Loading...

Wednesday, March 31, 2010

PENDUDUK LAMAN PALMA MENERIMA SUMBANGAN KERUSI SERTA MEJA

SRI MUDA - Penduduk Laman Palma melahirkan rasakan rasa syukur kehadrat Allah Swt kerana doa meraka telah termakbul bila Adun Kawasan Sri Muda Shuhaimi Hj Shafiei menyerahkan sumbangan berbentuk peralatan kerusi serta meja baru - baru ini.Wakil penduduk laman palma Encik Daud melahirkan rasa gembira beliau serta seluruh penduduk kerana sumbangan yang diterima ini banyak faedahnya kerana penempatan di laman palma tidak memiliki surau atau dewan yang boleh di gunakan untuk penganjuran aktiviti kemasyarakatan.

Shuhaimi Hj Shafiei juga telah beberapa kali hadir ke laman palma untuk menyertai pelbagai program yang di anjurkan oleh persatuan penduduk antaranya adalah program gotong royong.Shuhaimi Hj Shafiei melihat betapa pentingnya sumbangan keperluan tersebut kerana selain tidak memiliki sebarang kemudahan berupa dewan penempatan tersebut juga tidak mempunyai kawasan lapang bagi memberi laluan untuk pembinaan dewan dan sebagainya.
Diharap penduduk dapat mengunakan kerusi dan meja yang beliau sumbangkan untuk faedah bersama kerana pada setakat ini hanya itu yang termampu beliau sumbang namun akan tetapi beliau akan memerhatikan dari masa ke masa apakah bentuk bantuan yang boleh di salurkan pada masa - masa akan datang.






MENERIMA KUNJUNGAN HORMAT RELA PLATUN 0189


SRI MUDA - Baru - baru YB Shuhaimi Hj Shafiei telah menerima kunjungan hormat dari anggota Rela dari platun 0189 seramai 4 0rang anggota yang bertujuan untuk memperkenalkan barisan kepimpinan anggota Rela platun 0189 yang mana berada di bawah kawasan Dun Sri Muda.Pertemuan yang berlangsung hampir 2 jam itu telah memberikan peluang dan ruang kepada kedua dua belah pihak untuk bertukar tukar pendapat.

Anggota Rela yang hadir pada hari tersebut terdiri daripada Encik Abdul Majid Muhyidin (KPRM),Encik Shaari (KPR) ,Encik Karim (KPR) serta Encik Kamaruddin Hj Kassim.Shuhaimi Hj Shafiei melahirkan ucapan terima kasih kepada seluruh anggota Rela yang berada di kawasan Dun Sri Muda kerana selama 2 tahun perkhidmatan beliau banyak sudah majlis - majlis yang di anjurkan mendapat kerjasama yang cukup baik dari Pasukan Rela.


Tuesday, March 30, 2010

Apco: Anwar gesa tubuh s'jaya siasatan diraja

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menuntut supaya kerajaan segera membatalkan kontrak perkhidmatan Apco Worldwide Sdn Bhd dan menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja bagi menyiasat skandal yang disifatkan sebagai mencalar maruah negara.

NONEAnwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh berkata beliau bimbang kerana kerajaan mengambil sikap membisu terhadap dakwaan penglibatan Apco, sedangkan maklumat strategik negara telah terjejas apabila kerajaan melantik syarikat perunding komunikasi itu.

"Sehingga kini perdana menteri belum pun memberi sebarang maklum balas terhadap gesaan saya agar segera mendedahkan serta memperincikan bentuk hubungan di antara kerajaan dan APCO, apa skop tugasannya, jumlah peruntukannya, setiap penasihat yang terbabit, peranan serta pengaruh mereka dalam kerajaan," katanya

Kerajaan sebelum ini mengesahkan melantik Syarikat Apco Worldwide Sdn Bhd dalam melaksanakan perkhidmatan berkaitan komunikasi secara "menyeluruh," selain melakukan program mempromosi dan mengurus imej negara di peringkat antarabangsa.

Apco juga mengeluarkan kenyataan berkaitan penglibatan mereka, dengan menyatakan bahawa mereka menyediakan sokongan komunikasi terhadap usaha-usaha reformasi kerajaan.

Penjelasan yang dibuat melalui Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Koh Tsu Koon dan ahli parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin di Dewan Rakyat sebelum ini, juga dibacakan semula oleh Anwar.

"Penafian yang dibuat oleh Apco itu merupakan usaha mereka untuk mengelirukan kita akan tarikh sebenar firma tersebut terbabit dengan pentadbiran perdana menteri sekarang.

"Penafian tersebut menggambarkan bahawa ianya tidak mempunyai sebarang hubungan dengan pentadbiran Dato' Sri Najib Razak, atau Dato' Sri Najib sendiri, pembantunya atau para penasihatnya," kata Anwar seterusnya ketika berucap di Dewan Rakyat hari ini.

Turut didedahkannya ialah peranan Ethos Consulting, sebuah firma rundingan tempatan yang didakwa bertanggungjawab memperkenalkan Apco kepada perdana menteri.

Anwar dalam pada itu turut mendedahkan nama dan maklumat ringkas beberapa individu dalam Apco yang didakwa mempunyai hubungan secara langsung dengan kerajaan dan tokoh-tokoh Israel

"Bolehkah perdana menteri menerangkan adakah sebelum Ethos atau Omar Mustapha; yang dikatakan bertanggungjawab membawa gagasan 1Malaysia bagi pertimbangan Perdana Menteri; Omar Mustapha atau mana-mana eksekutif Ethos tidak mempunyai apa-apa hubungan langsung dengan mana-mana individu yang ada kaitan dengan Apco?

"Perdana menteri perlu menerangkan adakah kerajaan atau Ethos atau mana-mana firma yang dilantik kerajaan; pernah melantik Mind Teams Sdn Bhd iaitu nama syarikat sebelum Apco secara rasmi bertapak di Kuala Lumpur.

"Paul Stadlen yang kini mengetuai Apco di Kuala Lumpur merupakan individu sama yang menandatangani perjanjian bagi pihak Mind Teams Sdn Bhd dengan Kerajaan Malaysia. Antara pengarahnya juga adalah Margery Kraus; CEO Apco dan invdividu penting yang terlibat dengan akaun di Israel," tambanya.

Anwar menamakan individu berkenaan dalam menjelaskan bentuk hubungan dan modus operandi Apco dalam membentuk pertalian dengan kerajaan yang melantik syarikat itu melalui firma bersekutu

"Apco dalam operasinya membentuk pertalian dengan kerajaan-kerajaan yang melantiknya menggunakan firma bersekutu (dengan izin "associates") di seluruh dunia. Selain Asero, firma bersekutu lainnya adalah Global Political Strategies.

"Di Israel, salah satu firma bersekutu adalah Asero Worldwide yang diketuai oleh Doron Bergerbest-Eilon, bekas Ketua Perlindungan dan Keselamatan, Agensi Keselamatan Israel dengan berpangkat Mejar Jeneral. Beliau juga adalah salah seorang penasihat antarabangsa kepada Apco

NONE"Jadi kontrak-kontrak yang melantik Apco tidak semestinya di antara Apco dan kerajaan semata-mata. Kerajaan boleh sahaja melantik firma bersekutu Apco tetapi tenaga pakar dan jaringan penasihatnya serta jaringan sekutunya adalah dari Apco.

"Kalau di Israel, lantikan dibuat melalui Asero Worldwide. Contohnya, kontrak lantikan bertarikh 9hb Januari 1992 itu adalah di antara kerajaan Israel dan sebuah firma bersekutu bernama GCI International.

"Tetapi apabila kita meneliti kandungan perjanjian tersebut termasuk tenaga utama yang akan menjalankan tugas-tugas melobi, salah seorang pengurus kanannya adalah Margery Kraus yang kini merupakan CEO Apco," katanya.

Beliau turut mengemukakan dua perjanjian untuk menyokong dakwaannya - satu perjanjian antara Apco dan kerajaan Malaysia. Yang satu lagi ialah perjanjian antara kerajaan Israel dengan Apco ketika Ehud Barak mengetuai angkatan tentera Israel.

Katanya lagi, kontrak Malaysia dengan Apco ditandatangani pada 4 Ogos 2009 dengan tugas khusus untuk memperbaiki imej Malaysia di luar negara.

"Ini aneh bagaimana kerajaan tandatangan dengan syarikat. (Proses menandatangani perjanjian) ini disaksikan setiausaha akhbarnya sendiri, Datuk (Tengku) Sharifuddin (Tengku) Ahmad. Biasanya (kontrak) ditandatangi oleh pegawai kerajaan," katanya.

Anwar membuat penjelasan hari ini bagi menjawab tuntutan yang dikemukakan ahli parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan sebelum ini yang mahu Anwar dirujuk kepada jawatankuasa hak dan kebebasan parlimen kerana menyamakan slogan 1Malaysia dengan 1Israel.

Timbalan speaker Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar kemudiannya berkata, usaha untuk merujuk Anwar ke jawatankuasa itu perlu dibuat secara usul untuk dijadikan sebagai salah satu daripada aturan mesyuarat.

Nota: Malaysiakini

Ucapan Perasmian Ketua Cabang kota Raja




Saudara Pengerusi Majlis

Yang Berhormat Suhaimi Shafie – ADUN Seri Muda merangkap Timbalan Ketua Cabang Kota Raja

Naib-Naib Ketua Cabang Kota Raja,

Ahli-ahli Jawatan Kuasa Cabang Kota Raja

Tuan-tuan dan Puan-Puan hadirin yang saya hormati

SALAM SEJAHTERA DAN SALAM PERJUANGAN …..

Pertamanya saya ingin merakam ucapan syabas kepada Saudara Kamarulzaman dan pasukan urusetia persiapan MATC ini kerana telah bertungkus lumus dalam menjayakan mesyuarat ini.

Tahniah juga kita ucapkan kepada sayap Wanita dan Angkatan Muda yang telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan masing-masing semalam.


Tuan-tuan dan Puan-Puan,

Sudah lebih 2 tahun kita menerajui tampuk pemerintahan Negeri Selangor selepas kita berjaya menumbangkan kerajaan Barisan Nasional dalam PRU ke 12 pada 8 Mac 2008 yang lalu.

Kejayaan kita ini merupakan satu anjakan perubahan pola mengundi oleh rakyat Selangor secara keseluruhannya. Selain Negeri Kelantan, 3 Negeri lain di Semenanjung berubah tampuk pemerintahan seperti mana tuan puan sedia maklum.

Tsunami Mac 2008 juga begitu ‘signifikan’ kerana ianya merupakan pertama kali rakyat menolakan penguasaan 2/3 kerajaan Barisan Nasional di Parlimen semenjak Negara mencapai kemerdekaan 53 tahun yang lalu.

Selangor yang dikatakan kubu kuat UMNO dan Barisan Nasional ‘tumbang’ kerana rakyat di luar sana mahukan perubahan, lantaran mereka memilih Pakatan Rakyat sebagai kerajaan di Negeri Selangor untuk pengisian terhadap agenda perubahan tersebut.

Sebagai kerajaan apakah yang telah kita lakukan selama 2 tahun ini?? Ramai yang mahukan kita melakukan pelbagai perkara dengan serta merta dan ada yang beranggapan kita mampu meluluskan itu dan ini dengan sekelip mata.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

Adun-Adun Pakatan Rakyat lebih-lebih lagi dari Keadilan berkerja keras untuk merealisasikan agenda ‘Merakyatkan Ekonomi Selangor’ demi kepentingan Rakyat.

Pelbagai program telah dijalankan bagi tujuan tersebut. Pemberian 20 meter padu air percuma merupakan salah satu dari 7 program kerajaan Negeri bagi kemudahan dan kesejahteraan rakyat Selangor.

Adun-adun Pakatan Rakyat sering turun padang bagi melihat sendiri masalah yang dihadapi oleh masyarakat setempat.

Tuan-tuan dan Puan-Puan,

Sejak kebelakangan ini Pakatan Rakyat terutamanya di Negeri Selangor diasak oleh Barisan Nasional dari segenap penjuru bagi mengugat kestabilan Kerajaan Pakatan Rakyat di Negeri Selangor.

Polis dan SPRM diperkudakan untuk memberi tekanan terhadap kita.

Kita juga mendapati beberapa agensi kerajaan Persekutuan bukan sahaja tidak memberikan kerjasama kepada kita sebaliknya menjalankan usaha-usaha sabotaj bagi mengagalkan projek-projek dan program-program kerajaan Negeri.

Ini bertujuan untuk membangkitkan perasaan marah rakyat terhadap kerajaan Pakatan Rakyat di Negeri Selangor. Walaubagaimana kita tetap teguh dengan mendapat sokongan Rakyat Selangor dan kepercayaan ahli-ahli parti kepada tampuk pemerintahan kerajaan Negeri.

Tuan-tuan dan Puan-puan.

Kita juga mengalami satu senario politik sejak kebelakangan ini apabila beberapa orang wakil rakyat kita ‘melompat’ menjadi wakil rakyat bebas.

Kita berpendapat bahawa ini adalah proses politik biasa dalam mematangkan parti kita yang masih muda ini. Kita juga beranggapan bahawa ianya juga merupakan satu proses pembersihan dalaman parti dalam memantapkan lagi parti.

Kita berpendapat bahawa perbezaan pendapat di antara ahli-ahli parti merupakan satu proses yang sihat tetapi kita juga harus mendisplinkan diri demi kepentingan parti. Kita harus membawa apajua perbezaan pendapat dalam satu perbincangan bagi mencari jalan penyelesaian.

Tuan-tuan dan Puan-Puan,

Apajua tindakan kita akan terus diperhati oleh musuh-musuh kita di luar sana. Mereka akan mengambil kesempatan untuk memecah belahkan kesepakatan kita demi kepentingan mereka.

Kita harus terus bersatu dan mengenepikan apajua perbalahan di antara kita. Musuh sebenar kita adalah UMNO dan Barisan Nasional. Mereka sedang giat menjalankan pelbagai aktiviti bagi memenangi hati Rakyat dalam usaha mereka untuk merampas Dun-dun dan Parlimen yang kita kuasai.

Dua tahun adalah tempuh yang begitu singkat bagi kita melaksanakan aktiviti-aktiviti kita. Rakyat melihat apa yang kita lakukan. Jadi kita harus menunjukkkan bahawa kita di dalam parti adalah bersatu padu dan bekerja keras dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada mereka.

Hubungan kita dengan pihak PAS Kota Raja adalah baik dan kita sering mengadakan aktiviti bersama dengan mereka. Kita juga berharap Wanita dan AMK terus menjalinkan hubungan yang akrab dan menjalankan aktiviti kemasyarakatan dengan rakan PAS kita di kawasan Kota Raja.

Tuan-tuan dan Puan-puan,

Tuan Puan merupakan tunjang kepada kekuatan Cabang Kota Raja. Dengan keahlian kita yang berjumlah lebih 7,000 orang Cabang kita merupakan Cabang yang paling besar sekali di seluruh Malaysia. Dengan sokongan padu Tuan/Puan kita kan terus memastikan bahawa Kota Raja akan terus dikuasai oleh Pakatan Rakyat dalam piliharaya yang akan datang.

Sekian Terima kasih dan Salam Perjuangan.

KETUA CABANG KOTA RAJA
Tarikh : 28 Mac, 2010

Monday, March 29, 2010

MATC Cabang Kota Raja PKR







Peluang berkerjaya untuk lepasan SPM

Tung Shin Hospital

refer: The Star, 16 March 2010, pg W35.

Diploma in Nursing
- below 25 years age
- SPM with 5 credits in BM, English, Science, Maths and one other subject
- possess genuine interest in nursing, caring and enthusiastic

Diploma in Pharmacy
- below 25 years age
- SPM with credits in BM, English, Science/Biology and Chemistry, Maths
- possess genuine interest in healthcare support services, caring and
enthusiastic

Sponsorship
- course fee
- accommodation
- monthly allowance
- medical benefits
- uniform and shoees

* 6 year bond with hospital

Submit your application with telephone contact number, certified
copies of SPM/STPM certs and NRIC before 31 March 2010 to:

Human Resource Manager
Chinese Medicine Building
Level 3A
Tung Shin Hospital
102, Jalan Pudu
55100 Kuala Lumpur
email: jacky@tungshin. com.my
Fax: 03-2070-0345

http://poobalan. com/blog/ education- help/scholarship s-and-loans- 4/

http://poobalan. com/blog/ education- help/scholarship s-and-loans- 4/
Mesyuarat Agong Tahunan AMK Kota Raja








PRK Hulu Selangor: PKR Pertimbang Lima Nama


Pusat Bandar Damansara: Parti Keadilan Rakyat pertimbang lima nama untuk dipilih sebagai calon dalam Pilihanraya Kecil Hulu Selangor.

Pengarah Pilihanraya Fuziah Salleh mengesahkan pihaknya telah menerima nama-nama tersebut dan akan diputuskan oleh pimpinan PKR Ahad depan.

Beliau berkata demikian kepada portal The Malaysian Insider. Beliau melahirkan keyakinan Pakatan Rakyat mampu mempertahankan kerusi tersebut.

Sementara itu, Pengerusi Perhubungan Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata antara strategi yang dipertimbangkan adalah memilih calon tempatan. Beliau juga berkata jentera Selangor telah digerakkan dengan kerjasama Pas dan DAP.

Dalam PRU12 lalu, PKR menewaskan calon BN, Datuk G Palanivel dengan majoriti kecil 198 undi.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Parti Hak Asasi Manusia yang dikepalai pemimpin Hindraf, P Uthayakumar tidak akan mengetengahkan calon di Pilihanraya Kecil Hulu Selangor.

Penyatuan Empat Syarikat Konsesi Hampiri Realiti

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor dan kerajaan Persekutuan akan bekerjasama untuk melaksanakan hasrat Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA) bagi menyatukan empat syarikat konsesi di bawah satu entiti yang dikawal oleh kerajaan negeri.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata Selangor bekerjasama dengan Kementerian Tenaga, Hijau, Teknologi dan Air bagi mencari jalan penyelesaian demi kebaikan pengguna air di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur.

“Pengumuman Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash) yang menawarkan RM10.75 bilion untuk pengambilalihan itu tidak akan menjejaskan rundingan yang masih berjalan.”

Khalid berkata, industri perkhidmatan air boleh dijalankan pada harga lebih rendah sekali gus bercanggah dengan permintaan Syabas untuk menaikkan tarif air sebanyak 37 peratus.

Beliau berkata, perjanjian penswastaan bekalan air kepada Syabas dan permintaannya untuk meningkatkan kadar tarif air menjadi peringatan kepada Selangor untuk mengkaji semula jadual harga.

“Kita perlu membetulkan kesilapan kerajaan pusat yang membenarkan syarikat operator salah guna proses industri ini untuk mendapatkan keuntungan yang tinggi.

“Kami percaya ini adalah keputusan tidak betul dan tidak bijak serta membuka pelbagai spekulasi negatif kerana perjanjian itu merugikan pengguna,” katanya.

Khalid berkata, kerajaan negeri sentiasa komited untuk menyelesaikan masalah ini demi kepentingan semua pihak khususnya pengguna di Lembah Klang.

Beliau juga yakin tawaran yang dibuat kepada empat syarikat konsesi itu memenuhi kehendak komersial, adil dan munasabah.

Selangorkini

Friday, March 26, 2010

Dr Zainal: Pejuang Parti Yang Sukar Dicari Ganti

HULU LANGAT 25 Mac - Pimpinan KEADILAN merasakan kehilangan besar kepada perjuangan parti dengan pemergian Allahyarham Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad yang meninggal dunia akibat barah otak malam tadi.

Pernah memegang jawatan empuk sebagai Timbalan Menteri Besar Selangor ketika bersama Umno satu ketika dahulu, Dr Zainal mengambil keputusan mengharungi perjuangan KEADILAN bersama pemimpin lain tatkala KEADILAN hanya mempunyai satu kerusi di Parlimen.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim merasakan kehilangan besar bagi diri beliau yang pernah berjuang bersama-sama Dr Zainal.

"Allahyarham Dr Zainal adalah rakan seperjuangan kami walaupun beliau pernah menjadi Timbalan Menteri Besar tetapi mengambil keputusan menyertai kami dalam keadaan parti yang tidak begitu memberangsangkan.

"Beliau sanggup mengambil risiko bersama kami dan akhirnya beliau mewakili rakyat Hulu Selangor sebagai Ahli Parlimen. Kami sangat bersedih kerana kehilangan seorang rakan, seorang akademia dan seorang yang sanggup berjuang dengan kami.

"Beliau menyertai kita semasa kita belum lagi dalam keadaan yang baik iaitu ketika PKR sebagai parti yang mempunyai kerusi yang terendah iaitu sebanyak satu kerusi tetapi beliau sanggup bersama-sama dengan kita," kata Khalid ketika ditemui media selepas menziarahi jenazah Allahyarham di rumah beliau di Batu 9 1/2, Jalan Cheras, Hulu Langat malam tadi.

Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Selangor Syed Shahir Syed Mohamud berkata kehilangan Dr Zainal adalah signifikan bagi parti kerana beliau dianggap antara pemimpin Umno yang terawal mengambil pendirian menyokong KEADILAN.

"Allahyarham Dr Zainal adalah antara pemimpin awal daripada Umno yang mengambil sikap yang tegas iaitu beliau menyertai PKR lama sebelum beliau bertanding pada 2008.

"Pada saya ini satu pendirian yang baik dikalangan pemimpin yang mahu melihat sesuatu perubahan yang berlaku dinegara kita. Ini satu kehilangan yang sukar diganti dan kita menerimanya sebagai kehendak Allah SWT," kata Syed Shahir.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar dan Hal Ehwal Pengguna Selangor Elizabeth Wong pula menyifatkan Dr Zainal sebagai insan yang baik hati sepanjang hayat beliau.

"Walaupun beliau sakit sejak beberapa bulan kebelakangan ini beliau tetap menumpukan perhatian kepada tugasnya sebagai Ahli Parlimen. Saya berasa sedih dan terkejut apabila mendengar berita pemergian beliau. Kita masih banyak kerja yang perlu dilakukan dan beliau telah meninggalkan kita," ujar Elizabeth.

Setiausaha KEADILAN Selangor, Hamidi Hassan menyanjung Dr Zainal yang banyak menyumbang pendapat dan pandangan bagi mengukuhkan kedudukan parti peringkat negeri.

"Dr Zainal menyertai PKR pada tahun 2005 dan kami ketika itu mengalu-alukan penyertaan beliau kerana pengalaman luas beliau. Pengalaman lama beliau beliau dalam politik Selangor banyak membantu kita dan beliau pernah menjadi Pengerusi PKR Selangor satu ketika sebelum diambil alih oleh Tan Sri Khalid.

"Beliau banyak memberi pandangan dan pendapat untuk kebaikan parti. Beliau juga memimpin Cabang Hulu Langat dan ia berjalan dengan lancar sehinggalah beliau dipilih sebagai Ahli Parlimen," kata Hamidi.

Ditanya persediaan KEADILAN Selangor menghadapi pilihan raya kecil bagi mengisi kekosongan kerusi Hulu Selangor, beliau berkata parti telah membuat persediaan sejak awal apabila mengetahui Dr Zainal mengalami sakit yang serius.

"Parti memang ada buat persediaan sebab kita akur telah lama sakit. Persediaan untuk jentera pilihan raya memang telah kami sediakan dan insyaAllah kita akan terus pertahankan kerusi kita di Hulu Selangor. Calon kita serahkan kepada pucuk pimpinan tertinggi untuk putuskan dan segala persiapan akan kita gerakkan dengan lebih lancar ini untuk memastikan kerusi itu terus berada ditangan kita," jelas beliau lagi.


Suara keadilan

Thursday, March 25, 2010

Malam Gemilang Pakatan Rakyat Selangor


Shah Alam- Diam tak diam sudah 2 tahun Pakatan Rakyat mentadbir negeri yang paling kaya di Malaysia - Selangor Darul Ehsan.

Dalam tempoh 2 tahun, pelbagai program kebajikan dan polisi baru dibuat yang mana semakin difahami rakyat. Walaupun pendokong Pakatan Rakyat sendiri ramai yang 'terkejut' dengan ketelusan dan kebertanggungjawban akhirnya semakin ramai yang akur serta memahami ini lah sebenarnya perbezaan kerajaan sekarang dan kerajaan dahulu. Jesteru, sokongan semasa perhimpunan sempena 2 tahun Pakatan Rakyat yang diadakan pada 8 Mac lalu menjadi bukti sokongan rakyat terbanyak.

Kelihatan tenaga pengerak belakang tabir yang senantiasa ringan tulang bersama sama mengabdi kenangan

Saudara Tan Ah Kaw yang kekal setia bersama perjuangan rakyat

Kepimpinan negeri sedang menyanyikan lagu 'Negaru Ku'





Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan sedang menyampaikan pandangan..

Dato' Kalakau Untol yang sudah sedar perjuangan menindas BN..

YB Theresa berkata, 'saya membawa masuk industri baru yang boleh memperpaiki kapal selam yang tidak boleh menyelam'....


Seorang lagi orang kuat belakang tabir..

Rakyat tekun mendengar ucapan pemimpin..




Kelihatan YB Shuhaimi, YB Elizabeth Wong, YB Rodziah dan YB Ng Sue Lin serta ahli parlimen menghayati ucapan Ketua Umum Keadilan Dato' Sri Anwar Ibrahim



YB Amirudin dan YB Hannah yang mengacarakan majlis malam bersejarah itu....


Kelihatan ramai Pembantu Khas ADUN dan Ahli Majlis yang turut hadir..