Persatuan Pegawai-Pegawai Wakil Rakyat Pakatan Rakyat Selangor (SELPROA) menyerahkan memorandum kepada Pakatan Rakyat menggesa isu pencabulan hak asasi terhadap pembantu Adun-Adun Pakatan dibangkitkan di Dewan Rakyat.
Presiden SELPROA, Abdul Razak Ismail mengecam tindakan kerajaan Pusat mencabar pekeliling Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan berkata pekeliling ini satu-satunya perlindungan antara mereka dan tragedi yang menimpa Teoh Beng Hock.
“ SELPROA menyarankan Pakatan Rakyat agar membangkitkan isu-isu pencabulan hak asasi pegawai-pegwai wakil rakyat khususnya hak bekerja dalam persekitaran yang selamat dan mendesak kerajaan persekutuan menarik balik saman mahkamah ini serta merta” ujar Abdul razak.
Setiausaha Politik kepada Exco Selangor, Teoh Beng Hock ditemui mati di tingkat lima Plaza Masalam selepas disoal-siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Tan Sri Khalid mengeluarkan pekeliling mengarahkan soal-siasat keatas penjawat awam negeri Selangor dan pembantu-pembantu wakil rakyat Selangor hanya boleh dilakukan dalam waktu pejabat dan di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri sebagai langkah keselamatan.
Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail bagaimanapun menyelar langkah itu dan menyifatkan pekeliling itu menghalang tugas SPRM.
Mahkamah Tinggi baru-baru ini memutuskan bahawa soal-siasat hanya boleh dilakukan dalam waktu pejabat.
“ Kami amat terkejut oleh permohonan Peguam Negara kerana ini satu penafian ke atas hak-hak kita sebagai rakyat Malaysia untuk bererja dalam satu persekitaran yang selamat dan terjamin. Tindakan ini menunjukkan tiadanya kebebasan dan kelihatan Peguam Negara bertindak bagi pihak SPRM”.
Malah menurut SELPROA ini merupakan satu lagi komplot Perdana Menteri Malaysia dan juga Peguam Negara dalam percubaan tidak bermaruah untuk menumbangkan kerajaan negeri Selangor.
No comments:
Post a Comment