Tuesday, March 31, 2009

Anugerah Khidmat Cemerlang MBSA

Malam 27/03/09 merupakan satu malam paling bersejarah untuk 103 pegawai MBSA menerima Anugerah Khidmat Cemerlang 2008/2009.

JUmlah penerima anugerah merangkumi hampir 5% daripada jumlah kakitangan sedia ada.

Gambar kumpulan bersama Dato Bandar dengan semua penerima anugerah.


Ahli-ahli Majlis yang hadir menyaksikan majlis penganugerahan termasuklah: En. Azli, En. Halim, En. Tan Ah Kow dan En. Sivarajan.





Bowling Untuk Persahabatan

Satu pertandinga persahabatan bowling antara Ahli-ahli Majlis dengan Pegawai-pegawai Majlis Bandaraya Shah Alam telah diadakan pada 01/03/09 di Sunway Pyramid.

Tujuan utama pertandingan ini adalah untuk mempereratkan silaturahim antara pegawai-pegawai MBSA dan Ahli-ahli Majlis MBSA.

Semua peserta telah dibahagikan kepada 12 kumpulan dan setiap kumpulan diberikan peluang bermain 3 pusingan. Hadiah-hadiah untuk pemenang kumpulan dan individual telah dianugerahkan oleh Dato Bandar.

Antara 3 Ahli Majlis yang menyertai pertandingan ini: En Paparaidu, En. Halim Sirome dan En. Tan Ah Kow.

Gambar bersama oleh Ahli Majlis Tan AK, En. Uthayasorian, Pengarah Penguatkuasa En. Khalidon dan pegawai MBSA.

Pegawai-pegawai tertindak sebagai urusetia pertandingan.


Ahli Majlis En. Tan Ah Kow sedia untuk melepaskan bola bowling.

Sesi bergambar dengan Dato Bandar: ke-2 dari kiri Ahli Majlis En. Halim, En. Vembarasen, Pegawai Penguatkuasa En. Sallehuddin, Ahli Majlis En. Uthayasorian, En. Paparaidu, Dato Bandar Tuan Mazalan, Ahli Majlis En. Cheong dan En. Tan Ah Kow.

Gambar kumpulan dengan Dato Bandar.

Waktu rehat sekejap antara Timbalan Pengarah Pelesenan En. Adzhar, Ahli Majlis En. Tan Ah Kow dan Pengarah Perkhidmatan Bandar Dr. Roslan.

Aksi Dato Bandar merasmikan pertandingan dengan membuat baringan pertama.

Aksi profesional oleh Ahli Majlis En. Halim Sirome.

Aksi Timbalan Pengarah Pelesenan En. Adzhar melakukan baring yang menarik.

Pengrusi Kelab Rekreasi Majlis Bandaraya Shah Alam merangkap Pengarah Pelesenan En. Rosli (tengah berbaju biru) bersama dengan pasukan urusetia pertandingan.

Kitar Semula Tanggungjawab Kita Semua

Sepertimana telah dijanjikan oleh Dato Bandar bahawa MBSA memang komited tanggungjawab bersama memelihara keseimbangan alam sekitar demi masa depan manusia sejagat.

Untuk mencapai matlamat ini, Alam Flora telah memilih Kota Kemuning (Aranda) sebagai perintis projek kajian Kitaran Semula Sisa Pepejal. Di bawah projek ini, sejumlah 200 rumah dibekalkan dengan 2 unit tong sampah besar dan 2 unit tong sampah kecil.

Semua keluarga terlibat diminta untuk mengasingkan sampah-sampah dapur mengikut jenis untuk analisa lanjut.

Majlis ini turut dihadiri oleh wakil daripada pembekal tong En. William daripada Singapura, Pengurus Besar Alam Flora En. Nasir, Pengurus Cawangan Kota Kemuning MBSA En. Rauf dan Ahli Majlis MBSA En. Tan Ah Kow.

Pengurus Besar Alam Flora En. Nasir menyampaikan tong sampah kepada Pengerusi Persatuan Penduduk Kota Kemuning Dato Razak disaksikan oleh Ahli Majlis En. Tan Ah Kow dan Pengurus Cawangan MBSA En. Rauf.

Suasana kehadiran majlis penyerahan tong sampah.

Pengurus Besar Alam Flora En. Nasir, Ahli Majlis En. Tan Ah Kow dan Pengursi PPKK Dato Razak.

En. Tan AK bersama dengan Ahli Jawatankuasa MPP Zon 12 dan wakil Alam Flora menunjukkan tong sampah kecil.

