Wednesday, December 30, 2009

PUSAT KHIDMAT RAKYAT ADUN KAWASAN SRI MUDA SENTIASA MENERIMA KEHADIRAN RAKYAT

SRI MUDA - Segelintir rakyat di kawsan Dun Sri Muda di lihat masih lagi tidak peka dengan kemudahan yang disediakan oleh Adun bagi kawasan Sri Muda yang mana telah menyediakan satu Pusat Khidmat Rakyat dikawasan mereka.Pusat Khidmat Rakyat tersebut telah beroperasi hampir 2 tahun yang mana terletak di alamat seperti berikut 6/2 Jalan Anggerik Vanila R 31/R Kota Kemuning Seksyen 30, Shah Alam di buka pada setiap hari isnin hingga jumaat jam 9.00 pagi - 5.00 petang.Orang ramai boleh berkunjung ke Pusat Khidmat Rakyat tersebut untuk urusan pendaftaran bayi baru lahir (TAWAS), Skim Mesra Usia Emas (SMUE),Pendaftaran Ibu tunggal selain untuk menyalurkan aduan berkenaan dengan permasalahan setempat yang berlaku.


Shuhaimi Hj Shafiei selaku Adun bagi kawasan tersebut juga memperuntukan 2 hari untuk bertemu dengan rakyat yang telah di tetapkan setiap hari selasa dan Khamis bermula jam 9.00 pagi hingga jam 5.00 petang.Namun akan tetapi sekiranya pada hari tersebut Shuhaimi Hj Shafiei terpaksa menghadiri urusan kerajaan negeri atau melibatkan pihak istana beliau akan berada di Pusat Khidmat tersebut hari yang berikutnya. Shuhaimi Hj Shafiei berharap agar segenap golonggan masyarakat di kawasan Dun Sri Muda menggunakan kesempatan yang tersedia demi untuk menambah baik lagi perkhidmatan beliau sebagai Adun di kawsan Dun Sri Muda.




SHUHAIMI HJ SHAFIEI SENTIASA BERSEDIA UNTUK BERTEMU DENGAN RAKYAT DEMI MEMBERIKAN PERKHIDMATAN YANG TERBAIK KEPADA SEMUA.


PAPAN TANDA PUSAT KHIDMAT RAKYAT YANG TERANG DAN JELAS BAGI MEMUDAHKAN ORANG RAMAI.
SHUHAIMI HJ SHAFIEI MENYAMPAIKAN SIJIL KEAHLIAN TAWAS KEPADA SEORANG AHLI YANG BERDAFTAR BARU - BARU INI.
KAKITANGAN PUSAT KHIDMAT RAKYAT AKAN SENTIASA BERSEDIA BERKHIDMAT UNTUK ORANG RAMAI TANPA MENGIRA WAKTU.KELIHATAN KETUA BIRO KEBAJIKAN DUN SRI MUDA SDR.RIZAL (TENGAH) DAN NAZIR GOPENG (KANAN) MEMBERIKAN PENERANGAN BERKENAAN SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE).





Tuesday, December 29, 2009

PROGRAM KESIHATAN DAN KESELAMATAN JALAN RAYA ANJURAN PeBT ZON 9,

SRI MUDA - Kekerapan berlakunya kemalanggan jalanraya ketika ini serta kekurangan bekalan darah di hospital - hospital di seluruh negara telah mencetuskan rasa tanggungjawap oleh pihak pengurusan Pengerak Belia Tempatan (PeBT) Zon 9 untuk menganjurkan satu progaram baru - baru ini.PeBT Zon 9 yang di ketuai oleh Puan Haslina Ghazali telah menjayakan satu progaram kempen derma darah serta kempen keselamatan jalanraya dengan kerjasama majlis Perwakilan Penduduk Zon 9 serta Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Adun Sri Muda baru - baru ini.Shuhaimi Hj Shafiei didalam perutusannya menyatakan rasa bangga beliau di atas usaha yang telah di jelmakan kerana sedikit sebanyak ia dapat membantu tabung darah hospital yang terdekat bagi mengisi bekalan darah yang sangat kritikal ketika ini.

Berkenaan kadar kemalanggan yang saban hari amat membimbangkan Shuhaimi Hj Shafiei melahirkan rasa dukacita beliau kerana setiap kali berlakunya kemalanggan pasti akan melibat jumlah mangsa yang kehilanggan nyawa amat besar.Maka penganjuran kempen seperti diharap sedikit sebanyak dapat memberikan kesedaran serta mengubah cara pemanduan orang ramai ketika di atas jalan raya agar kadar kemalanggan jalan raya dapat dikurangkan untuk masa hadapan.






KEMUDAHAN DAN KELENGKAPAN PUSAT OPERASI RELA DI BEKALKAN..

SRI MUDA - Untuk melicinkan dan memudahkan operasi serta menguruskan Pasukan RELA di kampung Jalan Kebun Seksyen 30, Shah Alam satu pusat operasi telah di buka di kampung tersebut baru - baru ini.Pusat operasi tersebut telah mendapat perihatian dari Shuhaimi Hj Shafiei yang merupakan Adun bagi kawasan tersebut yang mana beliau telah menghulurkan sumbangan berbentuk kelengkapan pejabat.Antara yang telah di sumbangkan adalah seperti kerusi , meja , almari serta kipas angin yang mana sedikit banyak dapat memberikan keselesaan dan kemudahan kepada anggota serta pihak pengurusan untuk mengadakan perjumpaan serta menguruskan plantun di kawasan tersebut.



Pusat Opersai RELA platun 0189 adalah Platun sebelum persempadan yang baru.


Shuhaimi Hj Shafiei ketika melakukan lawatan ke pusat operasi RELA
ketika kerja - kerja mengemaskan pusat tersebut sebelum beroperasi.

Saturday, December 26, 2009

Menziarahi Jenazah Mangsa Nahas Bas

Anak Reda Dengan Pemergian Ibu Bapanya Dalam Kemalangan

Pasangan suami isteri antara 10 mangsa nahas bas dua tingkat Sani Express terbabas dan melanggar pembahagi jalan di KM272.8, Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, kira-kira lapan kilometer selepas Plaza Tol Ipoh Selatan, awal pagi ini selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Jalan Kebun dekat Pandamaran di sini kira-kira pukul 5 petang ini.

Ketua Polis Trafik Negeri Supt Wan Abdullah Ishak berkata Bas ekspres itu berlepas dari Klang, Selangor pada 9 malam tadi menuju ke Kangar dan membawa 48 penumpang.

"Di tempat kejadian, bas itu tiba-tiba terbabas lalu merempuh pembahagi jalan di sebelah kiri lebuh raya. Ia kemudiannya melantun serta merempuh pula pembahagi jalan di sebelah kanan lebuh raya sebelum berhenti," katanya.

Besi daripada pembahagi jalan yang menusuk masuk ke dalam bas selepas rempuhan yang pertama (rempuhan di sebelah kiri) menyebabkan kematian dan kecederaan penumpang berkenaan.

Wan Abdullah berkata pemandu yang memandu bas ketika kemalangan itu telah ditahan polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Suasana muram kelihatan sejak dari awal pagi di perkarangan rumah mangsa di Taman Setia Kampung Johan Setia Klang disaat menanti ketibaan jenazah kedua pasangan Shaharin Mohd Nor, 61 dan isteri , Supiah Adam, 46 dari Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh, turut kelihatan YB Shuhaimi yang turut hadir menziarahi keluarga mangsa terutama anak sulung mereka Mohd Arif Andi Shaharin, 23, yang masih terkejut dengan berita tersebut, beliau berkata walaupun beliau dan adik-beradiknya berasa amat sedih tetapi menganggap pemergian itu sebagai suratan takdir dan satu ketentuan daripada Allah. Jenazah tiba kira-kira jam 3 petang dan disembahyangkan di Surau Taman Setia.

Selain Shaharin dan Supiah, dua lagi dari Selangor yang terkorban dalam insiden itu ialah Mohd Shukri Mohd Ali, 22, dan Mohd Bilal Osman, 22.

Menurut Mohd Arif, beliau bersama empat lagi adik beradiknya, Zuhairi, 24; Mohd. Helmi, 20; Shuhada, 17; dan Faiz, 14, telah pergi ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh sebaik sahaja dimaklumkan mengenai kematian ibu bapanya kira-kira pukul 7 pagi tadi dan bergegas untuk menuntut jenazah mereka.

"Saat ibu bapa saya naik bas itu di hentian bas di Seksyen 17 semalam, itulah saat terakhir saya melihat mereka... kami reda akan pemergian kedua orang tua kami," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Setia di sini.

Al fatihah ..

Thursday, December 24, 2009

YB SHUHAIMI HJ SHAFIEI MENDOAKAN SEMOGA SDR.SAADON SELAMAT CEPAT SEMBUH.

SRI MUDA - Shuhaimi Hj Shafiei baru - baru telah berkesempatan menziarahi seorang warga penduduk kampung Jalan Kebun Yang telah di timpa kemalanggan jalan raya.Mangsa Saudara Saadon Bin Selamat adalah seorang anak muda yang mengusahakan kedai makan dan cukup terkenalan di kalanggan penduduk setempat kerana sifat ramah serta beliau adalah seorang pemandu kenderaan jenazah kampung tersebut.Shuhaimi Hj Shafiei telah melungkan hampir 30 minit untuk melawat saudara Saadon ketika berada di unit kawalan rapi Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.

Shuhaimi Hj Shafiei mendoakan semoga saudara Saadon akan cepat sembuh seperti sedia kala dan kepada isteri , anak serta semua ahli keluarga akan tabah dan sabar di atas segala dugaan serta ujian yang di turunkan oleh "ALLAH SWT" kerana sudah pasti ada hikmah di sebaliknya.Sementara itu Shuhaimi Hj Shafiei memuji langah yang di ambil oleh penduduk sekitar kampung Jalan Kebun yang telah menganjurkan majlis bacaan yasin serta menunaikan solat hajat untuk memohon keberkatan dari "ALLAH SWT" agar di ringgankan dan di permudahankan segala kesulitan yang membelenggu ketika ini.

Ada sesuatu yang di perkatakan oleh Puan Aida isteri kepada Saudara Saadon Selamat sambil Shuhaimi Hj Shafiei teliti mendengarnya.


Semoga ALLAH SWT memberikan kekuatan kepada Saudara Saadon untuk menhadapi saat - saat yang sukar ketika ini.

SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA SEMUA CALON - CALON PEPERIKSAAN "PMR 2009"

SRI MUDA - Setelah membilang hari penentuan dengan penuh debaran dan harapan maka hari ini kesemua calon - calon peperiksaan PMR akan mengetahui apakah mereka berjaya memperolehi keputusan yang terbaik atau sebaliknya.Debaran bukan hanya di rasai oleh para pelajar dan ibu bapa namun akan tetapi turut merasakannya adalah Adun Kawasan Sri Muda Shuhaimi HJ Shafiei kerana ketika ini masyarakat memerhatikan adakah calon yang menghadiri kelas tuisyen Rakyat anjuran Pejabat Pusat Khidmat Rakyat akan memperolehi keputusan cemerlang atau sebaliknya.
Shuhaimi Hj Shafiei menyatakan yang beliau sentiasa berdoa agar kesemua calon - calon peperiksaan PMR 2009 akan memperolehi keputusan yang terbaik tanpa membezakan mereka itu datang dari kelas tuisyen rakyat atau tidak.Perkara utama yang perlu di utamakan adalah keberkesanan sisitem pendidikan yang di guna pakai oleh kementerian pendidikan Malaysia demi melahirkan generasi yang berpendidikan dan berpengetahuan tinggi untuk terus memacu negera ini ke tahap yang lebih baik.Shuhaimi Hj Shafiei ingin mengucapkan tahniah kepada yang berjaya dan kepada mereka yang kurang berjaya usah berputus asa untuk meneruskan dan mempertingkatan lagi usaha kerena ini sebenarnya adalah permulaan kepada kejayaan di masa yang akan datang.




Antara Pelajar - Pelajar dari kawasan Dun Sri Muda yang menduduki peperiksaan "PMR 2009" ketika menghadiri seminar.


Wednesday, December 23, 2009

PERASMIAN MAJLIS BERKHATAN ANJURAN , MASJID AL - BAKRI,MPP ZON 13 & JKKK KAMPUNG BUKIT NAGA.

SRI MUDA - Musim cuti persekolahan hujung tahun acap kali di ambil kesempatan oleh ibu bapa bagi menganjurkan majlis berkhatan untuk anak - anak mereka.Tidak ketinggalan juga ada dikalanggan pertubuhan serta badan bukan kerajaan yang akan menganjurkan majlis berkhatan secara beramai - ramai untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan untuk menganjurkan majlis berkhatan untuk anak mereka.Baru - baru ini telah berlangsungnya satu majlis yang cukup bermakna kepada kanak - kanak yang turut serta di dalam majlis berkhatan beramai - ramai anjuran bersama Masjid Al-Bakri,MPP Zon 13 dan JKKK Kampung Bukit Naga yang mana majlis perasmian telah di sempurnakan oleh Adun Sri Muda Shuhaimi Hj Shafiei.






SEKITAR MAJLIS BERKHATAN BERAMAI - RAMAI ANJURAN BERSAMA MASJID AL - BAKRI, MPP ZON 13 & JKKK KAMPUNG BUKIT NAGA BARU - BARU INI.






PERASMIAN KLINIK PEMANDUAN BERHEMAH ANJURAN PeBT ZON 14,

SRI MUDA - Melihat kadar kemalanggan yang semakin meningkat di kalanggan belia ketika ini mendorong Pengerak Belia Tempatan (PeBT) Zon 14, mengganjurkan klinik pemanduan berhemah dengan tujuan memberikan panduan dan pengajaran kepada golongan tersebut untuk menjadi pemandu yang berhemah. Shuhaimi Hj Shafiei ketika berucapan merasmikan program tersebut menyatakan rasa bimbang dengan kadar kemalangan yang meningkat melibatkan golonggan belia kerana negera amat memerlukan golonggan tersebut untuk meneruskan usaha memajukan negera di masa yang akan datang.Beliau juga menyeru kepada semua penguna jalan raya tidak mengira peringkat usia untuk menanamkan niat serta azam untuk menjadi seorang pemandu yang berhemah untuk kebaikkan bersama.

Shuhaimi Hj Shafiei juga berkata biar banyak mana pun program atau kempen jalan raya dianjurkan akan menjadi satu yang sia - sia sekiranya tiada timbul kesedaran dan keinsafan dari peserta dan orang ramai untuk menjadikan diri mereka sebagai seorang penguna jalan raya yang bersopan santun serta berhemah ketika berada di atas jalan raya.Golonggan dewasa juga terutamanya ibu bapa perlu memberikan contoh dan tauladan yang baik kepada anak - anak mereka kerena golonggan tersebut mudah mencontohi apa yang dilakukan oleh orang yang lebih dewasa dari mereka.Dan sekiranya golonggan dewasa gagal memberikan contoh dan tauladan yang baik di bimbangi akhirnya akan melahirkan generasi pemandu yang tidak beretika dimasa akan datang.


SEKITAR MAJLIS PERASMIAN KLINIK PEMANDUAN BERHEMAH ANJURAN PENGERAK BELIA TEMPATAN (PeBT) ZON 14, BUKIT KEMUNING.




SETIAP YANG BERNYAWA AKAN MENEMUI AJALNYA ADALAH DI ATAS KEKUASAAN "ALLAH SWT"

SRI MUDA - Sekiranya ada berita kematian yang di sampaikan oleh orang ramai melibatkan Rakyat di sekitar Kawasan Dun Sri Muda dan Parlimen Kota Raja Shuhaimi Hj Shafiei akan hadir menziarahi ke kediaman keluarga tersebut.Shuhaimi Hj Shafiei menyatakan sekiranya pada ketika hari tertsebut beliau berada kawasan berhampiran pastinya tidak menjadi keberatan untuk bertandang dan menziarahi ahli keluarga yang kehilangan orang tersayang untuk memberikan dorongan serta semangat kepada keluarga tersebut.

Namun akan tetapi ada ketikanya sewaktu di maklumkan beliau berada luar kawasan kerana tugasan rasmi Kerajaan Negeri dan yang pastinya menghalang beliau untuk segera hadir kesesuatu lokasi dengasn kadar yang segera.Ujar beliau sekiranya berkesempatan sudah pastinya pada waktu yang lain beliau tetap cuba untuk hadir demi memenuhi tanggungjawap sebagai seorang pemimpin yang di pilih oleh rakyat setempat.


Shuhaimi Hj Shafiei ketika menziarahi ke kediaman seorang warga emas yang meninggal dunia baru - baru ini di kampubg Johan Setia.


Shuhaimi Hj Shafiei ( kiri ) bersama Cikgu Ghaafar (YDP Pas Kota Raja) di kampung Johan Setia.

PERTEMUAN DAN PERBINCANGAN ANTARA ADUN , AHLI MAJLIS & MBSA ( CAW ) KOTA KEMUNING

SRI MUDA - Pertemuan dan perjumpaan perlu kerap di jalankan yang melibatkan Adun , Ahli Majlis dan Pejabat MBSA cawangan Kota kemuning demi memantapkan lagi jalinan kerjasama untuk kebaikkan penduduk setempat.Baru - baru ini telah di adakan satu pertemuan yang berlangsung di Bilik mesyuarat Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Adun Sri Muda.Pertemuan yang mana bertujuan untuk mencari satu jalan yang terbaik untuk penambah baikkan perkhidmatan MBSA kepada seluruh rakyat di kawasan Dun Sri Muda yang mana pada ketika ini terdapat runggutan yang disuarakan oleh penduduk setempat berkenaan dengan mutu perkhidmatan yang kurang memuaskan serta kelewatan tindakan yang di ambil pada setiap aduan yang dibuat.

Antara yang hadir pada pertemuan tersebut adalah Shuhaimi Hj Shafiei (Adun Sri Muda),En.Raof (Pengurus MBSA Caw),Tan Ah Kow (Ahli Majlis) , Kamarulzaman Sanusi (Ahli Majlis) , Uthayasoorian (Ahli Majlis) serta kakitangan dari MBSA cawangan Kota kemuning.Antara beberapa perkara yang menjadi isu untuk di perbincangkan adalah masalah mutu jalan raya yang semakin merosot serta banyak longkang - longkang yang pengalirannya semakin tidak lancar dan tersumbat.Shuhaimi Hj Shafiei melahirkan kebimbangan sekiranya perkara - perkara yang berbangkit tidak di ambil tindakan dengan segera rakyat akan menyalahkan beliau serta kerajaan Pakatan Rakyat di atas kegagalan tersebut.Beliau juga menyeru dan memohon kepada semua rakyat di kawasan Dun Sri Muda memberikan kerjasama dalam penjagaan kebersihan dengan penganjuran gotong royong demi kebaikkan bersama.











MAJLIS MAKAN MALAM BERSAMA PRESIDEN PAS,

SRI MUDA - Rakyat di sekitar Parlimen Kota raja baru - baru ini berpeluang untuk bertemu dan bermesra dengan Presiden PAS , Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di majlis makan malam yang berlangsung di Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Kandis Seksyen 36, Shah Alam.Turut menghadiri majlis makan malam tersebut ialah Shuhaimi Hj Shafiei , Ahli Dewan Negeri Kawsan Sri Muda yang mana telah mengambil kesempatan untuk bertukar - tukar pendapat serta pandangan cara mana untuk memantapkan lagi jalinan kerjasama di antara Pakatan Rakyat di Parlimen Kota Raja khususnya dan Malaysia amnya untuk kesejahteraan rakyat keseluruhannya.

Shuhaimi Hj Shafiei berpendapat majlis seperti ini haruslah di perbanyakkan untuk mendekatkan lagi barisan kepimpinan dengan semua golonggan masyarakat setempat kerana ada di kalanggan rakyat yang tidak mendapat perkembangan berkaitan dengan Parti mungkin disebabkan oleh kekanggan dari pihak - pihak yang kurang senang dengan sokongan yang semakin bertambah dari rakyat.Selain Majlis makan malam seperti ini Pakatan Rakyat juga boleh menggambil pendekatan yang lebih mesra rakyat seperti terus berkunjung ke setiap penempatan penduduk di sesuatu tempat dengan tujuan merapatkan lagi hubungan antara ahli parti dengan orang ramai yang kurang mendapat perhatian sebelum ini.










Tuesday, December 22, 2009

KOMITMEN,KESUNGGUHAN DAN KEJUJURAN DI TAGIH DARIPADA KEPIMPINAN DI SEMUA PERINGKAT.

SRI MUDA - Tempoh pemerintahan yang sudah memasuki ke tahun yang kedua mendorong Adun Kawasan Sri Muda Shuhaimi Hj Shafiei memberikan ingatan kepada kepimpinan di semua peringkatan untuk menilai tahap pencapaian yang telah di perolehi sepanjang tempoh tersebut.Shuhaimi Hj Shafiei berpendapat pada waktu ini bukanlah waktu untuk berterusan di buai mimpi indah selepas kemenangan dalam pru 12 yang lalu.Sepanjang tempoh tersebut Shuhaimi Hj Shafiei masih lagi menerima aduan serta rasa tidak puashati penduduk kepada beberapa orang kepimpinan yang telah gagal mengambil tindakan dengan kadar yang segera setiap aduan yang di utarakan.
Shuhaimi Hj Shafiei tidak sama sekali akan berdiam diri dengan segala aduan atau permasalah yang di hadapi oleh rakyat di kawasan beliau kerana pada waktu tertentu beliau lebih selesa melakukan tinjauan dan lawatan mengejut kerana dengan cara tersebut penilaian dapat dibuat sama ada kepimpinan melaksanakan tugasan atau sekadar mendapatkan penerangan dari pihak lain dan kesudahannya beliau yang kan di persalahkan oleh rakyat.


PADA KETIKA INI BUKAN LAGI WAKTU UNTUK BERSERONOK DENGAN KEMENANGAN PADA PRU 12 LALU.


NORHALIM SIROME & SHUHAIMI HJ SHAFIEI SENTIASA MENGAMBIL KESEMPATAN WALAU DIMANA SEKALI PUN UNTUK BERTUKAR - TUKAR PANDANGAN SERTA PENDAPAT DEMI KEBAIKAN RAKYAT KESELURUHANNYA.

SHUHAIMI HJ SHAFIEI (KANAN),NORHALIM SIROME (PENGURUSI MPP ZON 11),TUAN HJ SALEHAN (KETUA KAMPUNG JLN KEBUN) DAN TUAN HJ HAKIM (SETIAUSAHA JKKK) MEMBINCANGKAN SESUATU YANG SEDANG DI HADAPI OLEH PENDUDUK SETEMPAT.



MAJLIS PERLANCARAN DAN PERASMIAN KELAS TUISYEN RAKYAT PERCUMA SESI 2009/2010 KAWASAN DUN SRI MUDA

SRI MUDA - Demi memastikan pelajar - pelajar yang kurang berkemampuan mendapat pendidikkan yang sempurna dan terbaik Kerajaan Negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat mengambil langkah proaktif dengan melancarkan kelas tuisyen rakyat secara percuma untuk tahun 2009 & 2010.Ahli Dewan Negeri Selangor bagi kawasan Sri Muda YB Shuhaini Hj Shafiei baru - baru ini telah merasmikan dan melancarkan kelas tuisyen tersebut yang mana bertujuan mengotakan janji beliau untuk memberikan bantuan yang sewajarnya kepada pelajar - pelajar dari keluarga yang kurang berkemampuan yang berada di kawasan Dun Sri Muda.Pakatan Rakyat bukan hanya sekadar memberikan janji - janji kosong semata - mata hanya untuk meraih sokongan dan menyedapkan rakyat namun akan tetapi telah dapat di bukti dengan beberapa program dan insentif yang telah memberikan muafaat serta faedah kepada rakyat di Negeri Selangor.

Shuhaimi Hj Shafiei juga dalam ucapan perasmian pada majlis tersebut menyeru kepada seluruh rakyat khususnya yang berada kawasan Dun Sri Muda agar berteruskan memberikan sokongan dan kerjasama yang tidak berbelah bahagi kepada beliau dan Pakatan Rakyat untuk mentadbir Negeri Selangor agar rakyat akan mendapat pembelaan yang sewajarnya di masa yang akan datang.Selain kelas tuisyen rakyat secara percuma yang telah dilaksanakan ada beberapa lagi insentif yang telah dan akan di kecapi oleh rakyat di Negeri Selangor dalam masa terdekat dan akan datang.















JADUAL KETAT,HUJAN TIDAK MENJADI HALANGAN UNTUK MENINJAU KAWASAN.

SRI MUDA - Biarpun jadual tugasan yang sentiasa ketat namun akan tetapi ia bukanlah menjadi halangan atau alasan kepada Shuhaimi Hj Shafiei untuk tidak turun ke kawasan yang beliau wakili sekiranya ada perkara - perkara yang memerlukan perhatian segera.Baru - baru ini biarpun baru sahaja selesai menghadiri pertemuan serta perbincangan antara penduduk Kampung Lanchung jaya , Pejabat daerah dan Tanah Petaling dan JPS ketika didalam perjalanan untuk melawat seorang pesakit di HTAR Klang beliau telah menerima satu pesan ringkas dari penduduk menyatakan kerisauan penduduk berkenaan tebing atau ban antara Sungai Klang dan kampung Lanchung Jaya telah runtuh.Beliau tanpa berlengah telah bergegas ke lokasi kejadian biarpun ketika itu hujan telah mula turun di kawasan tersebut dan kehadiran beliau telah di sambut oleh beberapa orang penduduk yang merasa begitu terharu kerana kurang dari 45 minit beliau dapat hadir untuk meninjau lokasi kejadian.

Tinjau tersebut juga di hadiri oleh seorang juru teknik dari pihak JPS yang mana satu keputusan segera telah diambil untuk menyegerakan kerja - kerja pembaikkan serta naik taraf ban tersebut memandangkan musim hujan yang dijangkakan akan berterusan sepanjang bulan desember ini yang mana akan membahayakan penduduk sekiranya kerosakkan tersebut semakin teruk.
















PENYELESAIAN KEMELUT PENDUDUK KAMPUNG LANCHUNG JAYA UNTUK MEMILIKI HAK MILIK TANAH DI CARI.

SRI MUDA - Satu pertemuan di antara Adun Kawasan Sri Muda , Pejabat Daerah Tanah Daerah Petaling , Jabatan Parit dan Saliran serta penduduk kampung Lanchung Jaya telah diadakan baru - baru ini.pertetemuan tersebut bertujuan untuk mencari satu titik penyelesaian berkenaan permohonan beberapa orang penduduk untuk mendapatkan hak memduduki tanah yang telah di usahakan sekian lama iaitu semenjak kampung tersebut di buka.

Shuhaimi Hj Shafiei menyatakan kemusykilan bagaimana daripada tapak lot yang dipohon pada era kerajaan terdahulu ada yang berjaya memperolehi hak menduduki tanah tersebut walaupun dikatakan berada di zon rezab JPS namun akan tetapi ada yang gagal.Dalam pertemuan tersebut Shuhaimi Hj Shafiei menyatakan bahawa hak penduduk perlu di utamakan tanpa mengira apa juga fahaman politik kerana mereka yang tercicir juga punya hak sepertimana mereka yang telah terdahulu mendapat geran dan kebenaran menduduki kawasan tersebut.Shuhaimi Hj Shafiei akan mengunakan apa juga ruang yang ada untuk meneruskan usaha demi membantu penduduk agar mendapatkan menduduki dan memiliki geran di tapak yang mereka pohon.








Monday, December 21, 2009

SALAM TAKZIAH BUAT EN.ABDUL RAHMAN SERTA KELUARGA.

SRI MUDA - Setiap pertemuan ada perpisah dan setiap yang hidup akan menghadapi kematian begitulah hakikat kehidupan.Baru - baru ini Yb Shuhaimi Hj Shafiei berkesempatan menziarah dan memberikan penghormatan terakhir di atas kembali kerahmatullah Allahyarhamah Puan Sayuah Binti Sarkan.Allahyarmah adalah isteri kepada seorang tokoh perjuang didalam Pakatan Rakyat semenjak 1998 iaitu En.Abdul Rahman.

Shuhaimi Hj Shafiei mendoakan semoga ALLAh mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah dan ditempatkan dikalangan orang - orang yang beriman.Shuhaimi Hj Shafiei juga berharap agar seluruh ahli keluarga akan tabah didalam menghadapi segala dugaan dan uji dari ALLAH SWT serta dapat meneruskan kehidupan seperti sedia kala.