Wednesday, May 15, 2013

Politik Perkauman Yang Jumud





Pengisian sesetengah akhbar Melayu selepas PRU-13 amat mendukacitakan, apakah ia sikap editorial ? atau hanya mainan politik semata ?

Tajuk utama akhbar meniup puing-puing perkauman jumud memberi reaksi buruk pada seantero pelusuk daerah.Pihak yang bertanggungjawab memulakan kempen dengan slogan penyatuan sebaliknya gerak kerja politik mereka dilihat jelas nyata cuba membakar api perkauman melebarkan jurang perpaduan antara kaum.

Politik perkauman jumut ini tidak menguntungkan negara namun asal ia punya manfaat kepada sebuah organisasi pertimbangan mula goyah, dek politik jumut mereka menghalalkan cara.

Walau apa pun provokasi kaum yang melanda masyarakat , alhamdulillah penerimaan rakyat masa kini lebih terbuka dan bermaklumat.Gelombang perubahan Pakatan Rakyat sedikit sebanyak menangkis persepsi bodoh piang seteru contohnya "cina ini bakal humban melayu",  "hudud akan menghancurkan bangsa lain" , "melayu dimurtadkan oleh paderi" dan sebagainya.

Puing perkauman seperti itu hanya membinasakan ketamadunan sesebuah negara.Dikala Melayu , Cina , India, Singh, entik-etnik Sabah dan Sarawak mula bersatu dibawah satu panji ada pula pihak yang merencatkan perpaduan ini.

Percaturan politik perkauman ini sudah diguna-pakai sejak tahun 60an lagi dimana negara mengalami tragedi perkauman yang buruk.Melalui basis 13 Mei 1969 ini lanskap politik negara mula berubah.Orang Melayu mula takut dengan bayang-bayang sendiri ditambah pula tekanan politik yang memberi input ketakutan. "politics of fear" mula menular dikalangan orang melayu.






Secara logik, masakan mahu menang jika golongan minoriti bergasak dengan majoriti.Matematik mudah ini jelas menunjukkan bahawa tragedi 13 Mei ini ada elemen mainan politik ketika itu yang mahu menjatuhkan Tunku Abdul Rahman.

Bangsa Cina yang jelas tidak akan berani lancar perang dengan orang melayu iaitu majoriti negara ini.Kita melihat gerak kerja politik jahat mereka pada Bersih 3.0 dimana ada pihak tidak bertanggungjawab menyarung baju Kuning lalu membuat provokasi mencetus vandalisma.

Walhal penyokong Bersih 3.0 hanya berhimpun dengan aman menuntut Pilihan Raya yang bersih dan adil.
Ia dibuktikan dengan Himpuanan Kebangkitan Rakyat yang berlansung tanpa provokasi. Rakyat Malaysia mampu menjalankan himpunan dengan aman.Ini boleh berlaku apabila kerjasama rakyat dan PDRM berjalan dengan teratur.

Tidak mustahil pada 13 Mei 1969 tragedi berlaku kerana provokasi dari pihak gerakan terhadap Dap.Spekulasi murah ini harus difikir dan direnungkan.Satu batalion tidak akan lancar perang jika ia tidak punya kekuatan askar, minda mahupun fizikal.

Nyah saja soal perkauman ini mari merapatkan jurang antara kaum.Hari ini kita boleh lihat dimana bangsa Cina dan India boleh bekerjasama dalam 1 wadah perjuangan.Politik Harapan yang dicanang Pakatan Rakyat jelas membangkitkan semangat perpaduan antara kaum.

Orang bukan beragama Islam hari ini bangga menjulang panji PAS , masyarakat Islam khususnya orang PAS  boleh bekerjasama dengan orang bukan islam atas dasar tahalul siyasi.Parti KEADILAN Rakyat pula memberi ruang semua kaum bersama dalam 1 perjuangan iaitu "Perjuangan Rakyat" . Perkembangan ini yang boleh membawa negara mencapai ketamadunan dengan menempelak soal perkauman , mula bergerak atas dasar perpaduan Negara keseluruhan.

Anak Muda pemangkin perubahan negara.Pembentukkan golongan muda dibawah Kerajaan Pakatan Rakyat jelas menunjukkan anak muda masa kini tidak punya masalah perkauman hatta media arus perdana memberi input kotor sekalipun kita tetap bersatu bagai "keluarga besar negara" .

Ayoh! Anak Muda kita sepakat menolak perkauman jumud yang dimainkan.Permainan perkauman ini hanya akan melemahkan negara kita.Mari rapatkan jurang antara kaum agar kita gah bersama di bawah Panji Malaysia.

 








No comments: