Friday, August 6, 2010

LAMPU JALAN YANG TIDAK BERFUNGSI MENDAPAT PERHATIAN YB SHUHAIMI


KOTA KEMUNING - Aduan yang di sampaikan oleh Persatuan Penduduk Pangsapuri Sri Kemuning berkenaan lampu - lampu jalan yang tidak berfungsi dihadap Pangsapuri Sri Kemuning mendapat perhatian yang begitu serius oleh Yb Shuhaimi Hj Shafiei.

Tanpa melengahkan masa beliau telah mengarah Petugas Pusat Khidmat Rakyat untuk menjalankan siasatan dengan segera untuk mengesahkan telah dibuat oleh persatuan penduduk ada kebenarannya.

Hasil dari tinjauan yang dilakukan pada waktu malam ke lokasi aduan telah mengesahkan bahawa aduan yang dubuat ada asas dan kebenaran.bertitik tolak dari pengesahan tersebut satu aduan rasmi telah dipanjang kepada pihak yang bertanggungjawap oleh pejabat pusat khidmat rakyat.

Shuhaimi Hj Shhaimi Hj Shafiei melahirkan rasa dukacita diatas kegagalan lampu jalan tersebut beroperasi ini kerana beliau dimaklumkan perkara tersebut telah berlanjutan beberapa bulan yang lalu.

Kegagalam lampu jalan tersebut berfungsi boleh mengundang pelbagai permasalah kerana seperti kejadian samun dan ragut. Beliau menyeru kepada pihak beertanggunjawap agar dapat menyelesaikan permasalahan tersebut dalam jangkamasa yang terdekat ini

KEADAAN YANG BEGITU GELAP SEBELUM TINDAKAN DI AMBIL

Gelapnya.... tak nampak apa pun...

Lihatlah kesunyian dan kegelapannya


Sekretariat Dun Sri Muda

No comments: