Tuesday, May 14, 2013
TSKI Sebagai Menteri Besar Selangor Penggal 2
KUALA LUMPUR, 14 Mei — Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengangkat sumpah sebagai menteri besar Selangor bagi penggal kedua di Istana Alam Shah pagi tadi.
Beliau mengangkat sumpah sebagai menteri besar Selangor ke-15 di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, pada pukul 10.05 pagi tadi menurut The Star Online.
Pada majlis berkenaan, Abdul Khalid (gambar) diberikan watikah pelantikan oleh Sultan Sharafuddin.
Pada 2008, Abdul Khalid mengangkat sumpah sebagai menteri besar Selangor pertama bukan darti Umno selepas gabungan longgar PKR, PAS dan DAP berjaya mengalahkan Barisan Nasional (BN) di Selangor.
Dalam Pilihan Raya 2013, Pakatan Rakyat (PR) berjaya mengekalkan penguasaan di Selangor apabila menang 44 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Abdul Khalid dari PKR bertanding di DUN Pelabuhan Klang dalam Pilihan Raya 2013 berjaya menewaskan calon BN, Nasaruddin M Zin, dengan majoriti 2,994 undi.
-malaysianinsider
Lupakan sengketa bersiap sedia menghadapi rakyat di penggal baru ini agar kesemua kehendak dan kemudahan dilaksanakan.
Provokasi media perdana melaga-lagakan kesatuan KEADILAN ternyata gagal.Kerjasama yang baik bakal membentuk pasukan yang lebih kebal hatta apa pun cabaran yang dihadapi kita akan rempuh.
"Good Governance" ini mood kita sekarang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment