SRI MUDA - Setelah membilang hari penentuan dengan penuh debaran dan harapan maka hari ini kesemua calon - calon peperiksaan PMR akan mengetahui apakah mereka berjaya memperolehi keputusan yang terbaik atau sebaliknya.Debaran bukan hanya di rasai oleh para pelajar dan ibu bapa namun akan tetapi turut merasakannya adalah Adun Kawasan Sri Muda Shuhaimi HJ Shafiei kerana ketika ini masyarakat memerhatikan adakah calon yang menghadiri kelas tuisyen Rakyat anjuran Pejabat Pusat Khidmat Rakyat akan memperolehi keputusan cemerlang atau sebaliknya.
Shuhaimi Hj Shafiei menyatakan yang beliau sentiasa berdoa agar kesemua calon - calon peperiksaan PMR 2009 akan memperolehi keputusan yang terbaik tanpa membezakan mereka itu datang dari kelas tuisyen rakyat atau tidak.Perkara utama yang perlu di utamakan adalah keberkesanan sisitem pendidikan yang di guna pakai oleh kementerian pendidikan Malaysia demi melahirkan generasi yang berpendidikan dan berpengetahuan tinggi untuk terus memacu negera ini ke tahap yang lebih baik.Shuhaimi Hj Shafiei ingin mengucapkan tahniah kepada yang berjaya dan kepada mereka yang kurang berjaya usah berputus asa untuk meneruskan dan mempertingkatan lagi usaha kerena ini sebenarnya adalah permulaan kepada kejayaan di masa yang akan datang.
Antara Pelajar - Pelajar dari kawasan Dun Sri Muda yang menduduki peperiksaan "PMR 2009" ketika menghadiri seminar.
No comments:
Post a Comment