj Shafiei banyak lagi bantuan yang akan di salurankan kepada rakyat di negeri Selangor dalam masa terdekat demi menunaikan janji manifesto pilihanraya yang lalu.


YB,Shuhaimi Hj Shafiei menyampaikan sumbangan kepada pelajar - pelajar yang istimewa yang terpilih.


" Kerajaan Prihatin dan Berkebajikan" Penerima sumbangan terdiri daripada semua kaum terdapat di Malaysia.




No comments: