Loading...

Wednesday, December 23, 2009

SETIAP YANG BERNYAWA AKAN MENEMUI AJALNYA ADALAH DI ATAS KEKUASAAN "ALLAH SWT"

SRI MUDA - Sekiranya ada berita kematian yang di sampaikan oleh orang ramai melibatkan Rakyat di sekitar Kawasan Dun Sri Muda dan Parlimen Kota Raja Shuhaimi Hj Shafiei akan hadir menziarahi ke kediaman keluarga tersebut.Shuhaimi Hj Shafiei menyatakan sekiranya pada ketika hari tertsebut beliau berada kawasan berhampiran pastinya tidak menjadi keberatan untuk bertandang dan menziarahi ahli keluarga yang kehilangan orang tersayang untuk memberikan dorongan serta semangat kepada keluarga tersebut.

Namun akan tetapi ada ketikanya sewaktu di maklumkan beliau berada luar kawasan kerana tugasan rasmi Kerajaan Negeri dan yang pastinya menghalang beliau untuk segera hadir kesesuatu lokasi dengasn kadar yang segera.Ujar beliau sekiranya berkesempatan sudah pastinya pada waktu yang lain beliau tetap cuba untuk hadir demi memenuhi tanggungjawap sebagai seorang pemimpin yang di pilih oleh rakyat setempat.


Shuhaimi Hj Shafiei ketika menziarahi ke kediaman seorang warga emas yang meninggal dunia baru - baru ini di kampubg Johan Setia.


Shuhaimi Hj Shafiei ( kiri ) bersama Cikgu Ghaafar (YDP Pas Kota Raja) di kampung Johan Setia.

No comments: