Loading...

Friday, August 2, 2013

Pengangkutan Awam Di Selangor Akan Dipertingkatkan Demi Rakyat


Kerajaan Selangor bercadang menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk mencari kaedah bagi meningkatkan penggunaan pengangkutan awam dan membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas di bandar ini.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar), berkata jawatankuasa yang diketuai olehnya dengan Jabatan Perancang Bandar dan Desa Selagor sebagai sekretariat itu akan memastikan penduduk di Selangor menikmati perkhidmatan pengangkutan awam berkesan tanpa perlu menggunakan kenderaan persendirian.
"Kami sedar peningkatan kenderaan persendirian membawa kepada kesesakan lalu lintas teruk dan kemalangan jalan raya.
Satu sistem pengangkutan awam yang berkesan diperlukan untuk mengatasi masalah itu," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen keselamatan jalan raya peringkat negeri Selangor sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri di Plaza Tol Sungai Rasau di Klang hari ini. 

- Bernama

No comments: