KLANG 30 MEI : Portfolio Penerangan diwujudkan bagi memastikan rakyat
Selangor mendapatkan maklumat tepat dan jelas mengenai segala program
yang dirangka Kerajaan Negeri menerusi hebahan media.
Menurut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim langkah ini
mengambil pengajaran ketika pentadbiran penggal pertama lalu ,biarpun
banyak program dijalankan seperti agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor
(MES) namun ia tidak sampai kepada rakyat secara menyeluruh.
“Oleh sebab itu salah satu tugas portfolio ini ialah memberikan penerangan yang lebih tepat, jelas dan terus kepada rakyat.
“Ini akan kita bincangkan supaya sebarang maklumat dan komunikasi
kepada rakyat dapat dilaksanakan melalui pelbagai usaha seperti hebahan
melalui TVSelangor, radio dan semua media,” katanya dalam sidang media
selepas majlis angkat sumpah exco Kerajaan Negeri di Istana Alam Shah di
sini hari ini.
Abdul Khalid berkata, Kerajaan Negeri komited meneruskan agenda MES
dalam penggal terbaru ini di mana kekayaaan negeri diagihkan kepada
rakyat.
Menurutnya, beliau dan barisan exco yang baru dilantik menerima
segala nasihat DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan
akan memastikan kesinambungan pentadbiran bersih dan telus yang
ditunjukkan Kerajaan Negeri sepanjang lima tahun lalu.
‘Kepada rakan yang baru dilantik, saya yakin mereka mampu memberikan
komitmen yang tinggi terhadap bidang tugas yang diamanahkan demi
meneruskan kecemerlangan kerajaan Selangor,” katanya.
Antara muka baru dilantik adalah Adun Sabak, Sallehen Mukhyi selaku
Exco Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa; Adun
Kota Alam Shah, V Ganapathi Rao (Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan
Prihatin dan Adun Sementa, Dr Daroyah Alwi (Kesihatan,
Pembangunan
Usahawan serta Sains, Teknologi dan Inovasi.
Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS) kini disandang Adun Subang Jaya,
Hannah Yeoh Tseow Suan dan Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad sebagai
Timbalan Speaker DNS.
Bekas Speaker DNS, Datuk Teng Chang Kim yang juga Adun Sungai Pinang dilantik Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan.
Selain itu, Menteri Besar turut memegang portfolio Kewangan,
Pembangunan Tanah & Pengurusan Sumber Alam (Pemutihan Kilang Haram),
Majlis Tindakan Ekonomi Negeri (Pelaburan, Pembangunan Desa dan
Pelancongan) serta Jawatankuasa Adat Melayu.
selangorku
No comments:
Post a Comment