Wednesday, August 4, 2010

LAWATAN DAN TINJAUAN KE RUMAH IBADAT KAUM INDIA DI BATU 8, BUKIT KEMUNING


BUKIT KEMUNING - Kehadiran YB Shuhaimi dan YB Dr Siti Mariah ke sebuah kuil yang terletak di batu 8, Bukit Kemuning baru - baru telah menarik perhatian orang ramai yang hadir pada hari tersebut.

Melakukan lawatan dan tinjauan ke kuil atau tokong adalah menjadi suatu perkara yang tidak asing kepada YB Shuhaimi serta YB Dr. Siti Mariah kerana sepanjang bergelar wakil rakyat hampir kesemua rumah ibadah yang terdapat dalam kawasan Sri Muda sudah dijengah.

Shuhaimi dan Dr Mariah ketika berada di pejabat pentadbiran kuil tersebut telah meluangkan masa hampir sejam untuk beramah mesra dengan orang ramai yang hadir serta melakukan pertemuan bersama - sama pengurusan kuil tersebut bagi memdengar permasalahan yang timbul serta mencari dan merangka satu jalinan kerjasama yang dapat diusahakan bersama untuk kesejahteraan rakyat setempat.

Ramai penduduk sekitar yang tidak melepaskan peluang berkenalan dengan YB Shuhaimi

Saudara Raidu mantan Ahli Majlis MBSA menunjukan anak beliau kepada Dr Mariah dan YB Shuhaimi

Dikalongkan bunga malai, sebagai tanda penghargaan dari Pengerusi Kuil Maha Mariaman

YB Dr. Mariah juga diberi penghormatan yang sama

Sekretariat Dun Sri Muda

No comments: