Loading...

Tuesday, December 22, 2009

MAJLIS PERLANCARAN DAN PERASMIAN KELAS TUISYEN RAKYAT PERCUMA SESI 2009/2010 KAWASAN DUN SRI MUDA

SRI MUDA - Demi memastikan pelajar - pelajar yang kurang berkemampuan mendapat pendidikkan yang sempurna dan terbaik Kerajaan Negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat mengambil langkah proaktif dengan melancarkan kelas tuisyen rakyat secara percuma untuk tahun 2009 & 2010.Ahli Dewan Negeri Selangor bagi kawasan Sri Muda YB Shuhaini Hj Shafiei baru - baru ini telah merasmikan dan melancarkan kelas tuisyen tersebut yang mana bertujuan mengotakan janji beliau untuk memberikan bantuan yang sewajarnya kepada pelajar - pelajar dari keluarga yang kurang berkemampuan yang berada di kawasan Dun Sri Muda.Pakatan Rakyat bukan hanya sekadar memberikan janji - janji kosong semata - mata hanya untuk meraih sokongan dan menyedapkan rakyat namun akan tetapi telah dapat di bukti dengan beberapa program dan insentif yang telah memberikan muafaat serta faedah kepada rakyat di Negeri Selangor.

Shuhaimi Hj Shafiei juga dalam ucapan perasmian pada majlis tersebut menyeru kepada seluruh rakyat khususnya yang berada kawasan Dun Sri Muda agar berteruskan memberikan sokongan dan kerjasama yang tidak berbelah bahagi kepada beliau dan Pakatan Rakyat untuk mentadbir Negeri Selangor agar rakyat akan mendapat pembelaan yang sewajarnya di masa yang akan datang.Selain kelas tuisyen rakyat secara percuma yang telah dilaksanakan ada beberapa lagi insentif yang telah dan akan di kecapi oleh rakyat di Negeri Selangor dalam masa terdekat dan akan datang.















No comments: