Najib sudah menunjukkan belang!24 Mar 2009


Penggantungan Harakah dan Suara Keadilan selama tiga bulan bermula serta-merta dan seterusnya tindakan polis menyembur gas pemedih mata pada ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim - kedua-duanya berlaku semalam - menandakan bagaimana Datuk Seri Najib Tun Razak mahu memulakan pemerintahannya.
Di sebalik kata-kata manis bahawa beliau sedar keperluan UMNO memulakan perubahan, Najib berbalik kepada kitab usang Perdana Menteri ke-4 untuk mengekang nasib UMNO yang merudum.

Tetapi rakyat ada peluang untuk membuktikan, sekarang keadaan sudah berubah. Rakyat hari ini berbeza. Kita tidak akan tunduk kepada tindakan bacul sebegini.
No comments:
Post a Comment