SRI MUDA - Pagi hari ahad bukanlah alasan untuk Adun Kawasan Sri Muda Shuhaimi Hj Shafiei untuk berehat di rumah kerana ada beberapa program yang mana perlu beliau hadiri demi memenuhi tanggungjawap sebagai Wakil Rakyat.Bertempat di Taman Perumahan Laman Palma Seksyen 30, Shah Alam Shuhaimi Hj Shafiei dan disertai hampir 50 orang penghuni Taman tersebut telah bersama - sama berganding bahu menjayakan program gotong royong anjuran persatuan penduduk.
Dalam ucapan pada program tersebut Shuhaimi Hj Shafiei menyatakan rasa bangga kerana dapat dilihat hampir keseluruhan penduduk telah hadir untuk menjayakan program tersebut.Selain dapat membersihkan kawasan sekeliling kediaman program tersebut juga dapat merapatkan ikatan persaudaraan antara sesama penduduk di taman tersebut.Shuhaimi Hj Shafiei telah dimaklumkan oleh pihak persatuan penduduk program gotong royong di taman tersebut di laksanakan setiap 3 bulan sekali demi memastikan tahap kebersihan sentiasa terjamin.
No comments:
Post a Comment