Monday, August 30, 2010

AKTIVITI SEPANJANG RAMADHAN 1431 HIJRAH, BERBUKA PUASA & SOLAT SUNAT TARAWIKH BERSAMA - SAMA WARGA DUN SRI MUDA.


KOTA KEMUNING - Ramdhan pada tahun ini sekali lagi memberikan peluang keemasan kepada seluruh umat islam kerana bulan yang memberikan pelbagai hikmah dan nikmat sekiranya di isi dengan amalan - amaan yang baik.Ramadhan pada tahun ini adalah satu lagi peluang kepada YB Shuhaimi Untuk bertemu dengan rakyat disemua peringkat melalui majlis berbuka puasa serta solat sunat tarawikh di surau dan juga Masjid yang terdapat di sekitar Dun Sri Muda dan Parlimen Kota Raja.Dengan cara demikian ia dapat mengeratkan lagi hubungan bersama masyarakat setempat.


























































LAWATAN SINGKAT KE TAMAN ALAM INDAH BERSAMA AHLI MAJLIS DAN MBSA

ALAM INDAH - Aduan yang disuarakan oleh persatuan penduduk Taman Alam Indah Seksyen 33,berkenaan permasalahan binaan rumah sampah yang tidak bermutu serta mengunakan bahan binaan terpakai telah mendorong YB Shuhaimi Hj Shafiei hadir ke taman tersebut untuk meninjau dengan sendiri aduan tersebut.Turut menyertai lawatan tersebut adalah En,Tan Ah Kaw Pengurusi MPP Zon 12 serta kakitangan dari MBSA dengan harapan agar permasalahan tersebut mendapat perhatian yang sewajarnya agar tidak akan berulang lagi dan pihak kontraktor diberikan amaran keras diatas sikap yang tidak bertanggungjawap.




















Friday, August 27, 2010

Mati terikat

Posted on the August 26th, 2010

SHAH ALAM: Seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan terikat di sebatang pokok sebelum mayatnya ditemui seorang penoreh getah dalam kebun getah di Desa Latania (Sungai Kandis), Seksyen 36, di sini, semalam.

Mayat mangsa yang belum diketahui identiti itu ditemui kira-kira jam 11.40 pagi oleh seorang penoreh getah sebelum menghubungi polis.

Difahamkan mangsa seorang jurutera dikenali Victor Liew Shan Horng, 36.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Noor Azam Jamaludin, berkata mangsa berpakaian lengkap dengan kesan luka di tangan dan dipercayai meninggal dunia antara tempoh 48 jam lalu.

Menurutnya, identiti mangsa belum dapat dipastikan berikutan tiada dokumen pengenalan diri ditemui di sisi mayat.

Kami sedang menyiasat sama ada mangsa individu yang dilaporkan hilang di Alam Impian, dekat sini Ahad lalu ketika sedang memancing.

Polis akan memanggil ahli keluarganya untuk membuat pengecaman bagi menentukan identiti mayat, katanya.

Sepasukan polis dari unit forensik turut dikejarkan ke lokasi kejadian bagi mengumpul bukti berhubung pembunuhan itu.

Noor Azam berkata, siasatan tidak menolak kemungkinan mangsa dibelasah sehingga mati dalam ladang getah itu.

Punca dan motif kejadian masih dalam siasatan dan kami meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini supaya melaporkan di balai polis berhampiran bagi membantu siasatan, katanya.

Dalam sidang media di pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Muda, Shuhaimi Shafie di Kota Kemuning, di sini kelmarin, isteri Victor, Sheng Mei Ying, 39, merayu supaya suaminya yang dipercayai dilarikan sekumpulan lelaki ketika sedang memancing di Desa Latania Ahad lalu dibebaskan.

Sumber : Harian Metro

Thursday, August 26, 2010

Pakatan Rakyat tetap bersatu lawan kemungkaran Umno BN
Zulfikar Mashoor

PETALING JAYA, 26 Ogos: Pakatan Rakyat tidak mempunyai keraguan untuk tetap bersatu melawan kemungkaran dan penganiayaan Umno Barisan Nasional terhadap rakyat.

“Kami beriltizam untuk menentukan hala tuju baru buat rakyat dan negara ini. Menjelang 53 tahun kemerdekaan, sudah tiba masanya negara ini meninggalkan politik perkauman sempit yang seumpama barah merosak masyarakat,” ujarnya Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam kenyataan akhbar Pimpinan Pakatan Rakyat, petang ini.

Menurut mereka, Pakatan Rakyat merasa bertanggungjawab untuk memaknai kembali Kemerdekaan yang berlandaskan Politik Baru yang lebih matang dan mengutamakan kemaslahatan rakyat serta negara ini.

Pakatan Rakyat, kata mereka sedar wujudnya satu muslihat politik oleh pimpinan Umno BN untuk mengapikan sentimen perkauman sempit dan agama bertujuan memecahbelahkan keharmonian masyarakat.

Bagi mereka, politik usang bersifat peras ugut dan memesongkan fakta itu digunakan oleh pimpinan Umno BN kerana mereka berada dalam keadaan terdesak untuk meneruskan kelangsungan kuasa mereka.

Menurut kenyataan itu lagi, demi mencapai cita-cita politik tersebut, pelbagai jentera kerajaan seperti BTN dan media seumpama Utusan Malaysia diperkuda untuk menggugat kesejahteraan rakyat.

Berhadapan serangan bertali arus itu, uajr mereka Pakatan Rakyat tetap beriltizam untuk melaksanakan perubahan demi kemaslahatan rakyat keseluruhannya.

“Kita beriltizam untuk memastikan keharmonian dan perpaduan masyarakat dapat diperteguh serta politik perkauman sempit akan sirna dari negara ini,” ujar mereka.

Pakatan Rakyat, tambah mereka menghormati perjuangan parti masing-masing dalam Permuafakatan Pakatan Rakyat di mana permuafakatan itu sememangnya berlandaskan Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang telahpun disepakati.

Dasar Pakatan Rakyat menyatakan: “Pakatan Rakyat bertekad untuk menyemai persefahaman dan perpaduan di kalangan rakyat berteraskan prinsip memelihara kepentingan bersama. Perpaduan negara mesti mencerminkan kesepakatan, persefahaman serta muafakat sejati antara kaum, budaya dan agama.”

“Kita percaya antara lainnya serangan ini adalah untuk menutup kegagalan kerajaan Umno-BN menguruskan khazanah negara seumpama skandal rompakan saham untuk rakyat termiskin bernilai RM52 billion,” ujar mereka lagi.

Ehubungan itu, mereka menggesa satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat kehilangan hak rakyat tersebut.

“Kita akui sememangnya terdapat perbezaan di antara komponen Pakatan Rakyat, walaupun begitu kita tuntas menggalakkan perbincangan dan bersikap terbuka.

“Ini berbeza sekali jika dibandingkan dengan politik dalaman BN yang mana komponennya sering bertelagah dan bersikap menyembunyikan segala permasalahan,” kata mereka.

Sementara itu, pada sidang media di ibu pejabat PKR, Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat mengulangi konsesus bersama, iaitu mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi Persekutuan di samping menjamin menjamin kebebasan agama-agama lain.

Menurut Anwar yang juga Ketua Pembangkang, sama ada PKR, DAP mahupun PAS masing-masing menyedari perbezaan ideologi sejak sebelum penubuhan Pakatan Rakyat lagi.

Namun, katanya lagi, perbezaan itu tidak boleh menjadikan ketiga-tiga tonggak Pakatan Rakyat itu mengetepikan kezaliman Umno BN ke atas rakyat sejak merdeka, 53 tahun lalu.

Bercakap pada sidang yang sama, Nasharudin berkata, perbezaan pendapat berhubung amalan undang-undang syariah di Malaysia bukan sahaja dihadapi oleh DAP dan PAS.

Malah, katanya negeri-negeri di bawah kerajaan Persekutuan sendiri tidak mengamalkan undang-undang syariah secara seragam.

Sambil menganggap perbezaan pendapat sebagai lumrah, beliau menasihatkan kerajaan persekutuan supaya terlebih dahulu menyeragamkan kaedah perundangan syariah di tanah air daripada melaga-lagakan PAS dan DAP berhubung isu hudud seperti belakangan ini.

Menyambut saranan Nasharudin itu, Lim Guan Eng menegaskan bahawa keutamaan Pakatan Rakyat adalah menghapuskan politik perkauman dan kezaliman yang dilakukan Umno BN.

Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, Pakatan Rakyat menentang kezaliman Umno BN adalah lebih diutamakan daripada mempopularkan ideologi kepartian masing-masing yang hakikinya adalah memperjuangkan keadilan

Sumber: Harakah

Tan Sri Khalid Arah PBT Ketepi Surat Sokongan

25 Ogos - Kerajaan Selangor akan mengedarkan Surat Pekeliling kepada semua pihak berkuasa tempatan (PBT) berhubung pengeluaran surat sokongan oleh wakil rakyat dan ahli majlis.

Menteri Besar, YAB Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim, berkata surat pekeliling itu bertujuan mengarahkan PBT supaya tidak mengambil kira surat sokongan dalam pemberian kontrak atau tender kepada sesebuah syarikat kontraktor.

Beliau berkata, Kerajaan Selangor juga telah meminta Pejabat Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri untuk menghasilkan rangka garis panduan membabitkan pengeluaran surat sokongan.

“Garis panduan ini akan memberi definisi yang jelas apa yang dimaksudkan hubungan kekeluargaan, saudara mara, adik beradik antara pihak yang mengeluarkan surat sokongan dengan pemilik atau pekerja syarikat yang disyorkan.

“Garis panduan ini juga akan membolehkan Ahli Majlis mempertahankan diri jika didakwa melakukan kesalahan salah guna kuasa atau penyelewengan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) di sini, hari ini.

Menteri Besar sekali lagi menegaskan Ahli Majlis tidak digalak mengeluarkan surat sokongan berunsur perniagaan kecuali surat sokongan untuk bantuan kebajikan.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri sedang menunggu laporan penuh hasil siasatan Jabatan Audit Negeri mengenai surat-surat sokongan yang telah dikeluarkan kepada Majlis Perbandaran Klang (MPK).

Abdul Khalid berkata, Kerajaan Negeri akan mengambil tindakan sewajarnya selepas laporan penuh diperoleh yang dijangka dalam waktu terdekat ini.

Menteri Besar berkata, pengeluaran surat sokongan adalah budaya yang diwarisi dari pentadbiran Barisan Nasional (BN) dan sukar untuk dihapuskan dalam sekelip mata. Malah, surat sokongan masih diperlukan untuk bantuan kebajikan bagi membantu golongan yang memerlukan.

Bagaimanapun, Kerajaan Pakatan Rakyat akan memastikan surat sokongan tidak disalah guna untuk kepentingan kroni.


Sumber: TV Selangor


KSSB Tidak Akan Ditutup

Tidak ada sebab untuk kerajaan negeri menutup Kumpulan Semesta Sdn Bhd kerana tugas dan peranan yang dipertanggungjawabkan kepada kumpulan itu tidak melanggar bidang kuasa pihak pentadbir tanah dan pihak berkuasa tempatan.

KKSB ditubuh bagi mengurus permohonan pengeluaran pasir agar ia jadi lebih sistematik dan sentiasa didokumenkan untuk rujukan dan pemantauan kerajaan negeri.

ADUN Sri Muda Suhaimi Shafie tidak bersetuju dengan desakan pihak pembangkang yang mahu Kumpulan Semesta ditutup atas alasan ia mengganggu kerja-kerja agensi kerajaan sedia ada.

Beliau menjelaskan tidak ada sebab untuk mana-mana pihak takut pada badan yang tugasnya adalah untuk mendokumentasikan urusan pengeluaran pasir.

Menurut beliau tanggungjawab KKSB tidak sama dengan agensi-agensi kerajaan sedia ada dan ianya terbukti dapat menyelaraskan permohonan-permohonan semua tanah-tanah hakmilik persendirian. Selain dari itu, yang lebih penting adalah agensi yang mematuhi petaturan yang tetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar”

Sementara itu, Suhaimi juga memaklumkan TV Selangor bahawa KSSB mempunyai program khusus untuk mengambus dan memulih kawasan perlombongan pasir. Ini sejajar dengan hasrat kerajaan negeri untuk memanfaat dan melindungi setiap inci tanah.-

Sumber: TV Selangor -Mohd Ezli Mashut

Wednesday, August 25, 2010

Missing man found tied to tree

2010/08/25

KLANG: Three days after he went missing, engineer Victor Liew Shan Hong was found dead yesterday, tied to a rubber tree in Sungai Kandis, Shah Alam.

He had wounds to the hands and body.

He was found by a rubber tapper at an isolated rubber holding about 11am.


Police believe the 36-year-old father of a 2-year-old boy had been dead for about 48 hours.

Liew was reported missing by his wife, Sheng Mei Ying, 39, when he failed to return home from a fishing trip on Sunday.

She lodged the report on Sunday night after searching all his known angling sites in Shah Alam.


Liew had left home about 6am and would usually return home by afternoon.

The family later discovered that there had been four withdrawals, totalling RM6,000, from his bank account.

On Monday, police found Liew's car in an isolated area at the end of the newly opened Kota Kemuning-Shah Alam highway.


Sheng later sought the assistance of Sri Muda assemblyman Shuhaimi Shafie to search for her husband.

A witness told Shuhaimi and the police that he was fishing at a lake in Alam Impian, Shah Alam, and Liew was on the opposite side of the lake.

He told police that about 9am, four men came out from some bushes and started beating Liew up before bundling him into his car and speeding off.

When news emerged that a body was found, Sheng declined to identify it at the hospital.

However, Shuhaimi managed to console her and took her to Tengku Ampuan Rahimah Hospital here, where she identified Liew.

District police chief Assistant Commissioner Noor Azam Jamaluddin said police were investigating the case as kidnap and murder.



Read more: NST

Hormati Dasar PR, DAP minta PAS tidak bangkit hudud, negara Islam

August 24, 2010
KUALA LUMPUR, 24 Ogos — Penasihat DAP Lim Kit Siang mengulangi pendirian parti itu menolak idea mahu melaksanakan undang-undang hudud dan negara Islam atas alasan ia tidak pernah disentuh dalam Dasar Bersama Pakatan Rakyat (PR).

“Ia sudah jelas bahawa pelaksanaan hukum hudud dan negara Islam bukan dasar PR.

“Jadi tidak perlu PAS untuk bangkitkan perkara ini lagi kerana ia bukan agenda kita (PR),” kata Lim ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Lim juga mempertahankan pendirian konsisten parti itu yang sentiasa menekankan bahawa Malaysia sebuah negara sekular.

Ahli Parlimen Ipoh Timur itu berkata kedua-dua aspek tersebut langsung tidak disebutkan dalam Dasar Bersama PR yang diumumkan Disember 2009.

“Itu sebab kedua-dua aspek itu tidak pernah dibangkitkan dalam Dasar Bersama PR.

“Oleh itu PAS perlu faham, itu sahaja saya boleh cakap. Yang lain saya tidak mahu komen,” kata beliau yang dua hari lalu mempertahankan pendirian Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh.

Dasar itu diputuskan pada konvensyen sulung PR, yang dibentuk April 2008, akhir tahun lalu.

Di bawah Dasar Bersama itu, PR membuat pendirian akan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama rasmi persekutuan manakala agama-agama lain boleh diamalkan dengan bebas.

Semalam PAS meminta DAP memahami dasar perjuangan PAS yang bercita-cita mahu melaksanakan hukum hudud dan negara Islam, sekiranya menawan kerajaan persekutuan, bagi mengatasi masalah jenayah dan sosial membabitkan orang Islam.

Parti itu juga menegaskan, ia tidak akan kompromi sama sekali dalam soal menegakkan hukum hudud dan cita-cita menjadikan Malaysia negara Islam.

Minggu lalu, Karpal mengumumkan bahawa beliau kekal menentang undang-undang sedemikian jika PR mengambil alih kerajaan persekutuan.

Kata Karpal, undang-undang sedemikian “tidak berperlembagaan” dan setiap orang perlu menghormati perlembagaan.

DAP mengeluarkan kenyataan ini sehari selepas Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berpendapat kenyataan Karpal yang tidak bersetuju dengan cadangan PAS untuk melaksanakan hukum hudud adalah pandangan peribadinya.

Menteri Besar Kelantan berkata suara-suara sumbang yang timbul mengenai hukum hudud adalah pendapat peribadi dan bukan kenyataan rasmi parti itu.

Karpal tidak bersetuju dengan cadangan Nik Aziz, yang dibuat Khamis lalu bahawa cara terbaik menangani masalah jenayah dan sosial ialah meminda undang-undang sivil dan digantikan dengan undang-undang hudud.

Sumber: Malaysian Insider

Saturday, August 21, 2010

Pejuang bangsaku BODOH rupanya.. mana aku tak kata BODOH, cuba baca betul-betul apa yang ditulis pada Banner mereka ini ' Majlis Sabutan Ramadzan Al Murabak Dan Majlis Berbuka Puasa'.




Buat malu bangsa saja.. pejuang Melayu konon.. mengeja macam Bangla saja.. kah.. kah.. kah..

~ Sambutan dieja Sabutan
~ Ramadhan dieja Ramadzan
~ Al Mubarak dieja Al Murabak (nasib baik tak dieja Murtabak)

Mungkin juga bagi menjimatkan kos atau bagi menyapu untung yang lebih banyak mereka telah membayar seorang Bangla untuk menyiapkan Banner untuk mereka.. disebabkan ketika sedang berkerja si Bangla itu terfikir untuk berbuka dengan Murtabak jadi Mubarak pun bertukar menjadi Murabak..

Hangpa buat lawak la.. UMNO Jelutong..
kah.. kah.. kah.. Bodo macam kayu!!

11 Comments:

  1. Maggi said...
    Al MURABAK...????

    KAH..KAH..KAH...

    AKU INGAT LORI NAK JUAL MURTABAK...

    KAH..KAH..KAH..
    mahaza said...
    bila surat KM LGE tulis Amal Makhruf Nahi Mungkar punyalah puak-puak tu mengarok kata LGE hina Islam sebab? Amal Maarof Nahi Mungkar yang betul? Amal Ma'ruf Nahi Mungkar? Amal Makruf Nahi Mungkar? Amal Makrof Nahi Mungkar? Takde pulak bagi solution.... ni lagi memalukan
    KAH KAH KAH
    TEKONG DARAT said...
    AHAHAHAHAHA...
    BUKAN BANGLA LAA...
    SEBENARNYA INI MEMBUKTIKAN BAHAWA DALAM UMNO JELUTONG RAMAI MAMAK...
    HAHAHAH
    TEKONG DARAT said...
    hahaha...
    bukan bangla laa..
    ni laa tandanya umno jelutong ramai mamak...
    kan ke 'mamak'an bahasa tu
    Anonymous said...
    Ini kerja mamak lah...berlagak spt melayu tulin tapi bertutor dan bertulis tamil saja....pasti ramai geng mamak kutty di Jelutong ka ka ka...
    Anonymous said...
    hehe.... buat malu bangsa ja puak2 umno.
    kpasu guy said...
    yang mudah pun tak betul.....itu standart UMNO...bangang
    UMNO BODOH said...
    ITULAH UMNGOK PEMBELA MELAYU YANG BANGGANG...KAH KAH KAH
    Anonymous said...
    eloklah tu... satu lagi projek dari KERAjaan barisan tak rasional. kekekke
    mi-phg said...
    Depa tau cakap tamil saja yg buat poster itu pun masih kata api kereta, tanya jj
    Anonymous said...
    hahaha.lawak2!! nak terkucil gelak

Friday, August 20, 2010


Izzah Cabar Zahid Heret Petualang Sebenar Skandal Scorpene

Oleh Fazli Othman

SHAH ALAM 20 Ogos - Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mencabar Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengheret petualang sebenar yang telah menggunakandana negara untuk membayar komisyen lebih RM500 juta kepada Perimekar Sdn Bhd dalam urusan pembelian dua kapal selam Scorpene.

Menurut Nurul Izzah, Ahmad Zahid tidak boleh menunding jari dan menuduhnya sebagai penderhaka sedangkan penderhaka sebenar adalah mereka yang menggunakan dana negara untuk membayar kos penyelenggaraan yang tinggi kepada kroni dan pembelian alatan atau pun kos projek yang berganda demi memenuhi poket masing-masing.

"Kenyataan saya dalam temubual bersama akhbar Kompas adalah berdasarkan jawapan rasmi Menteri Pertahanan pada 17 Mac lalu bahawa kapal selam KD Tunku Abdul Rahman tidak dibenarkan menyelam kerana mengalami masalah teknikal," jelas Nurul Izzah.

Katanya, apabila Ahmad Zahid menyebut tentang imej dan keselamatan negara, yang kononnya terjejas daripada kenyataan beliau itu, Menteri diingatkan kenyataan yang serupa dikeluarkannya di dalam Dewan Rakyat sebelum ini yang menyatakan masalah teknikal yang sama dihadapi oleh negara lain di seluruh dunia.

"Kalau maklumat tentang status selaman mana-mana kapal selam di seluruh dunia dapat diperolehi secara terbuka, di manakah rasionalnya bahawa kenyataan saya menggugat keselamatan negara?

"Pada hemat saya, kenyataan yang menggugat keselamatan negara adalah kenyataan seperti dibuat pada 6 Ogos lalu bertajuk kapal selam sertai latihan terbitan dalam Bernama, di mana diakui bahawa Latihan Kemahiran Laut yang lazimnya dilakukan tiga kali dalam setahun telah dikurangkan kepada hanya sekali setahun bagi menjimatkan perbelanjaan.

"Bercakap tentang imej dan keselamatan yang menjadi asas laporan polis Tentera Laut Diraja Malaysia, apakah mungkin reaksi musuh negara apabila diketahui umum bahawa TLDM hanya melakukan latihan sekali setahun atas alasan berjimat cermat? Sedangkan prinsip dasar pertahanan adalah persediaan, dan persediaan ini merangkumi latihan yang mencukupi," ujar Nurul Izzah dalam satu kenyataan yang dikeluarkan menjawab dakwaan Menteri Pertahanan menuduh beliau seorang penderhaka.

Dalam pada itu, ahli parlimen muda itu melahirkan kebimbangan kerana Malaysia mempunyai sempadan laut yang luas, maka tidak wajar Latihan Kemahiran Laut dijalankan hanya setahun sekali.

Tambahnya lagi, perasaan itu turut dikongsi pegawai-pegawai TLDM khususnya dan seluruh pasukan keselamatan.

Beliau mendesak Kementerian Pertahanan melakukan kajian menyeluruh berhubung skop perbelanjaan dan pembelian oleh pihak kementerian seperti lawatan ke luar negara serta pembelian yang tidak berkaitan dengan latihan diteliti dahulu supaya penjimatan sebenar dapat dibuat demi memastikan latihan TLDM, khususnya Latihan Kemahiran Laut tidak dikorbankan.

Justeru itu, Nurul Izzah berkata beliau sedia disiasat oleh pihak polis dan berharap permulaan siasatan ini akan membawa kepada isu berkait dengan pembelian dan penyelenggaraan kapal selam tersebut serta siasatan yang sedang dilangsungkan oleh pihak perundangan Perancis terhadap kapal selam yang sama.

Kontrak perolehan kapal selam Scorpene itu ditandatangani pada 5 Jun 2002 oleh kerajaan dengan syarikat DCNS dari Perancis dan Navantia dari Sepanyol selaku pembekal kapal selam, manakala syarikat Perimekar bertindak sebagai pembekal perkhidmatan projek.

Nilai kontrak ialah Euro1.084 bilion (RM5.5 bilion) yang dibahagi kepada dua iaitu pertama membabitkan kos berjumlah Euro969.15 juta (RM4.94 bilion) merangkumi pembelian dua buah kapal selam dan latihan untuk warga kapal selam.

Manakala yang kedua melibatkan perbelanjaan bernilai Euro114.96 juta (RM586.3 juta) membabitkan Perimekar untuk perkhidmatan koordinasi dan sokongan kepada Pasukan Projek Kapal Selam TLDM di Cherbourg, Perancis dan Cartagena, Sepanyol.


Sumber: Suara Keadilan

Ucapan ADUN Sri Muda




Azmin : Kenakan Hukuman Setimpal Jika Terbukti Bersalah

Parti Keadilan Rakyat bimbang sikap lepas tangan Jabatan Pelajaran yang enggan bertindak keatas guru-guru yang didapati mengeluarkan kenyataan-kenyataan berbaur perkauman terhadap murid-murid dibawah jagaan mereka.

Naib Presiden Azmin Ali mendesak guru-guru terbabit digantung tugas sehingga siasatan selesai dijalankan, dan dikenakan hukuman yang setimpal sekiranya terbukti bersalah.

Azmin berkata insiden itu bukan pertama baru di negara ini. Ia adalah manifestasi barah perkauman yang mencengkam tunjang keharmonian negara ini, yang digalakkan melalui politik perkauman Barisan Nasional.

