Thursday, August 5, 2010

PROGRAM SMART SOLAT BERLANGSUNG DI MASJID AN - NAIM KAMPUNG JALAN KEBUN

JALAN KEBUN - Bertempat di dewan solat utama Masjid Al - Naim Jalan Kebun telah berlangsung satu program krusus smart solat baru - baru ini.

YB Shuhaimi Hj Shafiei telah berkesempatan untuk menghadiri dan merasmikan program tersebut yang telah mendapat penyertaan yang begitu mengalakkan dari penduduk Jalan Kebun disemua peringkat.

Program anjuran Masjid Al - Naim serta Abim Selangor itu bertujuan mendedahkan dan memberikan peluang kepada para perserta cara dan amalan yang betul serta kelebihan solat.

Shuhaimi Hj Shafiei ketika menyampaikan ucapan perasmian pada hari tersebut telah menyatakan pujian di atas usaha yang dilakukkan oleh pihak penganjur kerana program tersebut dapat memberikan banyak faedah kepada umat islam selain dari dapat menjadikan masjid sebagai pusat pendidikan dan lebih didekati oleh semua peringkat usia.

Selain dari itu pujian juga diberikan kepada Masjid Al - Naim Jalan Kebun kerana menjadi salah satu masjid yang kerap menganjurkan aktiviti dan program kemasyarakatan didalam kawasan DUN Sri Muda.

Shuhaimi Hj Shafiei amat berharap agar usaha - usaha seperti ini dapat diteruskan dimasa hadap demi membina masyarakat umat islam yang berdisplin, beriman dan berdaya maju serta berakhlak mulia agar dapat memberikan imej baik kepada penganut agama yang lain.


YB Shuhaimi sedang menyampaikan pesanannya

Tuan Nazir Masjid An-Naim Haji Samsudin, Timbalan Nazir Utz Zawawi dan Ketua Kampung Tuan Haji Salehan bersama sama hadir dalam majlis ini

Ramai dari kalangan peserta ini adalah penduduk kg Jalan Kebun dan Kg Bukit Lanchong

Sekretariat Dun Sri Muda

No comments: