Friday, August 20, 2010


Azmin : Kenakan Hukuman Setimpal Jika Terbukti Bersalah

Parti Keadilan Rakyat bimbang sikap lepas tangan Jabatan Pelajaran yang enggan bertindak keatas guru-guru yang didapati mengeluarkan kenyataan-kenyataan berbaur perkauman terhadap murid-murid dibawah jagaan mereka.

Naib Presiden Azmin Ali mendesak guru-guru terbabit digantung tugas sehingga siasatan selesai dijalankan, dan dikenakan hukuman yang setimpal sekiranya terbukti bersalah.

Azmin berkata insiden itu bukan pertama baru di negara ini. Ia adalah manifestasi barah perkauman yang mencengkam tunjang keharmonian negara ini, yang digalakkan melalui politik perkauman Barisan Nasional.

"Kenyataan kerajaan bahawa apa yang telah berlaku itu hanyalah salahfaham semata adalah amat tidak bertanggungjawab," - Azmin Ali

Azmin berkata barah perkauman tidak dapat ditangani selagi Akta Keselamatan Dalam Negeri dan Akta Hasutan terus dikuatkuasakan dan perlindungan diberi kepada kumpulan-kumpulan ekstremis yang menghasut kepada ketegangan kaum.

Paradigma politik pelbagai kaum yang berteraskan kepada keadilan, hak asasi, dan demokrasi adalah satu-satunya ubat kepada penyakit perkauman di Malaysia.

"Permasalahan perlu ditangani secara komprehensif dan holistik," - Azmin Ali

Menurut Azmin, Pakatan Rakyat komited kepada melaksanakan Akta Hubungan Kaum untuk menangani kebencian di kalangan kelompok pelampau, dan menyediakan mekanisma untuk menangani masalah-masalah antara kaum.

No comments: