Tuesday, December 8, 2009

DECEMBER BULAN CINTA DAN KASIH SAYANG.

SRI MUDA - Bersempena dengan musim cuti persekolahan hujung tahun maka bulan desember seperti lazimnya akan menjadi pilihan kepada pasangan yang akan mengakhiri zaman bujang.Bulan desember menjadi pilihan kerana memudahkan sanak saudara untuk berkunjung dan menghadiri majlis yang di langsung kerana musim cuti persekolahan.Dairi YB Shuhaimi Hj Shafiei juga penuh dengan undangan majlis perkahwinan yang tidak kurang dari sepuluh undangan beliau terima pada setiap hujung minggu.Shuhimi Hj Shafiei pada kebiasaannya akan cuba untuk tidak menolak dan menghadirkan diri ke majlis perkahwinan tersebut sekiranya majlis tersebut tidak bertembung dengan program kerajaan negeri atau melibatkan Tuanku Sultan.


Beliau mengucapkan selamat pengantin baru kepada semua pasang yang akan melangsungkan dan yang telah melangsungkan majlis perkahwinan sepanjang musim cuti persekolahan serta mendoakan semoga ikatan yang dibina akan terus berkekalan sehingga ke akhir hajat serta dikurniakan dengan anak yang soleh dan soleha.Sekiranya beliau gagal untuk hadir ke majlis perkahwinan yang di langsungkan pada sepanjang desember ini terutamannya yang berada disekitar Dun Sri Muda beliau memohon kemaafan diatas kegagalan tersebut.Namun akan tetapi beliau akan cuba memastikan ada wakil dari Pejabat Pusat Khidmat Rakyat yang akan mewakili beliau untuk ke majlis tersebut.


YB Shuhaimi Hj Shafiei bersama tuan Majlis En Hashim ketika berkunjung ke Majlis perkahwinan yang di langsungkan pada 06/12/2009.

Dari Kiri.EN Sha'ari, YB Shuhaimi ( mempelai), Hamidi & Mazurah.Puan Zaiton serta Nazri gopeng mengabadikan kenang - kenangan.

No comments: