Loading...

Saturday, August 7, 2010

Dato' Seri Anwar Gagal Dapatkan Laporan Perubatan Saiful

Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi gagal apabila Mahkamah Rayuan hari ini menolak permohonan beliau mendapatkan laporan perubatan Mohd Saiful Bukhari Azlan dari tiga doktor Hospital Kuala Lumpur.

Hakim Zaleha Zahari, Hakim Abdul Malik Ishak dan Hakim Clement Allan Skinner berkata tindakan pasukan pendakwaraya enggan menyerahkan laporan itu tidak menafikan hak Anwar membela diri.

Prosedur lazim bagi kes jenayah adalah bagi pihak pendakwa membekalkan semua dokumen berkaitan kepada pihak pembela sebelum permulaan perbicaraan.

Anwar memfailkan permohonan mendapatkan semua laporan pemeriksaan HKL keatas Saiful Bukhari Azlan pada 4 Jun lalu.

Dr Mohd Razali adalah pakar bedah HKL yang memeriksa bekas pembantu Anwar itu, bersama-sama pakar rawatan kecemaran Dr Khairul Nizam Hassan dan pakar patologi forensik Dr Siew Sheue Feng.

Ketika disoal bagaimana beliau menyimpan bukti pemerkosaan pada tubuhnya, Saiful berkata beliau tidak mandi wajib sehingga tarikh pemeriksaan.

Lantas, pasukan peguambela memohon nota klinikal, laporan perubatan, spesimen dan catatan ketiga-tiga doktor berkenaan yang telah memeriksa Saiful pada 28 Jun 2008, iaitu dua hari selepas tertuduh mendakwa diperkosa oleh ahli politik berusia 63 tahun itu.

Permohonan ini dibuat bagi memperkuatkan laporan perubatan dari Hospital Pusat Rawatan Islam Kuala Lumpur bertarikh 28 Jun 2008 yang melaporkan Saiful tidak diliwat.

Doktor Mohamed Osman Abdul Hamid mendapati tiada kesan pendarahan, luka, nanah, koyak mahupun kesan cedera dapat dilihat pada dubur penuduh.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 18 Julai menolak permohonan itu atas alasan tidak ada peruntukan undang-undang yang mengatakan dokumen itu perlu dibekal kepada tertuduh untuk membantu pembelaannya.

Pakar forensik Dr David Wells yang dilantik oleh pihak pembela bagi membantu pembelaan berkata beliau tidak dapat menjalankan tugasnya jika dokumen berkenaan tidak dibekalkan.

Sumber: TV Selangor

No comments: