KUALA LUMPUR 1 Ogos: Penilaian unjuran kredit Malaysia terkini oleh agensi penarafan, Fitch adalah membimbangkan meskipun tidak menghairankan, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Rating Fitch dilapor menyemak semula prospek Malaysia daripada “stabil” kepada “negatif”, dengan mengutarakan masalah kurangnya kemajuan dalam reformasi kerajaan dalam menangani defisit fiskal.
“Kami menegaskan pengurusan ekonomi kerajaan terutama berkaitan soal pembaziran dalam perbelanjaan yang dibuat tanpa ketelusan serta kebertanggungjawaban akan membawa kita ke lembah kehancuran,” kata Anwar.
“Sebelum pilihan raya umum ke-13, penganalisis bebas telah menimbulkan paras hutang kepada pendapatan perkapita negara iaitu kira-kira 237 peratus pada tahun 2012 dan kita terlalu bergantung pada hasil minyak, tetapi kawalan media oleh Umno-BN menggambarkan pengkritik sebagai pengkhianat kepada kestabilan ekonomi,” ujarnya.
Katanya, tanpa membetulkan keadaan itu, Najib menyebabkan negara mengalami defisit fiskal lebih besar.
Oleh itu, ketika hutang negara meningkat mendadak, jaminan hutang kerajaan hampir RM150 bilion pada 2012 berbanding RM96.9 bilion pada tahun 2010 tidak diambil kira dalam pengiraan defisit belanjawan negara, menunjukkan analisis ekonomi dan kewangan berat sebelah.
“Dalam hal ini, kami menyeru kepada Najib untuk berhenti menipu rakyat dengan mengatakan kononnya ‘nisbah hutang-KDNK stabil’ sedangkan realitinya, ia seperti menyembunyikan masalah kewangan negara di bawah karpet,” kata Anwar menunut tindakan pemulihan segera diambil perdana menteri.
KD
No comments:
Post a Comment