Tuesday, December 29, 2009

PROGRAM KESIHATAN DAN KESELAMATAN JALAN RAYA ANJURAN PeBT ZON 9,

SRI MUDA - Kekerapan berlakunya kemalanggan jalanraya ketika ini serta kekurangan bekalan darah di hospital - hospital di seluruh negara telah mencetuskan rasa tanggungjawap oleh pihak pengurusan Pengerak Belia Tempatan (PeBT) Zon 9 untuk menganjurkan satu progaram baru - baru ini.PeBT Zon 9 yang di ketuai oleh Puan Haslina Ghazali telah menjayakan satu progaram kempen derma darah serta kempen keselamatan jalanraya dengan kerjasama majlis Perwakilan Penduduk Zon 9 serta Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Adun Sri Muda baru - baru ini.Shuhaimi Hj Shafiei didalam perutusannya menyatakan rasa bangga beliau di atas usaha yang telah di jelmakan kerana sedikit sebanyak ia dapat membantu tabung darah hospital yang terdekat bagi mengisi bekalan darah yang sangat kritikal ketika ini.

Berkenaan kadar kemalanggan yang saban hari amat membimbangkan Shuhaimi Hj Shafiei melahirkan rasa dukacita beliau kerana setiap kali berlakunya kemalanggan pasti akan melibat jumlah mangsa yang kehilanggan nyawa amat besar.Maka penganjuran kempen seperti diharap sedikit sebanyak dapat memberikan kesedaran serta mengubah cara pemanduan orang ramai ketika di atas jalan raya agar kadar kemalanggan jalan raya dapat dikurangkan untuk masa hadapan.






No comments: