Monday, March 2, 2009

"HIMPUNAN SETAHUN TSUNAMI SUARA RAKYAT"

DUN SRI MUDA - Bersempena dengan sambutan ulangtahun yang pertama pemerintahan Pakatan Rakyat (PKR,PAS,DAP) di negeri Selangor darul Ehsan.Pejabat ADUN kawasan Sri Muda dengan kerjasama Parti keADILan Rakyat Dun Sri Muda akan menganjurkan beberapa program yang mana akan menemui segenap golongan masyarakat setempat.

"HIMPUNAN SETAHUN TSUNAMI SUARA RAKYAT" adalah satu program yang akan dihadiri oleh kepimpinan yang tidak asing lagi di kalangan masyarakat serta para pengundi setempat di DUN sri Muda.Rakyat di seluruh Dun sri Muda serta kawasan sekitar di jemput hadir beramai - ramai untuk mendengar dasar - dasar Kerajaan Negeri yang memberi faedah kepada seluruh Rakyat di negeri Selangor.Tidak ketinggalan juga rakyat yang hadir pada malam tersebut berpeluang mendengar penjelasan dan kupasan isu - isu semasa berkenaan senario politik tanahair.Pada majlis tersebut juga akan di adakan upacara penyerahan borang keahlian kemasukkan beramai - ramai Ahli - ahli dari umno,mic serta mca ke dalam Parti keADILan Rakyat yang dijangkakan tidak kurang seramai 300 orang.

Untuk panduan kepada orang ramai yang ingin hadir ke majlis yang akan berlangsung pada hari tersebut pihak urusetia penganjuran akan meletakkan papan tanda arah serta petugas di sepanjang laluan ke lokasi majlis berlangsung.

"HIMPUNAN SETAHUN SETAHUN SUARA RAKYAT"

TEMPAT : DEWAN MBSA JALAN KEBUN SEKSYEN 30 SHAH ALAM

TARIKH : 07 MARCH 2009 MASA : 08.00 mlm

PENCERAMAH YANG DIJANGKA HADIR :

1. YB, AZMIN ALI

2. YB, NURUL IZZAH ANWAR

3. YB, TENG (SPEAKER DUN)

4. YB, SHUHAIMI HJ SHAFIEI

5. YB, DR SITI MARIAH MAHMUD

6. YBHG, DR BADRUL AMIN

No comments: