Tuesday, December 22, 2009

PENYELESAIAN KEMELUT PENDUDUK KAMPUNG LANCHUNG JAYA UNTUK MEMILIKI HAK MILIK TANAH DI CARI.

SRI MUDA - Satu pertemuan di antara Adun Kawasan Sri Muda , Pejabat Daerah Tanah Daerah Petaling , Jabatan Parit dan Saliran serta penduduk kampung Lanchung Jaya telah diadakan baru - baru ini.pertetemuan tersebut bertujuan untuk mencari satu titik penyelesaian berkenaan permohonan beberapa orang penduduk untuk mendapatkan hak memduduki tanah yang telah di usahakan sekian lama iaitu semenjak kampung tersebut di buka.

Shuhaimi Hj Shafiei menyatakan kemusykilan bagaimana daripada tapak lot yang dipohon pada era kerajaan terdahulu ada yang berjaya memperolehi hak menduduki tanah tersebut walaupun dikatakan berada di zon rezab JPS namun akan tetapi ada yang gagal.Dalam pertemuan tersebut Shuhaimi Hj Shafiei menyatakan bahawa hak penduduk perlu di utamakan tanpa mengira apa juga fahaman politik kerana mereka yang tercicir juga punya hak sepertimana mereka yang telah terdahulu mendapat geran dan kebenaran menduduki kawasan tersebut.Shuhaimi Hj Shafiei akan mengunakan apa juga ruang yang ada untuk meneruskan usaha demi membantu penduduk agar mendapatkan menduduki dan memiliki geran di tapak yang mereka pohon.








No comments: