Tuesday, March 31, 2009

Kitar Semula Tanggungjawab Kita Semua

Sepertimana telah dijanjikan oleh Dato Bandar bahawa MBSA memang komited tanggungjawab bersama memelihara keseimbangan alam sekitar demi masa depan manusia sejagat.

Untuk mencapai matlamat ini, Alam Flora telah memilih Kota Kemuning (Aranda) sebagai perintis projek kajian Kitaran Semula Sisa Pepejal. Di bawah projek ini, sejumlah 200 rumah dibekalkan dengan 2 unit tong sampah besar dan 2 unit tong sampah kecil.

Semua keluarga terlibat diminta untuk mengasingkan sampah-sampah dapur mengikut jenis untuk analisa lanjut.

Majlis ini turut dihadiri oleh wakil daripada pembekal tong En. William daripada Singapura, Pengurus Besar Alam Flora En. Nasir, Pengurus Cawangan Kota Kemuning MBSA En. Rauf dan Ahli Majlis MBSA En. Tan Ah Kow.

Pengurus Besar Alam Flora En. Nasir menyampaikan tong sampah kepada Pengerusi Persatuan Penduduk Kota Kemuning Dato Razak disaksikan oleh Ahli Majlis En. Tan Ah Kow dan Pengurus Cawangan MBSA En. Rauf.

Suasana kehadiran majlis penyerahan tong sampah.

Pengurus Besar Alam Flora En. Nasir, Ahli Majlis En. Tan Ah Kow dan Pengursi PPKK Dato Razak.

En. Tan AK bersama dengan Ahli Jawatankuasa MPP Zon 12 dan wakil Alam Flora menunjukkan tong sampah kecil.

No comments: