Tuesday, December 22, 2009

JADUAL KETAT,HUJAN TIDAK MENJADI HALANGAN UNTUK MENINJAU KAWASAN.

SRI MUDA - Biarpun jadual tugasan yang sentiasa ketat namun akan tetapi ia bukanlah menjadi halangan atau alasan kepada Shuhaimi Hj Shafiei untuk tidak turun ke kawasan yang beliau wakili sekiranya ada perkara - perkara yang memerlukan perhatian segera.Baru - baru ini biarpun baru sahaja selesai menghadiri pertemuan serta perbincangan antara penduduk Kampung Lanchung jaya , Pejabat daerah dan Tanah Petaling dan JPS ketika didalam perjalanan untuk melawat seorang pesakit di HTAR Klang beliau telah menerima satu pesan ringkas dari penduduk menyatakan kerisauan penduduk berkenaan tebing atau ban antara Sungai Klang dan kampung Lanchung Jaya telah runtuh.Beliau tanpa berlengah telah bergegas ke lokasi kejadian biarpun ketika itu hujan telah mula turun di kawasan tersebut dan kehadiran beliau telah di sambut oleh beberapa orang penduduk yang merasa begitu terharu kerana kurang dari 45 minit beliau dapat hadir untuk meninjau lokasi kejadian.

Tinjau tersebut juga di hadiri oleh seorang juru teknik dari pihak JPS yang mana satu keputusan segera telah diambil untuk menyegerakan kerja - kerja pembaikkan serta naik taraf ban tersebut memandangkan musim hujan yang dijangkakan akan berterusan sepanjang bulan desember ini yang mana akan membahayakan penduduk sekiranya kerosakkan tersebut semakin teruk.
















No comments: