Wednesday, December 16, 2009

MAJLIS PEMYAMPAIAN SUMBANGAN BANTUAN KEPADA SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA SEKITAR NEGERI SELANGOR

SRI MUDA - Bertempat di dewan Sekolah Jenis Kebangsan (Cina) Chen Moh Petaling Jaya telah berlangsung satu majlis penyerah Sumbangan bantuan kepada sekolah - sekolah jeis Kebangsaan (Cina) yang telah di sempurnakan oleh YAB Tan Sri Dato.Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Negeri Selangor Darul Ehsan.Majlis yang berlangsung dalam suasana sederhana itu sebenarnya cukup bermakna kerana dapat memberikan satu bukti yang jelas bahawa Kerajaan Negeri yang di pimpin oleh Pakatan Rakyat benar - benar perihatin kepada semua rakyat tanpa mengambil kira agama,bangsa dan keturunan.

Majlis yang sertai oleh barisan Exco Kerajaan Negeri itu juga turut di hadiri oleh Adun Kawasan Sri Muda Shuhaimi Hj Shafiei yang mana telah meluangkan masa sepanjang majlis berlangsung.Shuhaimi Hj Shafiei dalam kenyataannya berkata kehadiran beliau adalah untuk menyatakan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada barisan kepimpinan Negeri selain untuk membuktikan kepada pihgak kawan serta lawan bahawa Pakatan Rakyat di negeri Selangor tetap bersatu hati dan utuh demi meneruskan usaha untuk merakyatkan ekonomi Selangor untuk kesejahteraan rakyat keseluruhannya.















No comments: