Wednesday, May 26, 2010

YAB TAN SRI DATO' ABDUL KHALID IBRAHIM MENUNAIKAN SOLAT JUMAAT

DI MASJID AL-NAIM KAMPUNG JALAN KEBUN,


KAMPUNG JALAN KEBUN - Hasrat penduduk kampung Jalan Kebun untuk bertemu dan bertentang mata dengan pemimpin tertinggi Negeri Selangor akhirnya tercapai bilamana Dato Menteri Besar YAB Tan Sri Dato' Abdul Khalid Ibrahim telah menunaikan solat fardu jumaat baru - baru ini di masjid Al-Naim.Ketibaan YAB Tan Sri telah disambut oleh YB Shuhaimi Hj Shafiei,Nazir masjid serta Ajk Masjid Al-Naim serta para jemaah yang hadir menunaikan solat pada hari tersebut.

Pada kesempatan tersebut YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah diberikan sedikit ruang untuk menyampaikan Tazkirah kepada para jemaah.Rata - rata jemaah yang hadir menunaikan solat pada hari tersebut melahirkan rasa terharu serta berbangga kerana hasrat dan keinginan mereka untuk bermesra dengan menteri besar selama ini tertunai sudah.Para jemaah mengakui Dato' Menteri besar adalah seorang pemimpin yang benar - benar berjiwea rakyat kerana mudah untuk didekati serta tidak begitu mementing protokol ketika berhadapan dengan rakyat.

Rakyat yang hadir melahirkan hasrat agar YAB Dato' Menteri Besar agar dapat meluangkan masa untuk hadir sekali lagi ke Kampung Jalan Kebun dimajlis yang lain agar seluruh rakyat di Kampung Jalan Kebun dapat bertemu dan bermesra dengan pemimpin tertinggi negeri itu.YB Shuhaimi Hj Shafiei sedang merangka satu program yang mana akan dihadiri oleh YAB Dato' Menteri Besar dalam Waktu yang terdekat untuk memberikan peluang seluruh rakyat untuk bertemu dan bermesra dengan Dato' Menteri Besar yang di sayangi oleh rakyat Negeri Selangor Darul Ehsan.



YAB Tan Sri Dato' Abdul Khalid Ibrahim disambut oleh YB Shuhaimi Hj Shafiei semasa tiba di Masjid Al-Naim

YAB Tan Sri Dato' Abdul Khalid ketika menyampai Tazkirah kepada para jemaah yang menunaikan solat jumaat.para Jemaah tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dengan Tan Sri Dato' Abdul Khalid Inrahim


Bersama - sama barisan kepimpinan AJK Masjid Al-Naim Kampung Jalan Kebun






JADUAL YANG KETAT TIDAK MENGHALANG YB SHUHAIMI HJ SHAFIEI UNTUK MEMENUHI UNDANGAN MAJLIS WALIMATULTURUS YANG DITERIMANYA,


SRI MUDA - Sesuatu majlis yang berlangsung akan lebih berseri dan lebih meriah sekiranya antara tetamu yang hadir dimajlis tersebut adalah pemimpin yang dikagumi kerana sudah pasti akan menjadi satu kenangan yang terindah untuk dikenang sehingga ke akhir hayat.Baru - baru ini YB Shuhaimi Hj Shafiei berserta kakitangan pejabat pusat khidmat rakyat telah berkesempatan untuk hadir ke satu majlis walimatulurus setelah menerima undangan dari pasangan mempelai.Kehadiran YB Shuhaimi Hj Shafiei serta kakitangan pejabat pusat khidmat rakyat telah disambut dengan penuh mesra oleh tuan majlis serta tetamu - tetamu yang hadir dimajlis tersebut.Selain tuan rumah tetamu yang hadir tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dan bermesra serta bergambar bersama Yb huhaimi Hj Shafiei.YB Shuhaimi Hj Shafiei mendoakan kesejahteraan kebahagiaan kepada pasangan mempelai serta seluruh ahli keluarga semoga berkekalan jodoh perkahwinan yang dibina sehingga ke akhir hayat.



ORANG RAMAI PASTI TIDAK AKAN MELEPASKAN PELUANG UNTUK BERMESRA DENGAN YB SHUHAIMI

KAKITANGAN PEJABAT PUSAT KHIDMAT RAKYAT YANG SENTIASA MENEMANI YB SHUHAIMI HJ SHAFIEI


ADA SESUATU YANG MENARIK DIPERKATAKAN OLEH YB SHUHAIMI HJ SHAFIEI DENGAN TETAMU YANG HADIR

SIFAT RAMAH DAN MESRA YB SHUHAIMI HJ SHAFIEI ANTARA FAKTOR UTAMA ORANG RAMAI MENYUKAI BELIAU ( HINGGA KE DAPUR YB SHUHAIMI BERJUMPA ORANG RAMAI)
TINDAKAN YANG LEBIH BERSEPADU PERLU DI AMBIL UNTUK MENGATASI MASALAH BANJIR DARI BERTERUSAN DI SEKITAR KAWASAN DUN SRI MUDA


SRI MUDA - Sepanjang tempoh memegang amanah selaku Adun kawasan Sri Muda YB Shuhaimi Hj Shafiei sentiasa berusaha dengan menjalinkan kerjasama yang baik dengan agensi kerajaan yang berkaitan demi untuk memastikan permasalahan banjir dapat di atasi dengan kadar yang segera disekitar kawasan Dun Sri Muda.Sepanjang dua tahun pemantauan di jalankan oleh kakitanggan Pejabat Adun Sri Muda permasalah banjir yang sering berlaku adalah disebabkan oleh kegagalan sistem pengaliran beroperasi dengan baik oleh kerana kebanyakkan peparitan serta anak - anak sungai yang terdapat di sekitar dun Sri Muda tidak diselenggarakan dengan baik oleh pihak yang bertanggungjawap.


Baru - baru ini beberapa lokasi sekitar dun Sri Muda dilanda banjir yang agak luar biasa kerana sehingga melibatkan beberapa buah kampung dan pusat pemindahan juga terpaksa dibuka untuk menempatkan mangsa banjir.YB Shuhaimi Hj Shafiei berharap agar pihak yang berwajip agar dapat memastikan sistem peparitan disekitar dun Sri Muda dapat diselenggarakan dengan baik dan yang terpenting kerja - kerja menyelenggara bukan hanya dijalankan apabila banjir berlaku namun akan tetapi ia harus sentiasa diselenggarakan kerana peparitan di kawasan dun sri muda dipenuhi dengan hidupan yang begitu subur yang mana menjadi penyebab utama sistem peparitan sering tersumbat.

























' GOLONGGAN YANG KURANG BERKEMAMPUAN TERUS DIJEJAKI DAN DI BANTU OLEH YB SHUHAIMI'

SRI MUDA - Demi kesejahteraan semua golonggan masyarakat yang berada didalam kawasan yang diwakili ,YB Shuhaimi Hj Shafiei akan terus berusaha untuk menjejaki goloonggan yang kurang berkemampuan agar dapat dibantu.Shuhaimi Hj Shafiei sering meluangkan masa beliau untuk menjejaki golonggan sasaran dengan meninjau dan bertemu sendiri meraka - meraka yang tidak berkemampuan kerana dengan cara sedemikian dapat memberikan ruang yang lebih besar kepada beliau dan rakyat untuk berkongsi dan bertukar tukar maklumat dan pendapat selain menambahkan kemesraan antara beliau dengan rakyat.

Selaku wakil rakyat yang telah di amanahkan Shuhaimi Hj Shafiei akan sentiasa berusaha tanpa mengenal erti jemu dan puas kerana masih ramai lagi golonggan yang kurang berkemampuan tidak menerima bantuan dari pihak yang bertanggungjawap.Selaku Adun beliau akan terus berusaha memenuhi dan membantu mereka - mereka kurang berkemampuan agar golonggan tersebut mendapat keselesaan di kemudian hari selagi beliau masih bergelar seorang Adun.










"KEBERSIHAN PERSEKITARAN KAMPUNG DAN KEDIAMAN HARUS DI UTAMAKAN"
SEKITAR PROGRAM GOTONG ROYONG KAMPUNG BARU HICOM SEKSYEN 26, SHAH ALAM

KAMPUNG BARU HICOM - Demi memastikan tahap kebersihan persekitaran kediaman sentiasa berada didalam keadaan yang baik setiap orang perlu menamankan sikap bertanggungjawap dan mengambil berat kawasan sekitarnya agar hasrat tersebut tercapai.Baru - baru ini YB Shuhaimi Hj Shafiei telah meluangkan masa untuk turut serta dengan penduduk Kampung Baru Hicom didalam program gotong royong untuk membersihankan persekitaran kampung tersebut.

YB Shuhaimi Hj Shafiei memuji langkah yang telah diambil oleh Ketua Kampung serta JKKK Kampung tersebut kerana telah berjaya mengumpulkan hampir seluruh penduduk kampung untuk turut bersama sama terlibat dalam menjayakan program tersebut.Program sedemikian selain dapat memastikan kebersihan persekitaran kawasan kampung tersebut ia juga dapat mengeratkan lagi ikatan kemesraan antara penduduk kampung kerana yang dihadiri oleh semua kaum yang terdapat di kampung tersebut.Program tersebut dfuharapkan akan diterus dari masa kesemasa kerana ia dapat menghindari penduduk kampung tersebut dari mengalami seranggan demam denggi yang mana ketika ini berada didalam situasi membimbangkan.

KEHADIRAN YB.SHUHAIMI TELAH DISAMBUT DENGAN MESRA OLEH KETUA KAMPUNG IMAM KAMAL

KELIHATAN KETUA KAMPUNG,KAMPUNG BARU HICOM, IMAM KAMAL SEDANG MEMBERSIHAKAN SAMPAH

CONTOH DAN TAULADAN YANG BAIK BILA MANA YB SHUHAIMI TURUT MELAKUKAN KERJA KERJA MEMBERSIHKAN KAWASAN SEKITAR KAMPUNG BARU HICOM.,





SEBAHAGIAN PENDUDUK KAMPUNG BARU HICOM YANG MEMBERSIHKAN KAWASAN DEWAN ORANG RAMAI

Tuesday, May 25, 2010

Setakat ini tiada lagi lompat parti, kata Anwar


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, setakat yang diketahuinya, tiada lagi wakil rakyat PKR yang akan melompat parti setakat ini.

"Ya, setakat yang kita tahu (tiada). Tetapi kalau tawarannya naik daripada RM2 juta kepada 5 juta, saya tak tahu. Setakat ini kita dengar keadaan terkawal," katanya menyifatkan 'pamitan ke sebelah sana' (Umno) sudah berlalu.

Beliau yang juga ketua umum PKR berkata, sebagai sebuah parti baru, menjadi lumrah ia diserang kuat - pengalaman yang menurutnya dikongsi bersama oleh DAP dan PKR sebelum ini, termasuk Umno sendiri.

"Malah Umno sebelum ini menyaksikan penghijarahan pemimpin utama, (termasuk) presiden pertama, kedua dan keempatnya.

"Jadi dalam konteks kita (PKR), kalau (musuh) anggap tak boleh pukul saya secara langsung, (mereka) pukul kekuatan (lain) yang ada pada PKR," katanya.

Selepas pilihan raya umum dua tahun lalu, PKR kehilangan tujuh kerusi parlimen (lihat carta bawah). Empat daripadanya akibat tindakan melompat parti, manakala seorang lagi dipecat.

Tindakan melompat parti oleh ADUN PKR - yang kemudiannya mengisytiharkan menjadi "bebas mesra BN" - juga menyumbang ke arah runtuhnya kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan bekas menteri besar Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin di Perak.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini awal petang ini, Anwar berulang kali menegaskan bahawa bekas pemimpin PKR yang melompat "dibeli" dan mendedahkan pihaknya kini sudah bersedia dengan pita rakaman.

"Kita sekarang nasihati kawan-kawan kita buat pita rakaman (tawaran melompat parti)," katanya ketika dikunjungi di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya.

Rakam cubaan menyogok

"Rakaman (menunjukkan) kalau disogok dengan wang. Kita cuba dapatkan dengan (pita rakaman) itu. Kalau lapor pada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah) tak ada kesan.

"Maknanya, kalau kita ambil rakaman, kita boleh edar pada orang ramai. Saya tak yakin institusi pemerintah akan lakukan apa-apa, kerana ini arahan pimpinan negara."

Katanya, walaupun seorang demi seorang wakil rakyat dan pemimpin PKR sebelum ini melompat parti, sokongan di peringkat akar umbi tidak terjejas kerana mendakwa ia 'dibuat hasil daripada "perjanjian sulit", bukan dengan restu rakyat.

"Macam Bayan Baru (Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim), selain ahli parlimen (itu) tak ada (ikut), yang lain tinggal (bersama parti). Tiada cabang dibubar, tiada pemimpin (bahagian) keluar. Saya tak lihat masalah," katanya.

Sementara itu, Anwar juga menjangkakan isu pemimpinnya yang lompat parti akan dibangkitkan oleh perwakilan parti itu dalam kongres tahunannya yang akan diadakan pada hujung bulan ini.

"Dalam perbahasan (kongres) kita bebas. Dan kita beri ruang. Oleh yang demikian, saya rasa (perkara ini) akan dibangkitkan, wajar dibangkitkan. Saya rasa (mereka) perlu penjelasan," katanya lagi.

Mengakui parti "sedikit terjejas" dengan tindakan beberapa orang wakil rakyatnya, beliau menjangkakan anggota parti itu akan mendesak pucuk pimpinan PKR lebih teliti memilih calon untuk bertanding dalam pilihan raya.

"Kita akan jelaskan pemilihan (calon) lalu, dengan keadaan terbatas, tak tamai golongan profesional, sarjana dan intelektual sanggup (bertanding), jadi kita pilih yang ada sahajalah.

"Oleh kerana itu, kesannya juga ada," kata ahli parlimen Permatang Pauh.

Anwar berkata, beberapa 'orang yang rapat dengannya', yang kini berpaling menentangnya, hanya bertemu dengannya "setahun dua kali".

"Lagi pun di Malaysia ini, siapa yang tak rapat dengan saya? Cuba beritahu," katanya cuba berjenaka.

Sumber: Malaysiakini
KDN rampas lebih 3,000 naskah Era Pakatan

KUALA LUMPUR, 25 Mei: Lebih 3,000 naskah akhbar tabloid Era Pakatan atau lebih dikenali sebagai KABAR Era Pakatan (KEP) dirampas Kementerian Dalam Negeri (KDN) dua hari lalu di Selangor dan sebelum itu di Perak.

Menurut Ketua Pengarang 2, KEP, Mat Zahari Ali (gambar) rampasan tersebut semata-mata bermotifkan politik disebabkan kebanyakan isu yang ketengahkan membabitkan beberapa skandal yang membabitkan pemimpin-pemimpin tertinggi Umno/BN.

"Rampasan ini bertujuan untuk menakutkan penjual dan pengedar kerana memandangkan isu yang di bongkar tidak terdapat dalam media-media lain, apatah lagi media arus perdana.

"Saya juga menganggap rampasan ini adalah hal biasa dengan KDN memberi seribu satu alasan untuk menghalalkan tindakan. Hal ini pernah berlaku pada Harakah dan Suara Keadilan," jelas beliau yang pernah bertugas sebagai editor harakah web TV dan editor Berita Suara Keadilan.

Menurut Mat Zahari, KDN tidak bertindak secara profesional dalam menyelesaikan isu berhubung apa sahaja apabila membabitkan pembangkang.

"KDN seharusnya memberi amaran atau memaklumkan terlebih dahulu sebelum tindakan rampasan dibuat.

"Semua maklumat berhubung ketua Pengarang, penerbit, pencetak semuanya ada dalam fail KDN. Mereka boleh menghubungi atau memaklumkan pada pihak KEP sekiranya terdapat apa-apa yang tidak kena. Bukannya bertindak merampas secara membabi buta.

"Saya rasa amat sedih sekiranya inilah cara KDN menangani sesuatu masalah yang membabitkan kepentingan awam," Ujar beliau

Ketua Editor dipanggil KDN

Mat Zahari ketika menghubungi Harakahdaily memaklumkan beliau baru sahaja menemui bahagian Permit KDN di Putrajaya bagi mengetahui sebab sebenar.

"Saya berjumpa En Abdul Razak Abdul Talib dari bahagian penerbitan permit dan beliau memberitahu saya KEP tiada permit.

"Saya terkejut kerana nombor permit tertera di bahagian atas KEP. Kemudian pegawai tersebut menyatakan moke-up tak sama dengan KEP yang ada di pasaran.

"Saya kata kalau moke-up tak sama mengapa dianggap tiada permit atau memberitahu pihak KEP supaya diubah untuk keluaran akan datang.

Pegawai tersebut, katanya, cuba mengelak dengan memberikan alasan bahawa urusan merampas KEP adalah bidang kuasa bahagian penguatkuasa bukan di bahagian permit.

"Saya bertanya bagaimana boleh bahagian penguatkuasa membuat tindakan kalau tidak disebabkan oleh maklumat yang diberikan oleh bahagian penerbitan permit," ujar Mat Zahari.

"Saya kemudiannya meminta numbor telefon bagi menghubungi pegawai bahagian penguatkuasa.

"Selepas pulang ke pejabat saya menghubungi pegawai bahagian penguatkuasa, Mohd Rizal Abidin bertanyakan sebab mengapa KEP dirampas.

"Beliau memberitahu bahawa bidang kuasa yang ada pada beliau tidak membolehkan beliau memberikan sebab kepada saya serta meminta menghubungi Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan, Datuk Zaiton Abd Samad.

"Sehingga saat ini saya masih tidak dapat menghubungi Datuk Zaiton," jelas Mat Zahari yang juga pernah bertugas sebagai wartawan siaran di stesyen tv swasta.

Menurut Mat Zahari, Beliau sedang berurusan dengan pihak KDN untuk bertemu dengan KSU bahagian bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung status rampasan oleh KDN.


Sumber: Harakahdaily

Sunday, May 23, 2010

PAS amiable to extra seats for non-Muslims

May 23, 2010
Hadi said PAS first introduced the extra spots for non-Muslims in 1999. — Picture by Jack Ooi

KLANG, May 23 — PAS is willing to allocate additional state seats for non-Muslims who do not get elected during elections.

PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang said that PAS had successfully “amended state constitution laws” in Terengganu back in 1999, when PAS ruled the state, to enable non-Muslims who did not win any state seats during elections to be appointed as state assemblymen.

“In 1999 PAS made a proactive move in Terengganu. Back then, PAS had managed to amend state constitution laws to appoint non-Muslims as state assemblymen if they did not win in elections,” said Abdul Hadi.

The former Terengganu mentri besar told an audience at the launching of the PAS Supporters’ Congress (Dewan Himpunan Penyokong PAS) that non-Muslims were appointed to “represent the non-Muslim population”, since Terengganu was 90 per cent Muslim.

“This we will replicate [this] if we win other states, but until now Barisan Nasional does not dare do this,” claimed the PAS president.

Abdul Hadi said the allocation of state seats to non-Muslims in other PAS-ruled states was also being discussed by the party.

“It is in consideration,” said Abdul Hadi.

According to the PAS leader, the extra seats for non-Muslims depended on the seat “allocation in the state assembly.

“It’s a different process for different states. Kedah and Kelantan cannot do it yet because of different issues.

“Amendments to the state constitution have to go through the state legal advisors as well as the blessings and signature of the Sultan,” said Abdul Hadi.

PAS Deputy President Nasharuddin Md Isa claimed that Kelantan had already elected “non-Muslim village heads.”

The Islamist party has been on a mission to improve its appeal to non-Muslims, exemplified by the introduction of its supporters’ congress.

The congress has a leadership committee of its own, which consists of its head, a deputy leader, and five lower-ranked deputy leaders (a youth leader, a Wanita leader, as well as one leader from each of the major member races: Chinese, Indian, and Orang Asli).

The Islamist party has already said that it will consider letting members of the congress run under its ticker in the next general election, as well as nominating some to become PAS senators.

But the PAS president was mum on the exact percentage of seats that would be allocated for non-Muslims.

“We have to look at the necessity of the situation. We (also) have to look at Pakatan Rakyat (PR) seat allocations, because we do not want to cause any conflict with parties within PR. We want a straight fight with BN,” he said.

Abdul Hadi also told reporters that PAS would have negotiations with PKR and DAP before making any decisions.

“What needs to be negotiated is during the elections, each of us have (a certain) allocation for state seats.”


Source: Malaysian Insider

Wain: Dr M 'jengkelkan' pentadbiran Najib





Pengaruh Tun Dr Mahathir tidak akan kekal selama-lamanya, dan kini telahpun beransur pudar, kata penulis buku Malaysian Maverick.

Barry Wain berkata, orang mungkin akan mengingati pembangunan yang dicapai ketika Mahathir menjadi perdana menteri, tetapi dasar-dasar yang ditinggalkannya tidak akan diperkatakan selama-lamanya.

"Beliau masih lagi berpengaruh sekarang, tapi saya sangat sangsi sekiranya ia akan bertahan lebih lama," kata Wain dalam satu temubual eksklusif dengan Malaysiakini.

Katanya, mungkin disebabkan faktor itulah yang menyebabkan Mahathir terus bersuara walaupun telah bersara.

Dalam pada itu pula, Mahathir kini kembali menjadi pejuang Melayu dan membuat satu pusingan lengkap dalam karier politiknya apabila tampil memberi sokongan kepada Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), katanya.

Beliau berpendapat demikian apabila melihat wawasan Mahathir mula bertukar menjadi "malapetaka" apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih.

"Mahathir (memberitahu saya) 'Saya tidak tahu (Abdullah) akhirnya akan jadi begitu. Orang Amerika juga tidak tahu George (W) Bush akan menjadi seperti itu," katanya.

"Mungkin dalam maksud itulah saya rasa (Mahathir) mengharapkan Abdullah untuk mengikut nasihatnya...," katanya lagi.

"Tetapi pastinya ada elemen bahawa (Mahathir) betul-betul inginkan perhatian dan sukar baginya untuk diketepikan (dan menyebabkan Mahathir) menulis perkara yang ekstrem dalam blognya," katanya lagi.

Mahathir bakal berkonflik dengan Najib?


Tambahnya, Mahathir kini turut "menjengkelkan" pentadbiran Datuk Seri Najib Abdul Razak, namun ia belum membawa ke kancah konflik secara terbuka.

"Saya tidak maksudkan dia mengerahkan dasar atau (maksud sebegitu), tapi saya rasa dia masih boleh menyukarkan (pentadbiran) kerajaan.

"Bu
at masa ini dia belum terheret ke kancah konflik secara langsung dengan Najib, tidak seperti (pertembungan) beliau dengan Abdullah.

"Namun begitu, saya rasa dia sedikit sebanyak telah menjengkelkan Najib. Kita akan lihat jika ia akan membawa kepada konfrontasi," katanya lagi.

Wain turut menyentuh soal pemberian lesen judi sukan, yang berkait rapat dengan sikap dan gaya pentadbiran ketiga-tiga tokoh.

Katanya, pentadbiran bawah Abdullah Badawi mula mengetahui bahawa Tan Sri Vincent Tan telah diberikan lesen perjudian tersebut pada 2003.

"Pentadbiran Abdullah berkata mereka tidak tahu (lesen) itu dikeluarkan pada 2003. Saya ada bertanya kepada Dr Mahathir mengenai perkara itu tapi tidak mendapat apa-apa jawapan yang munasabah.

"Banyak lagi cara yang dilakukan oleh kerajaan pada masa sekarang yang kurang telus. (Rakyat) akan lebih gembira jika (kerajaan) lebih terbuka, membuat lebih banyak penjelasan tentang apa yang berlaku dan apa yang mereka akan lakukan,"

Apapun, perjudian sukan itu nampaknya hendak "diperkenalkan secara senyap-senyap" oleh kerajaan, kata Wain.

Sumber: Malaysiakini
"You help me, I help you", SPRM siasat Najib


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengesahkan bahawa siasatan sedang dijalankan ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung "You help me, I help you" semasa kempen pilihan raya Sibu.

Pelbagai pihak, khusus parti-parti pembangkang mendakwa kenyataan Perdana Menteri itu melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya.

