Tuesday, December 1, 2009

DEEPAVALI DISAMBUT MERIAH DALAM SEDERHANA

SRI MUDA - Sambutan Deepavali pada tahun ini disambut dengan meriah dalam sederhana oleh penganut agama Hindu diseluruh dunia.Baru - baru ini sambutan deepavali peringkat Dun Sri Muda telah telah dianjurkan oleh Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Adun Sri Muda dengan kerjasama keADILan JDM Ladang Harun Batu Empat.Biarpun sepanjang majlis berlangsung hujan turun dengan lebatnya namun kehadiran orang ramai amat mengalakkan yang mana turut dihadiri oleh Adun Kawasan Sri MUda YB Shuhaimi HJ Shafie,Exco Kerajaan Negeri Selangor (Adun Sri Andalas) YB Dr.Xavier Jayakumar serta Ahli Parlimen Kota Raja YB. Puan Dr Hajah Siti Mariah Mahmud.
Pada majlis tersebut juga dilangsungkan acara penyampaian sumbangan kepada keluarga yang kurang berkemampuan yang terdapat disekitar JDM Ladang Harun.Apa yang istimewanya sumbangan yang diberikan bukan sekadar kepada kaum India sahaja namun akan tetapi ada dikalangan penerima terdiri dikalangan kaum Melayu dan Cina.Shuhaimi Hj Shafiei Melahirkan rasa terharu diatas usaha yang telah dilaksana oleh ketua JDM Ladang Harun Sdr Alagan kerana telah dapat memikul tanggungjawap dengan cukup berkesan sehingga majlis tersebut dapat dijalan dengan jayanya.Didalam persekitaran yang begitu cukup terbatas Sdr Alagan dapat mengumpulkan ramai tetamu dan dapat menjayakan majlis dengan meriah sekali.Shuhaimi Hj Shafiei menyatakan bahawa kerajaan Negeri Selangor yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat akan meneruskan usaha untuk membantu seluruh rakyat dinegeri Selangor tanpa mengira agama bangsa serta kaum dan fahaman politik kerana semua rakyat berhak untuk mendapat layanan yang sama rata.


SEORANG PENERIMA SUMBANGAN WARGA EMAS MENYATAKAN RASA TERHARU DAN TERIMA KASIH DIATAS KEPERIHATIN KERAJAAN PAKATAN RAKYAT DAN YB SHUHAIMI DIATAS SUMBANGAN YANG DITERIMA OLEHNYA.SHUHAIMI HJ SHAFIEI BERSAMA SEORANG PENERIMA SUMBANGAN DEEPAVLI DARI KAUM MELAYU.


KERAJAAN PAKATAN RAKYAT PERIHATIN DAN BERKEBAJIKAN BILA MANA KAUM CINA JUGA MENERIMA SUMBANGAN DEEPAVALI.


SHUHAIMI HJ SHAFIEI MENDENGAR DAN BERBINCANG DENGAN SALAH SEORANG PEMIMPIN SETEMPAT.

ORANG RAMAI TIDAK MELEPASKAN PELUANG UNTUK MENGABADIKAN GAMBAR KENANG - KENANGAN BERSAMA-SAMA PEMIMPIN YANG HADIR PADA HARI TERSEBUT.



No comments: