'CAR BOOTS SALE' ANJURAN PERSATUAN PENDUDUK PANGSAPURI SRI KEMUNING
KOTA KEMUNING - Persatuan penduduk pangsapuri Sri Kemuning mencipta sejarah yang tersendiri bila mana telah berjaya menganjurkan satu program yang jarang - jarang dianjurkan oleh persatuan penduduk di sekitar Kota kemuning iaitu car boots sale.
Program tersebut telah mendapat sambutan yang mengalakkan dari warga penduduk pangsapuri tersebut yang mana telah turut serta menjual pelbagai barang yang masih dalam keadaan baik dan ada juga barang yang masih belum digunakan lagi.
YB Shuhaimi Hj Shafiei telah hadir merasmikan program tersebut dan meluangkan masa melawat kegerai - gerai penduduk yang turut serta dalam car boots sale tersebut.
Beliau berpendapat program tersebut dapat memberikan peluang kepada penduduk untuk belajar berniaga dan selain dari itu orang ramai yang kurang berkemampuan untuk membeli barang yang baru berpeluang memilikinya walaupun terpakai tetapi masih berada dalam keadaan yang baik.
Peluang bersemuka dengan Shuhaimi Hj Shafiei tidak dibiarkan begitu sahaja oleh penduduk yang mana telah menyampaikan beberapa aduan dan runggutan berkenaan dengan masalah lampu jalan yang sudah lama tidak berfungsi dihadap jalan utama pangsapuri tersebut.
Shuhaimi Hj Shafiei berjanji akan memanjangkan permasalah tersebut dan menyelesaikannya dalam masa yang terdekat untuk kesejahteraan penduduk setempat.

Menandatangani buka kehadiran
No comments:
Post a Comment