Loading...

Tuesday, December 15, 2009

MENGETUAI ROMBONGAN PIHAK PENGANTIN LELAKI KE MAJLIS PERNIKAHAH

SRI MUDA - Tugasan beliau bukan hanya sekadar sebagai Ahli Dewan Negeri namun akan tetapi baru - baru ini Shuhaimi Hj Shafiei telah diberikan penghormatan selaku ketua rombongan pengantin lelaki ke majlis pernikahan seorang kenalan beliau.Pada hari berlangsungnya majlis tersebut Shuhaimi Hj Shafiei yang lengkap berbaju melayu telah tiba bersama - sama ahli rombongan pada sekitar jam 10.00 pagi dengan disambut mesra oleh keluarga pihak pengantin perempuan.

Pengantin lelaki Sdr Ridzwan Razali dengan sekali lafas telah sah menjadi suami kepada Puan Suzaiha Zabor.Dalam keceria pada majlis tersebut ada sedikit kesayuan bilamana pengantin perempuan telah menitiskan airmata kesyukuran dan kegembiraan setelah menanti penuh debar akhirnya mereka telah selamat disatukan sebagai suami dan isteri.



ADA SESUATU YANG DIPERBINCANGKAN ANTARA SHUHAIMI HJ SHAFIEI DAN TUAN KADI SEBELUM MAJLIS BERLANGSUNG.


SENYUMAN PENUH KECERIA JELAS TERPANCAR DIRAUT WAJAH SHUHAIMI HJ SHAFIEI SELAKU KETUA ROMBONGAN KELUARGA PENGANTIN LELAKI.

MENANTI DENGAN DEBARAN PENGANTIN LELAKI SDR RIDZWAN SEBELUM MAJLIS NIKAH BERLANGSUNG.


ADA AMANAT DAN NASIHAT PENTING DISAMPAIKAN OLEH AYAH PENGANTIN PEREMPUAN KEPADA PENGANTIN LELAKI SEBELUM MAJLIS PERNIKAHAN DI JALANKAN.
PENGANTIN PEREMPUAN SUZAIHA ZABAR DITEMANI AHLI KELUARGA TERDEKAT PADA HARI MAJLIS PERNIKAHAN BERLANGSUNG.














No comments: