Thursday, November 21, 2013

Kerja Pembinaan Jambatan Ke-3 Klang Akan Bermula Julai 2014


SHAH ALAM 20 NOV : Pembinaan jambatan ketiga Klang dengan anggaran kos mencecah RM281 juta termasuk pengambilan tanah dan yuran perunding dijangka bermula, pada Julai 2014.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Datuk Teng Chang Khim, berkata kini Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor melalui perunding Vast Consultants Sdn Bhd sedang mereka bentuk jambatan itu dengan terperinci yang dijangka selesai, pada Februari 2014.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan) yang bertanyakan perkembangan pembinaan jambatan itu, anggaran kos pembinaan dan bila akan dimulakan selain daripada peranan kerajaan pusat dalam projek berkenaan ketika sesi soal jawab pada persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini, hari ini.
Chnag Kim (DAP-Sungai Pinang) berkata, kerja awal bagi tujuan pengumpulan data seperti kajian impak trafik, kerja ukur tanah dan hidrologi serta kerja penyiasatan tanah sedang dijalankan yang dijangka selesai awal Disember ini.
“Pelan pengambilan tanah serta dokumen berkenaan di bawah Seksyen 4, Akta Pengambilan Tanah 1960 sudah dihantar kepada Pejabat Daerah dan Tanah Klang untuk tindakan lanjut, pada pertengahan Oktober lalu,” katanya.
-NFN-

selangorkini

No comments: