Friday, May 3, 2013

Jelajah Treler AMK Di Jalan Kebun




    

1 Mei , Jalan Kebun-Sambutan luar biasa dengan kehadiran lebih 1500 orang dimana lokasi ini pada 2008 merupakan kubu kuat UMNO-BN.Jelajah Treler AMK melakar sejarah baru di Jalan Kebun ini ditambah lagi dengan impak pimpinan Jendral N50 Dun Sri Muda.

Barisan penceramah yang handal-handal malam ini adalah Calon P111 Dr.Siti Mariah , Calon N50 Shuhaimi Shafiei, Ketua AMK Selangor Azmizam, Ustaz Uda Kassim, Saudara Jaberi Ami dan Bekas Mejar Khir.


Pengisian Ceramah malam ini memberi pencerahan berkenaan Manifesto Pakatan Rakyat serta Negeri Selangor selaras dengan "Meneruskan Kecemerlangan" Negeri Selangor .Penduduk Jalan Kebun terpesona dengan input para penceramah yang menekankan soal Politik Harapan bukan Politik Samseng jumut.
Seperti Biasa "ternakan Umno-Bn" memperalatkan budak sekolah membuat onar atas dasar provokasi,namun kami Pakatan Rakyat tidak jamah politik jumut yang kerap kali diguna pakai Umno-Bn.

Jendral mengutuskan ribuan terima kasih kepada semua para Jentera N50 Dun Sri Muda yang tidak kenal erti penat menjayakan program ini.Usaha yang berterusan ini menunjukkan bahawa rakyat Negeri Selangor ingin mengekalkan kecemerlangan pemerintahan Pakatan Rakyat.


Segelintir Jentera N50 khususnya anak muda baru pertama kali menghadapi gerak kerja Pilihan Raka Umum sedikit sebanyak memberi kesan kepada jentera menyeluruh kerana berlaku "try & error".Justeru kelemahan ini akan menjadi pengajaran untuk dibekalkan pada masa akan datang

Pada 2008 Jendral mendapat lebih 5000 majoriti,maka untuk PRU-13 ini sasaran kami lebih besar jumlahnya.Sokongan sebegini rupa di Jalan Kebun adalah manifestasi kemenangan besar Pakatan Rakyat di P111 Kota Raja & N50 Dun Sri Muda.
    
Ini Kali Lah TUKAR!



No comments: