Pada pagi 17/07/2010, penduduk taman ini telah mengadakan satu sidang akhbar untuk membantah jajaran LRT dari Kelana Jaya ke Putra Height yang terlalu hampir dengan rumah kediaman mereka. Projek ini dilaksanakan oleh Kementerian Pengangkutan Kerajaan Pusat melalui Syarikat Prasarana Bhd.
Turut hadir meninjau kawasan dan mendengar bantahan penduduk termasuklah ADUN Sri Muda YB Shuhaimi Shafiei yang simpati dengan penduduk sambil merayu kepada Kementerian Pengangkutan mengkaji semula jajaran cadangan Majlis Bandaraya Shah Alam, iaitu melalui Sek 27 & Sek 28.
Hampir 50 keluarga terlibat membantah jajaran yang disediakan oleh pihak Prasarana. Mereka mahukan jajaran baru yang lebih ekonomik di laluan yang di cadangkan oleh MBSA.
Sedang ditemubual oleh wartawan tentang permasalahan ini
Bergambar sambil mengadakan bantahan.. Lihatlah pilon dan dan bukit di belakang, disinilah tiang landasan dan rel di bina..
Rumah rumah di sekitaran yang menjadi sebahagian 'korban'..
No comments:
Post a Comment