"Kenyataan kerajaan bahawa apa yang telah berlaku itu hanyalah salahfaham semata adalah amat tidak bertanggungjawab," - Azmin Ali

Azmin berkata barah perkauman tidak dapat ditangani selagi Akta Keselamatan Dalam Negeri dan Akta Hasutan terus dikuatkuasakan dan perlindungan diberi kepada kumpulan-kumpulan ekstremis yang menghasut kepada ketegangan kaum.

Paradigma politik pelbagai kaum yang berteraskan kepada keadilan, hak asasi, dan demokrasi adalah satu-satunya ubat kepada penyakit perkauman di Malaysia.

"Permasalahan perlu ditangani secara komprehensif dan holistik," - Azmin Ali

Menurut Azmin, Pakatan Rakyat komited kepada melaksanakan Akta Hubungan Kaum untuk menangani kebencian di kalangan kelompok pelampau, dan menyediakan mekanisma untuk menangani masalah-masalah antara kaum.

Thursday, August 19, 2010

Mahkamah Persekutuan tangguh permohonan Anwar

Thursday, 19 August 2010 | Ruangan: Berita

PUTRAJAYA, 19 Ogos – Mahkamah Persekutuan menangguhkan keputusannya mengenai rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap keputusan Mahkamah Rayuan (COA) dan Mahkamah Tinggi yang telah menolak permohonan beliau
untuk memberikannya kenyataan saksi termasuk saksi utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Hakim Besar Malaya Tan Sri Ariffin Zakaria menangguhkan keputusan setelah mendengar hujah-hujah peguam perayu Karpal Singh dan Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden yang mewakili responden, Peguam Negara.
Pada proseding hari ini, Ariffin mengetuai tiga panel hakim dengan dua yang lain Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong dan Datuk Seri Md Raus Shariff.
Karpal dalam hujahnya berkata pihak pembelaan sepatutnya diberikan akses kepada kenyataan berhemah Mohd Saiful Bukhari mengikut Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah kerana beliau memberitahu polis bahawa perlakuan seks adalah dipersetujui bersama dan bercanggah dengan keterangannya dalam Mahkamah Tinggi bahawa ia tidak dipersetujui bersama.
Beliau berkata Mahkamah Rayuan adalah salah apabila memutuskan bahawa mahkamah itu tidak ada bidangkuasa untuk mendengar dan menetapkan rayuan dan memutuskan rayuan perayu merupakan rayuan interlokutori yang berlaku semasa perbicaraan.
“Hakim-hakim telah tersilap apabila tersalah menyatakan bahawa rayuan itu bukanlah satu rayuan interlokutori tetapi pada hakikatnya perintah Mahkamah Tinggi adalah perintah terakhir yang menyelesaikan hak pihak-pihak berkenaan dan boleh membuat rayuan,” tambah Karpal.
Pada 25 Jun, Hakim mahkamah Rayuan, Datuk Sulong Matjeraie, Datuk Ramly Ali dan Datuk Zaharah Ibrahim mengekalkan bahawa mereka tidak ada bidangkuasa untuk mendengar dan melayan rayuan itu kerana keputusan Mahkamah Tinggi mengenai perkara tersebut bukanlah yang terakhir yang mempunyai kesan yang akhirnya
menetapkan hak-hak pihak berkenaan.
Panel hakim tiga orang menolak rayuan ketua pembangkang dan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang disampaikan pada 12 Mei lepas, menafikan beliau daripada akses kepada kenyataan Mohd Saiful Bukhari, yang telah dicatatkan oleh polis.
Anwar mahukan semua kenyataan, termasuk kenyataan saksi Mohd Saiful Bukhari, kerana beliau mendakwa bahawa terdapat percanggahan dalam keterangan Mohd Saiful Bukhari yang diperoleh semasa perbicaraan, dan pertuduhan liwat untuk menganiaya beliau (Anwar), yang boleh membawa kepada kemungkinan kredibiliti Mohd Saiful
Bukhari di cabar.
Anggota Parlimen Permatang Pauh berusia 63 tahun itu mendakwa bahawa saksi utama itu, Mohd Saiful Bukhari telah memberikan keterangan bahawa dakwaan liwat itu berlaku tanpa persetujuannya, tetapi Anwar dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, persetubuhan dengan persetujuan.
Semasa berhujah, Karpal juga mahukan mahkamah paling tinggi untuk memutuskan definisi “keputusan” dalam Seksyen 3 Akta Mahkamah Kehakiman, 1964.
Sementara itu ketika memberikan hujah, Yusof berkata Mahkamah Rayuan tidak ada bidangkuasa mengenai perkara itu, kerana apa sahaja keputusan Mahkamah Tinggi semasa perbicaraan bukan perintah terakhir.
Beliau berkata perintah itu bukan yang akhir dan pihak-pihak masih boleh membuat rayuan pada akhir perbicaraan.
Yusof juga mengulangi bahawa Peguam Negara boleh memutuskan dalam seksyen mana seseorang itu dituduh, di mana dalam kes Anwar ia bukanlah satu isu sama ada pertuduhan itu mengikut Seksyen 377B atau 377C tetapi ia lebih untuk
pendakwaan membuktikan wujudnya persetubuhan di luar tabii.
Terdahulu, Karpal mendesak agar penghakiman Mahkamah Rayuan diberikan dan Mahkamah Persekutuan hendaklah mengarahkan mahkamah itu untuk penghakiman sewajarnya.
“Tanpa butir-butir penghakiman rayuan, yang perayu berhak mengikut undang-undang, perayu adalah prejudis dalam memberikan satu petisyen yang sewajarnya,” tegas beliau.
Yusof berkata alasan penghakiman telah dinyatakan dan tidak perlu untuk penghakiman lain.
“Ia hanya perkara terminologi yang digunakan dan kita menyatakan bahawa alasan untuk penghakiman telah ada dan mahkamah hendaklah meneruskan proseding rayuan,” tambah Yusof.
Ariffin berkata panel itu bersetuju dengan Yusof dan mengarahkan kedua-dua pihak untuk mengemukakan merit rayuan. – BERNAMA

Wednesday, August 18, 2010

Surat sokongan dikeluar ahli majlis PBT akan diaudit: MB

Wednesday, 18 August 2010 | Ruangan: Berita

SHAH ALAM, 18 Ogos – Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid berkata surat sokongan yang dikeluarkan oleh ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor akan diaudit bagi memastikan tiada kes salah guna kuasa berlaku.
Beliau berkata audit berkenaan akan dijalankan oleh Jabatan Audit Negeri bermula di Majlis Perbandaran Klang (MPK) minggu ini.
Laporan lengkap mengenai audit itu juga akan disiarkan kepada orang awam bagi memberi peluang kepada mereka menilai sendiri mengenai surat sokongan yang dikeluarkan, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di sini hari ini.
Dalam perkembangan lain, Abdul Khalid berkata sesi dialog bersama rakyat akan diadakan di semua 12 PBT bagi mendapatkan respons, cadangan dan pandangan orang ramai berhubung Pelan Hala Tuju Selangor bagi tahun 2011-2013.
Sesi dialog itu akan bermula pada 21 Ogos ini di Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan berakhir pada 6 Sept depan di Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ), katanya.
Mengenai penemuan alat perakam video di bilik pejabatnya Selasa lepas yang dipercayai untuk mengintip pergerakan hariannya, Menteri Besar berkata beliau masih menunggu siasatan pakar tempatan berhubung perkara itu.
Katanya pemeriksaan berkala akan dilakukan di pejabat beliau dan Exco kerajaan negeri bagi memastikan kejadian yang sama tidak berulang. — BERNAMA

Tuesday, August 17, 2010

MAJLIS MAKAN MALAM BERSAMA PIMPINAN










Masjid As Syariff Meru telah mengadakan satu Majlis Makan Malam Bersama Pimpinan selepas solat Isyak di Dewan Hambali.

YB Dr Hj Abd Rani bin Osman dan YB Shuhaimi Shafie adalah merupakan
pimpinan-pimpinan yang telah di jemput untuk menyerikan lagi majlis tersebut.

Turut menyerikan lagi majlis tersebut ialah Encik Taifor Hj Nor, Datuk Ketua Kampung dan juga Tuan Nazir Masjid As Syariff, Tuan Haji Asimoni bin Hj Ehsan

Dr Rani dalam ucapannya mengungkap pesanan Dr Yusuy Al Qardhawi yang mengingatkan ummat Islam agar menyiapkan diri dan jiwa untuk menyambut Ramadhan Al Karim yang insyaAllah akan menjelang tidak berapa lama lagi.

Jangan sampai kita menyesal tidak beramal dalam bulan yang penuh keberkatan ini atau melawan para-para ulamak serta menentang hukum-hukum Allah.