Loading...

Saturday, December 5, 2009

Selangor Lantik 45 Ketua Komuniti India


Wednesday, 02 December 2009

(SelangorKini) - Kerajaan negeri Selangor di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat melantik ketua komuniti yang mewakili masyarakat India sebagai sebahagian dari struktur pentadbiran di negeri Selangor.

Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar berkata, sesi temuduga yang dijalankan selama dua hari telah berjaya melantik 45 orang sebagai ketua komuniti kaum India bagi 45 kampung dan kawasan perumahan.

Sesi temuduga yang dijalankan semalam dan kelmarin dihadiri oleh 90 orang calon dan ditemuduga oleh panel pemilihan yang diketuai exco kerajaan negeri Yaakub Sapari dan Dr Xavier serta pembantu exco yang juga ADUN Sri Muda, Suhaimi Shafie.

Jelas Xavier, antara lain matlamat perlantikan ini adalah untuk membolehkan kerajaan negeri menyampaikan maklumat kepada masyarakat India akar umbi melalui ketua-ketua komuniti yang akan dilantik nanti.

“Kita telah pun habis temuduga 45 jawatan untuk ketua komuniti India pada dua-dua hari Isnin dan hari Selasa dan kita telah dapatkan banyak permintaan dari itu kita telah pilih 45 wakil kerajaan negeri akan ditempatkan di 45 kawasan di seluruh negeri selangor.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas Mesyuarat Mingguan Exco di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), hari ini.

Kata Xavier lagi, pelantikan ketua komuniti India ini sebagai cara untuk membantu pentadbiran dalam sesebuah kampung dan kawasan perumahan terutama kawasan yang mempunyai kapasiti kaum India yang ramai.

“Mereka ini akan masuk sebagai ahli jawatankuasa JKK didalam kawasan bekerjasama dengan ketua-ketua kampung,penghulu dan pejabat DO untuk bawa aduan-aduan dan masalah-masalah tempatan didalam kawasan-kawasan tertentu.Ini semua untuk masyarakat India di negeri Selangor,pertama kali kita adakan program ini”.

No comments: