Wednesday, December 23, 2009

PERASMIAN KLINIK PEMANDUAN BERHEMAH ANJURAN PeBT ZON 14,

SRI MUDA - Melihat kadar kemalanggan yang semakin meningkat di kalanggan belia ketika ini mendorong Pengerak Belia Tempatan (PeBT) Zon 14, mengganjurkan klinik pemanduan berhemah dengan tujuan memberikan panduan dan pengajaran kepada golongan tersebut untuk menjadi pemandu yang berhemah. Shuhaimi Hj Shafiei ketika berucapan merasmikan program tersebut menyatakan rasa bimbang dengan kadar kemalangan yang meningkat melibatkan golonggan belia kerana negera amat memerlukan golonggan tersebut untuk meneruskan usaha memajukan negera di masa yang akan datang.Beliau juga menyeru kepada semua penguna jalan raya tidak mengira peringkat usia untuk menanamkan niat serta azam untuk menjadi seorang pemandu yang berhemah untuk kebaikkan bersama.

Shuhaimi Hj Shafiei juga berkata biar banyak mana pun program atau kempen jalan raya dianjurkan akan menjadi satu yang sia - sia sekiranya tiada timbul kesedaran dan keinsafan dari peserta dan orang ramai untuk menjadikan diri mereka sebagai seorang penguna jalan raya yang bersopan santun serta berhemah ketika berada di atas jalan raya.Golonggan dewasa juga terutamanya ibu bapa perlu memberikan contoh dan tauladan yang baik kepada anak - anak mereka kerena golonggan tersebut mudah mencontohi apa yang dilakukan oleh orang yang lebih dewasa dari mereka.Dan sekiranya golonggan dewasa gagal memberikan contoh dan tauladan yang baik di bimbangi akhirnya akan melahirkan generasi pemandu yang tidak beretika dimasa akan datang.


SEKITAR MAJLIS PERASMIAN KLINIK PEMANDUAN BERHEMAH ANJURAN PENGERAK BELIA TEMPATAN (PeBT) ZON 14, BUKIT KEMUNING.




No comments: