KONGRES NASIONAL KEADILAN KE-9
Ucapan Perwakilan Selangor YB Shuhaimi Shafiei
1. 15 tahun perjuangan REFORMASI berlalu,
momentunmnya tidak pernah lentur malah ia makin semarak hingga ke hari ini.
Parti KEADILAN Rakyat adalah parti masa depan Malaysia, Undi popular 51% pada
PRU-13 membuktikan Rakyat Malaysia semakin jelas bahawa mereka punya kuasa dan
pilihan untuk merobah pentadbiran.
2. Dulu
ada orang kata “impossible” untuk Parti KEADILAN Rakyat bertahan.Saya kata “the
word itself said “im possible” .Kita boleh! Kita bawa Politik Harapan Rakyat! Kita
bawa kebenaran!
3. Kita
bukan sahaja meraikan pelbagai kaum malah Parti KEADILAN Rakyat juga memberi ruang kepada anak muda untuk
menyumbang, inilah kelebihan yang digeruni seteru politik kita, yakni
bekerjasama dengan anak muda selaras dengan arus zaman.
4. Antara
kejayaan PRU-13 yang boleh dibanggakan , kita berjaya menumbangkan 6 gergasi
dari pihak lawan di kubu kuat mereka.Hatta Ketua Menteri pun kita lanyak dan
berjaya meluaskan jajahan di bandar-bandar utama.
5. Politik
Harapan yang kita semai membidas puing-puing perkauman yang dihembus seteru
kita.Rakyat bermaklumat sudah kebal dengan fitnah jahat dan tohmahan yang
dilemparkan,ini kerana rakyat sekarang lebih gemar menerima berita yang
mendatangkan manfaat kepada mereka contohnya info mengenai Manifesto atau
polisi & dasar.
6. Gerak
Kerja kita berjaya merobah lanskap pemikiran rakyat terhadap politik
Negara.Sedikit sebanyak gerakan REFORMASI ini sudah mula tumbuh di dalam minda
bawah sedar masyarakat dan membentuk minda yang positif.
7.
Peperangan yang lalu kita harung dengan persediaan yang mantap namun ada
1 tembok licik yang memisahkan kita
daripada Pilihan Raya yang telus dan adil.Rakyat sudah menyuarakan tuntutan
tetapi entiti ini masih gagal menguruskan perkara asas iaitu dakwat
kekal,pembersihan daftar pemilih dan pengundi hantu yang nyata membuang undi
walaupun bukan warganegara sah.
8.
Ini merupakan pengajaran besar buat kita untuk menempuh PRU-14 kelak,
justeru tembok ini wajib kita robohkan walau apa cara sekali pun.Kita belum
gagal kerana kegagalan itu ialah apabila kita berhenti meneruskan perjuangan
hatta ditipu atau dicemuh.Kita masih di dalam fasa kemenangan.
9.
Usul saya hari ini pertama, ingin melibatkan ahli parti dalam anak
syarikat Negeri (GLC), dengan melibatkan ahli parti yang berkelayakan. Mereka akan
membawa budaya reformasi dalam pentadbiran GLC. Ini kerana penggal lalu GLC
dibiarkan bersendirian dan masih terperosok dalam cengkaman UMNO-BN.Tiba
masanya untuk kita melakukan reformasi secara holistik di semua GLC dan jabatan
kerajaan agar setiap keputusan mereka selari dengan pendirian Kerajaan Negeri.
10.
Kedua,program pemantapan ahli parti dari segi pendirian yang konsisten
untuk bersama Parti KEADILAN Rakyat bukan hanya suka-suka sebaliknya serius
memperjuangkan parti.Merujuk kepada pengalaman lalu apabila nama mereka tidak
diangkat menjadi calon,timbul tindakan yang merencatkan perjalanan kita
menempuh PRU-13.
11.
Mengambil jalan bertanding diatas tiket bebas ini bukan budaya kita. Ahli
harus akur dengan tata tertib dan berdisiplin bagi membentuk stuktur baik untuk
parti dimasa akan datang.Inisiatif ini perlu dilaksana secara sistematik
khususnya memberi kesedaran awal kepada golongan muda.
12.
Ketiga,budaya mesyuarat dan keputusan parti. Ada keputusan besar dalam
kongres parti dan mesyuarat parti peringkat biro politik ,cabang, negeri dan
pusat tidak dipatuhi segelintir ahli
yang diberikan amanah dan tanggungjawab untuk melaksanakanny,lebih buruk
lagi ada yang mengabaikan tanggungjawab sehingga menimbulkan internal politik.
13.
Justeru kita akan tekankan supaya mereka yang diberi amanah wajib
melaksanakannya hingga selesai.Selaku ejen perubahan mereka tertakluk pada
tindakan dan cadangan yang diperuntukkan oleh parti.
Kata pujangga :
“beri saya 6 jam untuk tumbangkan sebatang pokok, saya akan gunakan 4
jam pertama untuk mengasah kapak” – Abraham Lincoln
14.
Sedikit penambahan saya ingin menyentuh 4 perkara asas yang perlu di
asah sebelum kita ke medan perang akan datiag. Pertama panambahan anggota
diperingkat cabang wajib dipergiatkan ,kedua pembukaan ranting-ranting di
setiap daerah mengundi wajib diwujudkan,ketiga mengukuhkan jentera secara
konsisten wajib dipertingkatkan, dan akhir sekali semangat kerjasama wajib
disemai “berat sama dipikul , ringan sama dijinjing”
15.
Pembangunan parti harus meliputi perkara latihan,sumber kewangan harus
jadi agenda pimpinan.Sedarlah para pimpinan , kita terpilih dan menang kerana
parti justeru tiada dosa untuk membantu dan membangunkan parti . Ada pimpinan
yang diberi amanah dan kuasa merasa berdosa bantu parti , tetapi mendabik dada
membantu Ngo termasuk kelompok-kelompok parti.
No comments:
Post a Comment