Loading...

Tuesday, December 8, 2009

YB SHUHAIMI HJ SHAFIEI MENDOAKAN KEJAYAN KEPADA CALON PEPERIKSAAN SPM 2009'

SRI MUDA - Shuhaimi Hj Shafiei mendoakan kepada semua pelajar - pelajar calon peperiksaan yang mana ketika ini menduduki peperiksaan SPM 2009 akan memperolehi keputusan yang cermelang.Peperiksaan adalah medan terbaik kepada pelajar - pelajar untuk membuktikan kepada Ibu Bapa serta kepada para pendidik bahawa apa yang di tuntut selama ini membuahkan hasil dengan mendapat keputusan yang terbaik.Beliau juga mengharapkan agar pelajar - pelajar yang menyertai kelas tiusyen Rakyat anjuran Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Adun Sri Muda akan memperolehi satu keputusan yang terbaik kerana akan memberikan galakan serta dorongan kepada pelajar - pelajar yang lain dimasa kan datang.



Shuhaimi Hj Shafiei didalam kenyataannya melahirkan keyakinan yang mana calon - calon SPM yang menyertai kelas tiusyen Rakyat anjuran Pusat Khidmat Rakyat Dun Sri Muda akan memduduki peperiksaan dengan hati yang tenang dan semangat yang jitu.Beliau juga menyatakan Kerajaan Negeri dengan kerjasama Pusat Khidmat Rakyat akan meneruskan Kelas tiusyen Rakyat percuma kepada pelajar - pelajar yang terdiri daripada kalangan keluarga yang berpendapatan rendah yang akan di mulakan tidak lama lagi.



Shuhaimi Hj Shafiei Memanjatkan doa ke hadrat ALLAH SWT semoga calon - calon peperiksaan akan memperolehi keputusan yang cemerlang dan kejayaan didalam peperiksaan nanti.

Bukan mudah untuk memperolehi kejayaan sekiranya kita tidak berusaha dan berani menghadapi segala rintangan yang mendatang.

No comments: