Loading...

Wednesday, December 30, 2009

PUSAT KHIDMAT RAKYAT ADUN KAWASAN SRI MUDA SENTIASA MENERIMA KEHADIRAN RAKYAT

SRI MUDA - Segelintir rakyat di kawsan Dun Sri Muda di lihat masih lagi tidak peka dengan kemudahan yang disediakan oleh Adun bagi kawasan Sri Muda yang mana telah menyediakan satu Pusat Khidmat Rakyat dikawasan mereka.Pusat Khidmat Rakyat tersebut telah beroperasi hampir 2 tahun yang mana terletak di alamat seperti berikut 6/2 Jalan Anggerik Vanila R 31/R Kota Kemuning Seksyen 30, Shah Alam di buka pada setiap hari isnin hingga jumaat jam 9.00 pagi - 5.00 petang.Orang ramai boleh berkunjung ke Pusat Khidmat Rakyat tersebut untuk urusan pendaftaran bayi baru lahir (TAWAS), Skim Mesra Usia Emas (SMUE),Pendaftaran Ibu tunggal selain untuk menyalurkan aduan berkenaan dengan permasalahan setempat yang berlaku.


Shuhaimi Hj Shafiei selaku Adun bagi kawasan tersebut juga memperuntukan 2 hari untuk bertemu dengan rakyat yang telah di tetapkan setiap hari selasa dan Khamis bermula jam 9.00 pagi hingga jam 5.00 petang.Namun akan tetapi sekiranya pada hari tersebut Shuhaimi Hj Shafiei terpaksa menghadiri urusan kerajaan negeri atau melibatkan pihak istana beliau akan berada di Pusat Khidmat tersebut hari yang berikutnya. Shuhaimi Hj Shafiei berharap agar segenap golonggan masyarakat di kawasan Dun Sri Muda menggunakan kesempatan yang tersedia demi untuk menambah baik lagi perkhidmatan beliau sebagai Adun di kawsan Dun Sri Muda.




SHUHAIMI HJ SHAFIEI SENTIASA BERSEDIA UNTUK BERTEMU DENGAN RAKYAT DEMI MEMBERIKAN PERKHIDMATAN YANG TERBAIK KEPADA SEMUA.


PAPAN TANDA PUSAT KHIDMAT RAKYAT YANG TERANG DAN JELAS BAGI MEMUDAHKAN ORANG RAMAI.
SHUHAIMI HJ SHAFIEI MENYAMPAIKAN SIJIL KEAHLIAN TAWAS KEPADA SEORANG AHLI YANG BERDAFTAR BARU - BARU INI.
KAKITANGAN PUSAT KHIDMAT RAKYAT AKAN SENTIASA BERSEDIA BERKHIDMAT UNTUK ORANG RAMAI TANPA MENGIRA WAKTU.KELIHATAN KETUA BIRO KEBAJIKAN DUN SRI MUDA SDR.RIZAL (TENGAH) DAN NAZIR GOPENG (KANAN) MEMBERIKAN PENERANGAN BERKENAAN SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE).





No comments: