Loading...

Tuesday, December 15, 2009

MEMENUHI 10 UNDANGAN MAJLIS PERKAHWINAN DALAM SEHARI...

SRI MUDA - Sepanjang musim cuti persekolahan semenjak bergelar Wakil Rakyat YB Shuhaimi Hj Shafiei menerima tidak kurang dari 6 hingga mencecah 15 undang majlis perkahwinan setiap hujung minggu.Shuhaimi Hj Shafiei Melahirkan rasa erharu dan ucapan terima kasih kepada semua yang sudi untuk beliau hadir ke majlis yang dilangsungkan.Beliau dengan sebaik yang mungkin akan berusaha untuk hadir dan memenuhi semua undangan yang diterima walaupun ada ketikanya belaiu tidak mampu untuk hadir kesemua majlis tersebut.

Shuhaimi Hj Shafiei mengucapkan selamat pengantin baru kepada semua bakal pengantin serta selamat menerima menantu kepada semua yang akan dan telah melangsungkan majlis perkahwinan sepanjang bulan december ini.Beliau juga mendoakan kebahagian yang berpanjangan kepada semua semoga ikatan yang dibina akan kekal sehingga akhir hayat dan dikurniakan dengan anak yang soleh dan soleha.


SHUHAIMI HAJI SHAFIEI MENGABADIKAN KENANG - KENANGAN BERSAMA KEDUA MEMPELAI, HAMIDI & MAZURAH.
SHUHAIMI HJ SHAFIEI BERSAMA TUAN RUMAH EN.HASHIM BIN UJANG YANG KURANG SIHAT KETIKA MAJLIS NERLANGSUNG.

No comments: