UIA: Tarik balikpenggantungan Prof Dr Aziz Bari!!!
Tindakan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menggantung pakar perlembagaan terkemuka Prof Dr Abdul Aziz Bari amat mendukacitakan. UIA, sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang bertaraf
antarabangsa, sepatutnya mempertahankan hak ahli akademik menyuarakan pendapat dan idea.
Malangnya, universiti tersebut bukan sahaja gagal mempertahankan Dr Aziz apabila beliau diserang oleh ahli politik dan media UMNO, tetapi sebaliknya menggantung beliau pada hari ini.
Dengan mengambil tindakan ini, UIA terbukti mementingkan agenda politik UMNO. "Transformasi" yang sering dilaung-laungkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak jelas merupakan janji-janji
kosong.
Universiti-universiti sepatutnya menggalakkan perkongsian pendapat dan debat untuk membuka minda masyarakat sejagat. Jika seorang ahli akademik yang dihormati dihukum kerana memberi ulasan dalam bidang beliau, maka semua ahli akademik secara tidak langsung akan disunyikan.
Tindakan menggantung Dr Aziz ini merupakan bukti jelas mengapa tahap kecermelangan institusi pengajian tinggi di Malaysia tetap merudum.Saya menggesa UIA untuk menarik balik penggantungan ini dengan serta-merta. Hak kebebasan akademia mesti dipertahankan. Ew
Nota: Jika inilah cara untuk naik ranking ke 100 terbaik dunia, jangan haraplah tindakan ini membantu bahkan akan menjunamkan lagi taraf UIA ke tahap paling teruk dalam sejarahnya.
No comments:
Post a Comment