
18 Ogos-Lebih 5000 orang bertali arus memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Dun Sri Muda yang berlangsung di Perkarangan Surau An-Nur Bandar Puteri dari jam 11 pagi hingga 3 petang.Sambutan mega ini tidak kurang hebatnya berbanding tahun lepas.
Tahun ini 22 menu disajikan, antara yang menjadi tumpuan ialah Char Kuey Teow , Kambing dan Cendol tidak lupa ketupat rendang dan lemang.Kaum bukan Melayu juga bersama-sama menghayati perayaan Aidilfitri ini dengan harmoni.

Inilah kelebihan berbilang kaum, dimana kita saling hormat-menghormati dan meraikan perayaan setiap kaum dengan pengertian sejagat.Pendekatan kita adalah masyarakat Madani yang harmoni.

Jam 1 tengah hari adalah waktu kemuncak dimana pengunjung berbondong-bondong hadir secara serentak yang menyebabkan kakitangan Dun Sri Muda bekerja keras bagi memastikan semua keadaan terkawal.

Ucapan YB Shuhaimi Shafiei pada majlis ini lebih memberi penekanan kepada penghayatan bulan Syawal serta nilai-nilai zakat orang Muslim dimana ia antara Rukun Islam yang wajib dilaksanakan.
Majlis ini diterima baik oleh masyarakat khususnya penduduk Dun Sri Muda,sumbangan dan penyerahan duit raya kepada anak-anak kecil mendapat perhatian orang ramai.40 orang adik-adik tahfiz dan anak yatim piatu mendapat sumbangan Syawal.
Walaupun tiada persembahan nasyid seperti tahun sebelum namun celoteh dari Dj Azwan cukup menggamit hati para pengunjung.

No comments:
Post a Comment