Wednesday, December 16, 2009

MENINJAU DAN BERTEMU DENGAN PARA PENIAGA PASAR BARU TAMAN SRI MUDA

SRI MUDA - Walaupun sentiasa sibuk dengan tugasan sebagai Wakil Rakyat namun akan tetapi sekiranya ada masa yang terluang Shuhaimi Hj Shafiei akan meluangkan masa untuk bertemu dengan para peniaga yang menjalankan perniagaan di Pasar Taman Sri Muda bagi meninjau dan mendengar permasalahn yang dihadapi oleh peniaga.Baru - baru ini Shuhaimi Hj Shafiei telah meluangkan masa hampir 2 jam untuk bertemu dan bermesra dengan para peniaga yang berniaga di pasar tersebut.
Shuhaimi Hj Shafiei akan berusaha untuk membantu menyelesaikan setiap aduan yang diterimanya demi memberikan keselesaan dan kesejahteraan kepada para peniaga serta orang ramai yang berkunjung ke pasar tersebut.Shuhaimi Hj Shafiei juga berharap kepada orang ramai yang ada sebarang aduan agar dapat terus memanjangkannya kepada pejabat beliau yang terletak di Kota Kemuning untuk tindakkan lanjut.Shuhaimi Hj Shafiei juga menyatakan kesungguhan beliau untuk melawat dan meninjau kesetiap pasar basah serta pasar malam yang terdapat didalam kawasan Dun Sri Muda bagi memastikan kesemua para peniaga dapat menyuarakan sebarang pertanyaan dan aduan secara terus kepada beliau.





















No comments: