Monday, March 16, 2009

LAWATAN KE JAWATANKUASA DAERAH MENGUNDI ( JDM ) BUKIT KEMUNING

BUKIT KEMUNING - Lawatan Shuhaimi Shafiei ke JDM Bukit Kemuning telah disambut dengan penuh kemesraan dari seluruh AJK yang hadir pada hari tersebut.Shuhaimi Shafiei menghabiskan hampir empat jam ketika berdailog dengan shaff kepimpinan JDM Bukit Kemuning.Shuhaimi Shafiei melahirkan rasa terharu dan terima kasih kepada semua AJK yang hadir kerana kebanyakkan Ajk adalah mereka - mereka yang terlibat membantu beliau ketika kempen pilihanraya yang lalu.

Ujar Shuhaimi Shafiei semangat yang ditunjukkan oleh sebahagian ajk serta ahli di JDM Bukit Kemuning haruslah di contohi oleh semua ahli - ahli Parti keADILan Rakyat di dun Sri Muda.Ini kerana mereka yang terlibat di JDM Bukit Kemuning sering memberikan kerjasama yang baik dan sentiasa membantu mana - mana penduduk setempat yang menghadapi masalah tanpa mengira latarbelakang parti dan agama.


Kita harus meneruskan usaha menjadikan PKR sebuah parti yang boleh diterima oleh semua golongan masyarakat di Selangor dan seluruh negara kata Shuhaimi Shafiei.

Shaff kepimpinan JDM Bukit Kemuning tekun mendengar amanat yang di sampaikan oleh Shihaimi Shafiei.
Salah seorang AJK menyampaikan kata - kata aluan

Beberapa perkara berbangkit di bacakan untuk tindakan lanjut dari Shuhaimi Shafiei

Shuhaimi Shafiei mendengar dengan penuh minat dan teliti setiap apa yang dibacakan oleh wakil JDM Bukit Kemuning agar dapat di ambil tindakan yang sewajarnya demi kebaikkan semua.

No comments: