Thursday, May 16, 2013

TSKI Setuju dengan ‘National Reconciliation’ Najib




KLANG, 14 MEI: Kerajaan Selangor hari ini menyambut baik hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mahu melaksanakan proses Perdamaian Nasional.

Menurut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, hasrat Najib itu akan teruji apabila Kerajaan Selangor memulakan semula proses penstrukturan industri air dengan kerajaan persekutuan.

“Saya telah menyediakan surat kepada Perdana Menteri tentang perkara ini dan amat berharap beliau akan memberi tindak balas positif sejajar dengan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA).

“Selangor memberi komitmen bahawa projek Langat 2 akan dirangkumkan bersama proses penstrukturan semula industri air supaya ia tidak  dikendali secara berasingan,” kata Abdul Khalid.

Beliau bercakap di sidang media selepas mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor untuk satu lagi penggal di Istana Alam Shah di sini hari ini.

Abdul Khalid juga memberitahu Kerajaan Negeri akan memperhebatkan lagi program-program di bawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) agar lebih ramai rakyat Selangor dapat mendapat manfaat daripada kekayaan negeri.

“Tidak lupa juga kepada semua penjawat awam yang selama ini telah menjalankan tugas dengan professional sehinggakan Pakatan Rakyat berjaya menterjemahkan polisi Merakyatkan Ekonomi Selangor serta Hasil Negeri Untuk Rakyat.

“Saya percaya kerjasama mereka telah membolehkan kita mendapat kejayaan besar pada pilihanraya baru-baru ini,” kata beliau lagi.

Sebelum ini, selepas kemerosotan kerusi parlimen yang dimilik BN dalam Pilihan Raya Umum Ke 13, Najib minggu lalu mengumumkan akan melaksanakan dasar Perdamaian Nasional bagi menarik semula sokongan rakyat terhadap BN.

selangorku

No comments: