Mati terikat
SHAH ALAM: Seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan terikat di sebatang pokok sebelum mayatnya ditemui seorang penoreh getah dalam kebun getah di Desa Latania (Sungai Kandis), Seksyen 36, di sini, semalam.Mayat mangsa yang belum diketahui identiti itu ditemui kira-kira jam 11.40 pagi oleh seorang penoreh getah sebelum menghubungi polis.
Difahamkan mangsa seorang jurutera dikenali Victor Liew Shan Horng, 36.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Noor Azam Jamaludin, berkata mangsa berpakaian lengkap dengan kesan luka di tangan dan dipercayai meninggal dunia antara tempoh 48 jam lalu.
Menurutnya, identiti mangsa belum dapat dipastikan berikutan tiada dokumen pengenalan diri ditemui di sisi mayat.
Kami sedang menyiasat sama ada mangsa individu yang dilaporkan hilang di Alam Impian, dekat sini Ahad lalu ketika sedang memancing.
Polis akan memanggil ahli keluarganya untuk membuat pengecaman bagi menentukan identiti mayat, katanya.
Sepasukan polis dari unit forensik turut dikejarkan ke lokasi kejadian bagi mengumpul bukti berhubung pembunuhan itu.
Noor Azam berkata, siasatan tidak menolak kemungkinan mangsa dibelasah sehingga mati dalam ladang getah itu.
Punca dan motif kejadian masih dalam siasatan dan kami meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini supaya melaporkan di balai polis berhampiran bagi membantu siasatan, katanya.
Dalam sidang media di pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Muda, Shuhaimi Shafie di Kota Kemuning, di sini kelmarin, isteri Victor, Sheng Mei Ying, 39, merayu supaya suaminya yang dipercayai dilarikan sekumpulan lelaki ketika sedang memancing di Desa Latania Ahad lalu dibebaskan.
Sumber : Harian Metro
No comments:
Post a Comment