BUKIT LANCHONG - Ruangan yang cukup terbatas serta kesukaran untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat tidak sama sekali menjadi penghalang kepada barisan kepimpinan Pakatan Rakyat untuk turun padang memberikan penjelasan kepada rakyat berkenaan isu isu semasa yang dimainkan oleh media arus perdana.
Rakyat semakin bijak menilai bagaimana kerajaan pusat pimpinan UMNO begitu terdesak untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada parti yang semakin tua dan semakin terpinggir dari terus mendapat sokongan daripada rakyat.
Baru - baru ini satu sesi ceramah telah dilangsungkan bertempat di dewan masyarakat kampung Bukit Lanchong yang menjuruskan sesi penerangan berkenaan dengan usaha kerajaan Negeri Selangor dibawah pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim menjayakan agenda merakyatkan ekonomi Selangor ( MES ).
Penceramah yang hadir dan memberikan ucapan pada malam tersebut terdiri dari YB Shuhaimi Hj Shafiei, YB Dr Siti Mariah Mahmud, YB Datuk Mahfuz Omar, Ybhg Samsul Iskandar dan Ybhg Zakaria Rahim.
Program - program seperti ini akan tetap diterus dari masa ke semasa untuk menjawap segala tohmahan serta fitnah yang dilemparkan oleh UMNO dan Barisan Nasional yang bertujuan untuk merampas kembali Negeri Selangor daripada Pakatan Rakyat. Akan tetapi semakin galak umno menaburkan fitnah semakin terserlah kepincangan serta penyelewenggan mereka di pandangan masyarakat.
No comments:
Post a Comment