Ketua SPRM, Datuk Abu Kassim Mohamed (kiri) memberitahu wartawan semasa sidang media di Petaling Jaya bahawa pihaknya telah menerima aduan berkenaan dan sedang menyiasatnya.

Pengarah siasatan SPRM, Mustafar Ali juga mengesahkan perkara itu kepada wartawan sambil berkata, suruhanjaya itu akan memanggil beberapa orang saksi untuk dirakamkan kenyataan mereka.

Kedua-dua pegawai kanan SPRM itu menghadiri sebuah forum Transparency International berhubung pembaharuan politik kewangan di Malaysia.

Pada 17 Mei lalu, Pengerusi DAP Karpal Singh mendakwa Najib terbabit dalam 'pembelian undi' pada pilihan raya keci parlimen Sibu.

Beliau merujuk kepada satu majlis di Rejang Park, pada 15 Mei seperti mana yang dilaporkan oleh akhbar harian bahasa Inggeris Sunday Eastern Times.

Berikut petikan kata-kata Najib yang dipertikaikan itu yang dibuatnya dalam bahasa Inggeris.

“I want to make a deal with you. Can we have an understanding or not? The understanding is quite simple. I help you, you help me,”
kata Najib.

Pada majlis ini, Najib menjanjikan kerajaan persekutuan akan memberi RM5 juta untuk projek tebatan banjir di Sibu jika BN menang pilihan raya berkenaan.

Menurut Karpal tindakan itu jelas mencabuli Akta Kesalahan Pilihan Raya dan secara berseloroh berkata sekiranya tidak berhati-hati, Perdana Menteri boleh dihumban ke penjara dan negara terpaksa mengadakan pilihan raya kecil di Pekan pula.


Sumber: Malaysiakini

Saturday, May 22, 2010

Perasmian Lebuharaya Kemuning Shah Alam (LKSA)

Pada 18 Mei yang lepas perasmian sebuah lebuhraya baru dilakukan. ADUN Sri Muda dan Ahli Parlimen Kota Raja juga dijemput hadir. Turut dijemput hadir adalah semua pegawai kanan jabatan kerajaan peringkat pusat dan negeri. Ahli Majlis PBT juga ramai kelihatan hadir. Perasmian dilakukan oleh Menteri Kerja Raya, Dato' Saziman Abu Mansor.

Lebuhraya ini mempercepatkan perjalanan 30 minit antara lebuhraya KESAS dan lebuhraya Persekutuan menjadi hanya 10 minit. Sebelum ini pengguna harus menempuh kesesakan di Taman Sri Muda dan juga di persimpangan Hicom untuk sampai ke jalan utama di Pusat Bandaraya Shah Alam.

Pengendali lebuhraya ini memberi percubaan selama 2 bulan sebelum tol mula dikenaakan yang mana kadarnya dimaklumkan sekitar RM0.60 ke RM1. Mudah mudahan ia dapat memberi manafaat kepada semua rakyat.

Gambar dibawah menunjukkan majlis perasmian yang di buat di atas lebuhraya ini:

Lambang rasmi upacara perasmian

Dato' Saziman, Tan Sri Hamad Kama Piah, Ketua Ketua Jabatan Kementerian Kerja Raya, YB Shuhaimi dan YB Dr. Mariah di majlis perasmian ini

Perbezaan fahaman politik tidak menghalang semua pemimpin dan Wakil Rakyat duduk bersama dalam acara rasmi..

Tan Sri Hamad Kamad Piah menunjukkan sesuatu yang menarik perhatian kepada semua tetamu

Semua tetamu sedang menunggu pelepasan rasmi kenderaan pertama oleh Menteri Kerja Raya

YB. Shuhaimi dan YB. Dr. Mariah turut serta hingga selesai majlis

Dato' Saziman sedia menandatangani plak perasmian

Kelihatan semua pemain politik di Kota Raja dalam sekeping gambar

Acara hampir selesai dan semua bersedia untuk pulang..

Sekretariat Dun Sri Muda - Tan

Friday, May 21, 2010

Wain: 'Seleweng RM100 bilion Dr M disokong bukti'


Barry Wain yakin 100 peratus dengan ketepatan fakta dalam bukunya Malaysian Maverick: Mahathir in Turbulent Times yang merekodkan kepincangan pentadbiran mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Wain berkata, semua maklumat tersebut, termasuk dakwaan penyelewengan berjumlah RM100 bilion oleh Dr Mahathir itu disokong oleh bukti.

Beliau juga mengarang buku itu dengan memasukkan pandangan Dr Mahathir bagi menyeimbangkan dakwaan yang dikemukakan.

Antaranya adalah kerugian melalui Perwaja Steel, yang didakwa Dr Mahathir "hanya RM1 hingga RM2 bilion," bukannya antara RM15 hingga RM20 bilion seperti ditulis oleh Wain.

"Dr Mahathir mempunyai memori singkat. Menteri kewangannya sendiri mengemukakan satu laporan audit oleh Pricewaterhouse (Cooper) di Parlimen pada pertengahan 1990-an. Kerugian pada masa itu, saya rasa berjumlah RM9.5 bilion dan ianya makin bertambah selepas itu.

"Dia tidak akan senang hati apabila diingatkan tentang perkara ini, tapi itulah kehidupan... Selagi saya (menulis dengan) seimbang kepada dia, dan saya telah terbitkan pandangan dia," kata Wain dalam satu wawancara khas dengan Malaysiakini semalam.

Dr Mahathir juga sebelum ini menafikan dakwaan Wain bahawa bangunan ibu pejabat Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dibina dengan dana awam.

"Saya ada satu salinan akaun Umno yang diaudit, termasuk dana politik rahsia dan ia menunjukkan dengan jelas, mereka ada berpuluh juta di dalam akaun ketika (Daim Zainuddin) mengambil alih," katanya lagi.

Tambahnya, beliau juga menemuramah banyak sumber untuk buku tersebut bagaimanapun tidak memasukkan kesemuanya sekali.

"100 peratus (yakin), kesemua fakta adalah benar. Tidak ada satu pun kesalahan dalam buku tersebut.

"Sehingga hari ini, ia telah diulas boleh ahli ekonomi di Australia, Hong Kong dan (ahli ekonomi) di rantau ini termasuk Thailand.

"Ada satu ulasan di Malaysia, dalam talian, yang menulis satu fakta salah yang saya terpaksa ulas, untuk jelaskan bahawa orang yang menulis ulasan tersebut telah membuat kesalahan fakta berhubung kesan pilihan raya 1969, antara lainnya," katanya lagi.

Wain berada di negara ini sehingga minggu depan untuk mempromosikan bukunya itu yang bakal diulang cetak kali keenam dan diterjemahkan ke bahasa Melayu dan Cina.

Sumber: Malaysiakini
KERAJAAN NEGERI SELANGOR ( PAKATAN RAKYAT ) KOMITED MEMBANTU RAKYAT


SUNGAI KANDIS - Sepanjang tempoh Pakatan Rakyat memerintah Kerajaan Negeri Selangor rakyat di negeri ini telah memperolehi dan menikmati pelbagai kemudahan yang disalurkan dalam pelbagai bentuk.

Antara yang dapat dinikmati adalah program kerajaan perihatin yang mana rakyat yang layak telah menerima sumbangan kediaman berbentuk sebuah rumah.

Baru baru ini satu majlis ringkas telah dilangsungkan bagi menyerahkan secara rasmi kunci rumah kepada penerima penerima yang layak bagi tahun 2009 bagi daerah Klang berjumlah 29 orang penerima rumah baru dan sebahagian dinaik taraf rumah.


Sekitar gambar yang sempat dirakamkan:

Pengacara majlis memulakan acara dengan menyampaikan ucapan aluan

YB. Dr. Xavier sedang menunggu penerima naik ke pentas sambil di perhatikan oleh YB. Shuhaimi

Sebahagian penerima bergambar bersama Ketua Kampung, pimpinan masyarakat, Pegawai dari Pejabat Daerah / Tanah Klang, YB. Shuhaimi dan YB. Dr. Xavier Jayakumar

Penerima sedang menerima replika kunci oleh YB. Dr. Xavier - Exco Kerajaan Pakatan Rakyat. Turut bersama adalah Pengurus Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Klang Pn Rozbizah Aziz


Sekretariat Dun Sri Muda -Az