MEMANCING RIADAH TERBAIK UNTUK SEMUA GOLONGAN MASYARAKAT

SRI MUDA - Memancing adalah salah satu aktiviti riadah yang baik untuk dilakukan oleh semua golongan masyarakat bagi memupuk dan mendidik semangat sabar didalam diri seseorang.Masyarakat di galakkan membawa ahli keluarga untuk bersama - sama memupuk semangat berkerjasama dan saling bantu membantu kerana ketika memancing setiap induvidu itu perlu menumpukan sepenuh perhatian dan dalam waktu yang sama dari situlah kesabaran diperlukan.

Shuhaimi Shafiei berkata demikian ketika dapat bersama - sama menyaksikan pertandingan memancing yang berlangsung di kolam pancing Tanjung Rabok Bay baru - baru ini.Ujar Shuhaimi Shafiei selain memancing di tasik tinggal dan di laut orang ramai juga boleh memilih kolam - kolam pancing yang diusahakan oleh pengusaha kolam dengan dikenakan kadar bayaran yang berpatutan.Shuhaimi Shafiei juga memuji usaha yang telah dijalankan oleh pengusaha kolam pancing Tanjung Rabok Bay kerana dengan kewujudan kolam pancing tersebut selain memberikan peluang kepada orang ramai untuk beristirehat kolam tersebut juga dapat memberikan peluang perkerjaan kepada penduduk setempat.



Shuhaimi Hj Shafiei di iringi oleh Pegawai Kolam pancing Tanjung Rabok Bay melakukan tinjauan sekitar kolam pancing ketika pertandingan sedang berlangsung.



Shuhaimi Hj Shafiei bersama barisan pengurusan Kolam serta Ahli PKR yang turut hadir memberikan sokongan pada hari pertandingan.




Monday, March 30, 2009

"SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT" PRK DI 3 DUN AKAN DIBUKTIKAN

SRI MUDA - Seluruh rakyat ketika ini sudah pasti mengikuti perkembangan 3 Piliharaya Kecil yang akan berlangsung serentak pada 7 April dengan penuh minat.Selepas tsunami politik yang melanda Malaysia pada Mac 2008 yang lalu kali ini senarionya pastinya lebih hebat dan menarik oleh kerana selepas rampasan kuasa yang dilakukan oleh Rejim BN terhadap kerajaan negeri Perak dibawah kepimpinan Pakatan Rakyat baru - baru ini.Rakyat diberikan satu peluang untuk mempertejamahkan bahawa merekalah yang lebih layak mengadili parti mana yang akan mendapat kepercayaan untuk menjadi wakil mereka diperingkat Dewan Undangan Negeri atau diperingkat Dewan Rakyat (Parlimen).

Shuhaimi Hj Shafiei baru - baru ini berkesempatan berkunjung ke kawasan pilihanraya kecil Bukit Selambau untuk meninjau bilik gerakan serta jentera parti untuk menghadapi pilihanraya nanti.Pada lawatan tersebut Shuhaimi Hj Shafiei berpeluang berjumpa dengan calon dari Pakatan Rakyat En.Manikumar dan berkesempatan bertukar - tukar pendapatan serta pandangan dalam merangka gerak kerja demi memastikan kemenangan Pakatan Rakyat di Dun Bukit Selambau nanti.Shuhaimi Hj Shafiei melahirkan kesanggupan untuk turun membantu jentera parti di Bukit selambau,Bukit Gantang dan insyaALLAh sekiranya berkesempatan beliau juga akan ke Sarawak membantu di Batang Ai.

Melihatkan sambutan rakyat ketika proses penamaan calon tempohari di kesemua pusat penamaan calon.Shuhaimi melahirkan keyakinan peluang untuk Pakatan Rakyat memenangi Pilihanraya Kecil di 3 kawasan yang dipertandingkan amat cerah dibantu dengan kemelut politik yang sedang melanda pihak lawan.Jentera serta Ahli parti dari Pakatan Rakyat haruslah berusaha mendekati para pengundi untuk menyampaikan aspirasi parti agar dapat difahami dan di terima rakyat seterusnya memenangkan Rakyat serta calon yang mewakili Pakatan Rakyat pada pilihanraya kecil dikesemua kawasan yang dipertandingkan nanti.

"SATU LAGI USAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR UNTUK MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR"

Shuhaimi Hj Shafiei berharap kepada pelajar yang terpilih agar tidak mempersia - siakan peluang yang diberikan oleh kerajaan negeri untuk memperolehi keputusan cermelang pada peperiksaan yang akan hadapi nanti.


Sebahagian KPMI yang hadir tekun mendengar penjelasan dari Kerajaan negeri

Ketua biro pendidikan DUN Sri Muda En.Segar (kanan) dan timbalan beliau En.Fauzi ketika menghadiri Taklimat kepada KPMI
SRI MUDA - Kerajaan negeri Selangor yang di pimpin oleh Pakatan Rakyat (PR) untuk sekian kalinya telah menzahirkan suatu lagi usaha untuk dinikmati oleh rakyatnya.Kerajaan negeri melalui Pengurusi tetap Pendidikan,Pengajian tinggi dan Pembangunan Modal Insan YB Puan Dr.Halimah telah melancarkan program kelas tiusyen rakyat secara percuma untuk pelajar -pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini (2009).
Program yang disasarkan khas kepada golongan pelajar dari keluarga yang kurang berkemampuan dan mereka - mereka yang mendapat keputusan yang kurang memuaskan pada peperiksaan PMR yang lalu.Setiap DUN telah di pertanggungjawapkan untuk memilih seramai 100 orang pelajar untuk menyertai program kelas tiusyen rakyat dan dalam masa yang sama mereka - mereka ini akan menjadi anak angkat kepada ADUN disetiap dun.Kelas akan dimulakan seawal bulan April ini.


Penjagaan Alam Sekitar Bermula Dari Saya

MBSA & MPP Zon 12 turut memainkan peranan memelihara alam sekitar yang bersih dan mampan untuk jangka masa panjang.

Dengan kerjasama daripada pihak syarikat swasta dan persatua penduduk tempatan, satu program pendidikan telah berjaya dilancarkan oleh Datuk Bandar MBSA pada 28/03/09 pukul 10.30 pagi diDewa Oncidium Kota Kemuning.

Antara mtlamat utama program ni adlah untuk mendidik masyarakat awam tentang kepentingan menjaga kemampanan alam sekitar untuk masa depan anak-cucu kita.


Kanak-kanak yang mengambil bahagian dalam program ini sedang beriang dalam taman mainan.

Program ini juga turut dihadiri oleh Ahli Majlis MBSA En. Adzhar Maludin (kanan) dan Pengarah Taman dan Lanskap MBSA En. Tahir (kiri).

MBSA turut membuka kaunter pameran untuk memberikan makluman kepada masyarakatsetempat.

Para hadirin sedang menyaksikan hasil gubahan kanak-kanak tadika yang berkaitan dengan alam sekitar.

Pegawai daripada pejabat Cawangan Kota Kemuning MBSA turut berikan sokongan padu. Kiri En. Sallehuddin, Ketua Penguatkuasa Cwangan, tengah En. Azahar Inspektor Kesihatan Cawangan, kanan ke-2 En. Ibrahim Pegawai kejuruteraan, kanan En. Tan Ah Kow Ahli Majlis / PenerusiMPP Zon 12.

Wakil PPKK sedangn mendengar penerangan daripada peserta cara untuk membuat baja organik.
Kemeriahan majlis pelancaran.
Pengerusi MPP Zon 12 sedang memberikan kata-kata aluan.

Bersama dengan Dato Bandar, Ahli Majlis dan Cik. Shanon melancarkan simbolik program dengan menutup lampu.

Disamping itu, majlis ini juga memberikan sijil anugerah pertandingan Lanskap yang dianjurkan oleh Jabatan Lanskap MBSA. Berikut adalah salah seorang pemenang.
Kanak-kanak tadika sedang mengagihkan tanaman pokok kepada En. Tan Ah Kow sebagai tanda penghargaan.

Kanak-kanak juga melakukan satu persembahan pentas selepas pelancaran.


Antara seorang peserta program.


Apakah peranan anda ke atas penjagaan alam sekitar?

Perhubungan antara alam sekitar dan manusia adalah bagaikan GUSI DAN GIGI; maka tidak ada sebab anda berkecuali kerana:

Lautan mana tidak di landa ombak?

Bumi mana tidak ditimpa hujan?

Manusia mana tidak perlukan nafas?

Hari apa matahari tidak terbit di timur?

Apakah alasan anda tidak mahu ambil berat????

Kesimpulannya, ia adalah tanggungjawab kita semua bersama.

Sunday, March 29, 2009

Kota Kemuning Prihatin Alam Sekitar

Pada pagi 29/03/09, MPP Zon 12 denga usaha sama MBSA, Total Child dan Persatuan Penduduk Kota Kemuning telah menganjurkan program "Penjagaan Alam Sekitar Bermual Dari Saya" di Dewan Oncidium, Kota Kemuning.

Berikut adalah hasil pendidikan kesedaran penjagaan alam sekitar daripada murid-murid Toal Child di Kota Kemuning.

Apakah peranan anda dalam usaha penajgaan alam sekitar, sedangkan budak tadika suga memepunyai kesedaran demikian?