Shuhaimi Hj Shafiei dalam kenyataannya melahirkan kesungguhan beliau untuk memperjuangkan nasib para peniaga serta penduduk sekitar Taman Sri Muda agar impian untuk memilik satu bangunan pasar yang baru dan dilengkapi dengan kemudahan asas yang sempurna akan menjadi kenyataan suatu hari nanti.Shuhaimi Hj Shafiei memohon dan berharap kepada semua para peniaga serta orang ramai agar bersabar kerana dalam masa yang terdekat beliau akan bertemu dengan YAB Tan Sri Dato menteri besar agar dapat Kerajaan Negeri memberikan perihatian yang sewajarnya kepada permasalahan yang timbul untuk memajukan pasar tersebut.
SHUHAIMI HJ SHAFIEI,( DUA DARI KIRI),PUAN HASLINA (SETIAUSAHA PERSATUAN) & MR TAN (PENGURUSI PERSATUAN) MENUNJUKKAN KEPADA PIHAK MEDIA SURAT NOTIS PENAMATAN TAWARAN MEMAJUKAN PASAR SRI MUDA OLEH MBSA KEPADA PIHAK PEMAJU.
PIHAK MEDIA SERTA PERSATUAN PENJAJA MENDENGAR PENJELASAN BERKENAAN PENAMATAN TAWARAN MEMAJUKAN PASAR SRI MUDA OLEH SHUHAIMI HJ SHAFIEI.
WARTAWAN SINAR HARIAN DIBAWA MELAWAT SEKITAR TAPAK PASAR YANG AKAN DIMAJUKAN YANG KINI TIDAK TERJAGA SERTA DIPENUHI DENGAN SAMPAH SARAP.
SHUHAIMI HJ SHAFIEI KETIKA MENJAWAP PERSOALAN YANG DI UTARAKAN OLEH WARTAWAN DARI SELANGOR KINI.
No comments:
Post a Comment