KOTA KEMUNING - Keresahan dan kebimbangan warga penduduk pangsapuri Sri Kemuning dan sekitarnya akhirnya terungkai dan berakhir bila mana masalah lampu jalan yang sekian lama tidak berfungsi telah mula dibaiki dan beroperasi seperti biasa.
Permasalah yang di ajukan oleh persatuan penduduk kepada YB Shuhaimi Hj Shafiei ketika berlangsungnya 'car boots sale' baru - baru membuahkan hasil bila pihak yang bertanggungjawap telah mengambil langkah segera membaiki kerosakan yang berlaku pada lampu - lampu jalan tersebut.
Persatuan penduduk pangsapuri Sri Kemuning mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Shuhaimi kerana dapat membantu menyelesaikan permasalahan tersebut kerana sebelum ini aduan yang dibuat tidak mendapat perhatian dari pihak yang bertanggungjawap.
PEMANDANGAN YANG INDAH DAN TERANG SELEPAS TINDAKAN DIAMBIL
No comments:
Post a Comment